11 Dis 2010



Oh AD!!
Entah sejak bila.. Aku tak pasti..
Mulanya hanya kosong tiada isi..
Kini penuh di kepala, di jiwa, dan di hati..

Kosong tapi kini diisi..
Penuh dengan rasa yang aku sendiri tak pasti..
Suka? Benci? Sayang? Atau syok sendiri?
Oh AD!!

Ku congak, ku berkira sendiri..
Lama dah perkenalan ini..
Tak sikit pun aku sedari..
13 minggu barangkali pengakhirannya di sini..
Dapatkah aku terima perpisahan ini nanti???



Oh AD!!
Yakinlah walau apa terjadi..
Aku cukup mengerti..
Kau dan aku, kita tak mungkin bersama kini..
Kau dalam duniamu yang tersendiri..
Sedang aku pula ada hidupku yang serba sederhana di bumi ini..

Walau jauh kita, kau di sana dan aku di sini..
Aku tetap doakan kau bahagia walau siapa jua bersama kau di sisi..
Aku akan terus menyimpan rasa yang satu ini..
Kemas-kemas dalam diri..
Jadi kenangan terindah yang abadi..
Menyayangimu walau untuk 13 minggu ini..
Oh AD!!

* * * * * * * * * *

Assalamualaikum semua.. Huuu!! Coretan di atas khas aku coret untuk AD!! Agak-agak beliau baca tak coretan aku? Haish.. Mana mungkin dia baca.. Dia siapa dan aku siapa.. Ya tak..

Apa pun yang terjadi, aku akan tetap setia menunggu depan TV.. Dari pukul 9 sampai pukul 10 nanti.. Untuk apa??? Tengok AD.. Minggu ini terakhir aku dapat tengok AD.. Nanti-nanti dah tak ada peluang lagi.. Sob sob.. Siapa AD???

AHMAD DURRAH lerrr!!! Ekeke.. =p

Okey semua.. Stay tune.. Kita lihat pengakhirannya, Ahmad Durrah memilih Anissa, Isla atau Fatanah.. Kikiki.. Oh AD!! Farewell.. And goodbye.. Ekeke.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Agak-agak ada ke lelaki macam Ahmad Durrah? Baik serba serbi.. Lengkap.. Plus pandai silat.. Heeeeee.. *admiring.. Oh AD..*

7 Comments Here

ceh !! Ingatkan sapa tadi ... keh33
Selamat berimaginasi ya .. :P






x tengok AD sebab heronya si rusdi ramli. x minat cara dia berlakon

REPLY

Aku ingatkan McD la tadi...hehe

AKu dah lama tak tengok tv...citer AD pun taku tahu...huhu

REPLY

cis ingat td bf baru

hati sudah berkocak daa

fuh selamat

kehkeh...

REPLY

ouh ne cerita kat tv3 tu ke? hehe

rina tak tengok so tak tau la.

REPLY

Ahmad Durrah, marah genggam parang, pergh, takot pak kasa. :)

REPLY

Pergh....persaingan ketat nampak gaya nk dapatkan Ahmad Durrah tu..haha~
Masuk Cik Farhana cukup 4 kuota...kawin semua
:p

REPLY

Ingatkan siapalah AD tu...
Rupanya2 crita kat tv =P

OMG OMG, gila cute Dr punya layout.
like! =)

REPLY

Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes