Perempuan!! Bukan Kita Tak Perlu Lelaki.. Cuma Kadang Ada Perkara Yang Kita Boleh Berdiri Atas Kaki Sendiri.. | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Perempuan!! Bukan Kita Tak Perlu Lelaki.. Cuma Kadang Ada Perkara Yang Kita Boleh Berdiri Atas Kaki Sendiri..

35 comments
Assalamualaikum..

Haiyo!! Dari pagi bangun tidur celik mata (pagi ke tengahari aku pun keliru.. wakakaka..) sampai ke saat dan tika ini, aku baru usai "menghancur leburkan" kipas berdiri aku.. Hoho..

Entah apa sakitnya, aku tak pasti.. Sudah sampai level maksimum 3 pun bergerak macam siput sedut.. Siap pakej dengan bunyi yang maha kuat dan mengganggu tidur aku yang enak di pagi hari yang sejuk.. Apa lagi, keluarkan segala spanar jaya dan screw driver.. Berpeluh-peluh jugalah nak membuka badan si kipas berdiri ni.. Rupanya mende alah dalam badan dia sedang terbakar kepanasan.. Melecur 20% derr tangan gua wahai kipas sayang.. Agak-agaklah weh.. Ini tuan kau.. Dah 2 tahun aku guna, kasihan juga dia.. Mungkin dia nak minta pencen awal gamaknya..



Sorry abang-abang, pakcik-pakcik!! Adik ini perempuan girly-girly, tak retilah nama part-part kipas berdiri.. Tapi aku rasalah, masalah dia mungkin pada penjana kuasa dia.. Wah!!! Apakah canggih bebeno nama kau bagi ni Farhana.. PENJANA KUASA??? Hoh!! Habis, apa nama yang sesuai? Enjin? Reaktor? Kuali? Periuk nasi? =p

Berkat usaha tanpa mengenal lelak dan jemu, akhirnya berjaya digodek dengan berjaya.. "Hancur lebur".. Dahsyat ke tak dahsyat??? Makna hancur lebur dalam kurungan tu berjayalah.. Kipas dah berfungsi semula.. Apa aku buat???

Mula-mula aku belek-belek sana sini, aku pegang badan dia sana sini.. Sampai 20% jugalah kemelecuran tangan yang melanda sebab mende alah tu panas gila.. Dekat 30 minit aku belek, akhirnya aku pun capai screw driver, aku ketuk enjin dia sikit-sikit, ketang ketung ketang ketung!! Ketukan last sekali tadi agak kuatlah, orang kata bagi booster!! KETANG SEKALI!!! Eh silap.. Dua kali sebenarnya.. Ekeke.. Akhirnya.. Done!! Aku pun pasang balik badan dia.. Dan taraa!!

KIPAS BERFUNGSI SEMULA!! BUNYI PUN TAK ADA!! YIPPIE!! *walaupun teknik yang aku guna tu macam teknik sesat, tapi not bad juga.. kan?*



Tak sia-sia masa kecil-kecil abah ajar aku tengok drama bersiri Mac Gyver.. Tahu tak? Aku simpan impian kecil-kecil dulu nak jadi persis Mac Gyver.. Berkaliber kan beliau? Apa pun boleh buat.. Tapi yang ini Mac Gyver perempuan.. Siapa kata perempuan tak boleh jadi macam Mac Gyver???

Ada perkara kadang kita perlukan orang lelaki.. Tapi tak semua perkara yang lelaki boleh buat perempuan tak boleh buat.. Betulkan saya jika saya silap.. Ada saat dan tikanya, kita perlu berdiri atas kaki sendiri.. Bukan makna kita berlagak konon kita tak perlu lelaki di sisi untuk bantu dan papah kita, tapi sekurangnya kita majukan diri kita satu tahap ke hadapan, belajar apa yang lelaki boleh buat.. Sebab tak ada apa yang kita tak boleh buat kalau kita sudi belajar untuk buat.. Heeee.. =)

Till here.. Salam WANITA BOLEH untuk semua.. Heeee.. Assalamualaikum..



35 Comments Here:

hans berkata...

perempuan dan lelaki saling lengkap melengkapi
tidak ada sesiapa yang sempurna
masing2 ada kelebihan dan kelemahan

P/S : Hai Akak Dan Abang Artis! Kamu Suka Menulis Cerpen? Ada Contest Untuk Kamu!

♥CIK SHA♥ berkata...

yeay! doc fana terer..leh jadi makenik la mcm ni..heheh..


saye pun pernah men'jahanam'kan bermacam alat letrik dlm rumah mak ni..ada yg berjaya..ada yg tak upaya diselamatkan..wahahaha..


sokong cakap doc fana..tak semua benda kite kena bergantung pada lelaki semata-mata..kite pun mampu buat kalau kite usaha..^_^

bardboo berkata...

hehe..nasib baik ok kipas tu..cayalah!

Tukang cerita berkata...

tapi, ada jugak perkara yang lelaki boleh buat, tapi akak MALAS nak buat... contoh, cuci toilet dan cuci kereta... itu, kasi lelaki jer lah yg buat...
wakakkakakka....
;p

rhapsody LiN berkata...

