Stanza Sepi Sekeping Hati

Assalamualaikum.. Salam kasih sayang untuk kamu-kamu dari aku..

Entahlah mahu dibilang okey atau enggak.. Malas mahu fikirkan masalah yang menimbun, 2 hari lepas aku melepak menonton wayang.. Gelak sepuas hati melihat telatah Usop penari kebudayaan yang lari dengan membawa kerusi roda.. Diakui lawak-lawaknya macam bodoh, tetapi bolehlah untuk menghilang gundah di hati..

Gundah? Ya.. Ada gundah di hati.. Gulana rasa di jiwa.. Tapi dah dinamakan kehidupan, pasti ada pasang surut, turun dan naik.. Pokoknya, hati, jiwa dan semangat kena kuat.. Elakkanlah dari terjadinya seperti insan ini..



Bagi siapa yang dah menyaksikan "kegilaan" Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti ada mendengar satu lagu yang Awie nyanyi dan humming semasa berjumpa dengan Che Nin di belakang gerai.. Nyanyian dengan suara kecil tapi didengari liriknya seketul-seketul.. Pendek saja bait lirik yang Awie nyanyikan..

"Ku nyanyikan lagu syahdu.. Bila teringatkanmu.. Yang masih bertakhta dihatiku.. Ku nyanyikan lagu rindu.. Itu yang ku tahu.. Agar terluah resah membeku.."

Hah!! Lagu kesukaan aku yang lama sangat rasanya tak didengar.. Bukan apa.. Lagu sedih aku malas nak dengar.. Nanti sedih sekali derr.. Haha.. Dengan liriknya yang memang menyucuk ke hati, kena dengan rasa, mana tak sentap.. Haha.. =p

Siapa minat? Stanza Sepi Sekeping Hati nyanyian Ben Nathan.. Sekarang Saleem nyanyikan semula.. Not bad.. Iklim dan Saleem memang the best.. =)

Till here.. Maaf andai coretan aku sekarang lebih pada peribadi.. Heee.. Assalamualaikum..


Ulasan

Artzlizan berkata…
hidup didunia tetap ditempuh...selagi ada hayat...
Linglung berkata…
salam skrg tgh musim nyanyi balik lagu org..ye dak?
Adziim berkata…
a'ah..dua 3 hari ni mmg bnyk entri dr yg ku x faham.
adrinaqamarina berkata…
ke rina lahir lewat sangat sampai tak tau lagu tu? hehee
PuanPepel berkata…
macam penah dgr...

erm..rs nk g tgk mak limah skrang..
mr.syazwan berkata…
namau sedih ye

kalau pokoknya hati jiwa dan semangat mengganggu kamu

harus ditebang ye...

hahahaha
Hazlin Nazri berkata…
dah tgk HKLBK..
awie nyanyi cinta kristal best! kelakor tang "memancorrr"
wakakakka
Tanpa Nama berkata…
gundah kenapa ni? masalah besar ke?
Kuwe berkata…
first time aku load youtube dekat cahaya riang gembira. Sebab tengok ada salem.


kehkeh.

tak tengok lagi hantu kak limah ni.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?