Ini Tak Ada Kena Mengena Dengan Drama Korea.. Ini Realiti Kehidupan!!


Awak!! Awak suka dekat saya ke???

Awak!! Awak anggap saya sebagai apa ye???


Assalamualaikum semua.. Salam tengahari.. Ya ya!! Memang banyak orang-orang Korea yang cantik dan kacak belaka di sini.. Tapi entry ini memang tak ada kena mengena dengan orang Korea ataupun drama Korea.. Jangan kecewa ya.. Ekeke.. =p

Aku tanyakan pada seorang encik, perempuan cepat perasan lelaki sukakan dia kalau lelaki tersebut rapat atau mesra sedikit dengannya.. Bagaimana pula dengan lelaki? Kalau ada perempuan yang rapat dan mesra, adakah mereka juga rasakan begitu? Terperasan kejap? Haaa!!! Kata encik, semua orang pun akan cepat perasan.. Tak ada pengecualian..

Sahabat bertepuk tampar aku iaitu Doktor Mok K kata, untuk tidak cepat perasan, syok sendiri, dan merana sendiri kelak, baik tanya direct.. Hati pun senang, berkawan pun banyak lega..


Aku sokong kata Mok K.. Tanya direct terus senang.. Tak kiralah lelaki atau perempuan.. Bila ada opposite sex yang rapat dengan kita dan mesra perlakuan mereka sampaikan hati kita boleh agak, macam ada something, sesuatu yang boleh buat kita rasa Kuch Kuch Hota Hai.. Haaa!! Dah sudah kan.. Masa itulah.. Mungkin orang akan kata, perasaan itu bisikan syaitan saja.. Orang itu tak rasa apa, kita yang terlebih merasa apa kes.. Haip!! Perasaan itu suci okey.. Hormat dengan perasaan sendiri sebab perasaan itu adalah sebahagian dari diri kita.. Macam kita hormatkan diri kita jugalah..

Jadinya, hargai perasaan yang kita rasa.. Tak salah ada perasaan tapi jangan terlalu memendam rasa.. Tak salah juga tanya pada orang itu, awak suka saya ke.. Awak anggap saya sebagai apa.. Mana tahu, untung-untung memang si dia pun sukakan kita, perasaan tak bertepuk tampar satu tangan saja.. Tapi jikalau kata, jawapannya menghampakan, tak ada juga silapnya.. Mungkin kita akan kecewa sedikitlah sebab dah tersimpan perasaan sedikit kan.. Tapi okay apa.. Paling koman, kita tak jatuh kecewa kebaboom golek-golek sebab syok gila-gila untuk satu jangka masa yang lama pada orang yang tak syok dekat kita.. Sakitnya itu kuranglah sedikit.. Betul tak??? =p


Siapa bilang perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan rapat tanpa tidak melibatkan soal hati dan perasaan.. Yang penting, sebelum apa-apa jadi, clarify dulu okay.. CLARIFY.. Paling tidak kita boleh tahu dan warning hati kita siap-siap, ENCIK/CIK HATI, HATI-HATI.. JANGAN JATUH HATI PADA ORANG YANG TAK ADA HATI DENGAN KITA, NANTI MAKAN HATI.. Kan kan??? Ekeke.. =p

Tapi hati bukan sesuatu yang senang nak difahami.. Walau macam mana kita warning dan kita ikat ketat-ketat sekalipun kan.. Benar!! Kita tak tahu bila, macam mana, tak semena-mena.. Bila kita tahu, kita dah jatuh hati.. Pada orang yang silap dan silap.. Yup!! Itu aku akui.. Tapi satu hari, Allah pasti akan temukan kita dengan pasangan yang tepat.. Heee.. Till here semua.. Renungkan.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Tapi bukan senang nak tanya, "Awak suka saya ke?" Satu sebab malu, dua mesti sebab ego!! Macam aku.. Aku teringin juga nak tanya soalan yang sama.. Tapi aku memang tak boleh.. MALULAH!!! Hahaha.. =p

Ulasan

FarizDanialz berkata…
no wonder la bakal isteri aku sangat2 malu bila aku direct kat dia, sampaikan dia terus lari. aku ingatkan dia tak suka.

then dia kawan dengan aku cam biasa, tapi dia still lagi malu2. tu yang membuatkan dia sangat adorable...




anyways, nice entry =]

Tips Kesihatan : Petua melegakan selsema
► Play. ▌▌Pause.
Hime berkata…
kalau lelaki boleh la direct, tp kalau pmpuan, takkan nk tanya si lelaki tu..pastinya malu :p
FatinNad berkata…
huu :) betul la cik farhana ..
tp.. saya tak sanggup. malu lah. hehe
enyheartsdiamond berkata…
saya ada beberapa orang bestfriends lelaki :)
mr.syazwan berkata…
"Siapa bilang perempuan dengan lelaki tak boleh berkawan rapat tanpa tidak melibatkan soal hati dan perasaan."

kanda like statement ni

hehe

kita kawan da kawan nmpk mcm stim jee kite kahwin ye

wakakakakak

gurau2 je ana wan x gila sex ye..

wan gila cinta

huahuahuahua
Yayaa berkata…
my bestfriend sekarang dah jadik my boyfriend. =))
Linglung berkata…
yg penting di sini adalah selambe bertanya...kalau malu2 sampai sudah tak tanya..ye dak?
Cikgu Fonik berkata…
assalam

ya la clarify dulu, nnt perasan sorg2 pulak (^o^)

the other way
PuanPepel berkata…
dua tahun kot memendam rasa...
pas dia da ada yang punya...baru rasa nak luahkan...sekali dia pun ada perasaan dulu cuma takot nak luahkan..ampes...melepas suda..haha
Kuwe berkata…
nak tanya ke tak tu belakang kira. tapi kalau dah tanya member rapat nanti. tak pasal pasal dah tak rapat. benda ni lebih kurang main judi jugak lah.
hans berkata…
tanya kalau kena reject tak apa lagi
takut terus dia xnak kawan susah tu

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!
Adziim berkata…
Leceh bab hati ni..nak warning2..kadang2 sebab kita terlalu jaga tak nak jatuh hati tu yg kta jdi terlebih caring...tup tup dah jadi pasangan kekasih.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T