HAHA...love that ketangggg sound! i can imgne it! hehehe


:))

haleinaitis0311 berkata...

fulamak! ketang ketang bunyinya eh? Gila kentang la akak! HAHA :D

cikgu isza berkata...

kadangkala perlu mengada2 berharap kepada kemampuan orang lelaki juga dik.. tengok keadaan.. ikut situasi.. supaya mereka rasa dihargai.. (penngalaman isteri2)
:D

hysman berkata...

warghh tajuk n3 tu bikin pokcik panas...hahaa... mmg ler tp bg saye laki or pompuan ade kelebihan masing2..wlucamnepon lelaki tetap lelaki dan hak pompuan tetap pompuan..tp salute kat cik hana wanAbe pesal berani buat sendiri tnpa mintak tlg sang lelaki... ehe..

la ni pn donia dah terbalik..
pesal la ni laki ramai jd kacip pompuan jd tongkat si ali.. hehehhh...adehhh..... sedey.. ;(

FarhanaDr berkata...

@hansItu memang tak disangkal.. Heee.. :)

FarhanaDr berkata...

@♥CIK SHA♥ Hoh.. Menarik jugak kan jadi mekanik.. Wat tambah pendapatan sampingan.. Hehe..

Yep yep.. Betul kan.. Tak semuanya kita nak harapkan depa.. Kita pon boleh kalau nak.. Bukan kita sangkal kenyataan yang lelaki dan perempuan saling memerlukan, cuma kadang ada pengecualian pada sesetengah perkara.. Heehee.. :)

FarhanaDr berkata...

@bardboo Kan?? Aku pon rase kipas tu sangat bernasib baik.. Ekeke.. :p

FarhanaDr berkata...

@Tukang cerita Hahahaha.. Akak.. Kalau malas memang tak leh watpe.. Soh encik tukang ubat jek buat.. Hehe.. :p

FarhanaDr berkata...

@rhapsody LiN Haha.. Me too.. Rasa berbangga jap laa dengar bunyi ketang tu.. Macam rasa berkaliber jep.. Haha.. :p

FarhanaDr berkata...

@haleinaitis0311 Hahahaha.. Ini lagi gila dari gila kentang.. :p

FarhanaDr berkata...

@cikgu isza Ohhh.. Okey kak.. Akan saye praktikkan bila dah kawen nanti.. Hihihi.. :p

FarhanaDr berkata...

@hysman Pokcik!! Sabar pokcik.. Jangan begini dong.. Haha.. :p

Betul man.. Tak disangkal masing2 ade kelebihan masing2.. Jadi, guna kelebihan sebaik mungkin? Kan? Dah takde sang lelaki dalam umah.. Wakakaka.. :p

Ape lagi Man.. Hang selaku insan yang bekerja di jabatan agama, hang mesti banyak yang boleh diperkatakan dan buat.. Meh Cik Hana WanAbe tolong hang.. :)

*yeke hang keje situ? ekeke.. :p

Puteri Iqa Izyan berkata...

wah. hebat. tak penah lagi berketang ketung dgn kipas smpai mcm tuh kalau kipas rosak.. huhu...

eyes143.. berkata...

fobia betul dgn kipas angin. huhu. ri tuh tak pasal2 kipas angin meletup sndiri.

FarhanaDr berkata...

@Puteri Iqa Izyan Hahahahaha.. Penghancuran kipas namanya tu.. :p

FarhanaDr berkata...

@eyes143.. Erkk!!! Menakutkan laa plak..

Nadzirah berkata...

boleh buat part time lah gini.. teehee :)

saya afi. berkata...

oo yeah! wanita boleh! :D

Rara Nasiha berkata...

yeahh, wanita boleh! barulah namanya berdikari kan. :)

Gentleman Frog berkata...

as salam,

alah doktor baru boleh baiki kipas belum tukar tayar kereta..

hamzah ian berkata...

lolz.... dah tuhan buat lelaki perempuan.. laki perempuan saling perlukan satu sama lain..

keh keh keh..

dah mcm ustaz lak gua komen

Azuan berkata...

rumah aku punya kipas pun jahanam jugak...boleh la yea pergi tolong jahanamkan lagi..hihii

mr.syazwan berkata...

cayalah FAHANA

laki n pompuan kena saling sama2

xde laki pompuan x dpt zuriat kan??

betul kan??

hahaha

FarhanaDr berkata...

@Nadzirah Hahahaha.. Full time pon hokey jugerr.. :)

FarhanaDr berkata...

@saya afi. Hoyeh!!! Heee..

FarhanaDr berkata...

@Rara Nasiha Yeahhhh.. Betul tu.. Berdikari.. :)

FarhanaDr berkata...

@Gentleman Frog Hahahahaha.. Boleh gak nak tukar tayar.. Meh meh.. Kete mainan mane ni?? :p

FarhanaDr berkata...

@hamzah ian Haha.. Iya iya.. Aku tak sangkal yang itu.. Cume kekadang jek aku sebut.. Saje nak merase berdikari.. Kan kan.. Hehe..

FarhanaDr berkata...

@Azuan Ceh.. Yang itu ko kene pegi wat sendiri.. :p

FarhanaDr berkata...

@mr.syazwan Cayalah kanda wan.. Hahaha.. :p Yep yep.. Saling sama-sama.. Betul betul.. Tapi ada situasi pun kadang-kadang kena sorang diri jugak.. Heehee..

Kuwe berkata...

eh eh pandai lah dia repair kipas. aku ingat lepas ni semua barang rosak. repair dia kena ketuk lah agaknya kan?




kehkeh.

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.