Hope Is A Dream That Never Sleeps | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Hope Is A Dream That Never Sleeps

7 comments
*Kredit gambar kepada Uncle Google.. Gadis ini sudah mula meminati indahnya fantasi warna-warni dunia anime.. Weee..*

Assalamualaikum dan selamat malam semua.. Ketika entry ini terpublish, rasanya aku masih dalam perjalanan ataupun mungkin baru saja menjejakkan kaki ke bandaraya Ipoh.. Masih rindukan rumah walau apa pun.. Jealous pada "Encik PSDR" sebab duduk rumah satu bulan dan hanya makan, main, tidur.. Haish.. =.=

Pulang ke Melaka, melayan adik-adik yang semuanya gilakan K-Pop.. Macam-macam nama band yang tak pernah aku dengar ada dalam koleksi mereka, lagu pun pelik-pelik belaka.. Satu aku terserempak, nyanyian Kyu Hyun dari Super Junior yang lagunya digunakan untuk soundtrack Baker, Kim Tak Goo bertajuk HOPE IS A DREAM THAT NEVER SLEEPS.. Tertarik sangat-sangat dengan tajuk yang penuh mendalam maknanya..



Dulu seingat aku pernah aku tanyakan, harapan dan impian/mimpi itu adakah sama? Kata seorang akak blogger yang aku kenali, harapan bawa kita pada impian dan seterusnya menjadi visi yang memandu kita untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan dalam hidup..

Tajuk lagu kali ini yakinkan aku sekali lagi, harapan dan impian itu sama dan pentingnya dua-dua dalam hidup kita, ibarat yang seorang itu abah dan yang seorang itu emak.. Mimpi itu satu titik mula.. Kita mimpi walau ianya hanya dalam tidur dan dari situ kita semai dan bina harapan dalam jaga kita.. Harapan, satu versi mimpi cuma ianya tak lagi dalam tidur tapi kita bina ia dalam jaga.. Siapa kata buang masa bermimpi? Siapa bilang buang masa berharap? Mimpi dan harapanlah yang bawa kita mencapai visi..

Cuma kata orang, bermimpi jangan terlalu leka dan berharap jangan terlalu tinggi, bimbang jatuh tak kesampaian, sakitnya itu diri sendiri..



A 23 years old lady.. Filling each of the step of her life with the scent full of hopes and dreams.. It is me.. 25 random things about me? The girl that live her life with hopes and dreams.. =)

Aku gadis yang rabun mata kanan tapi tidak mata kiri.. Tak bercermin mata tetapi rasakan dirinya comel bila bercermin mata.. Suka makan cokelat tapi tak suka kek coklat.. Suka bicara soal cinta dan berjiwang setiap masa tapi tak reti selesaikan masalah cinta diri sendiri.. Suka pandu kereta manual sebab senang sikit nak pecut, budget masuk gear, tukar gear, nampak macho dan stylo, lupa diri seorang gadis.. Peramah pada semua yang dikenali tapi pembisu pada pertemuan yang pertama kali.. (10 things)

Aku gadis yang suka susun alat tulis kemas-kemas di tepi-tepi sebelum mula menulis.. 100 kali keluar makan, 95 kali air yang diorder adalah bandung.. Teringin sangat-sangat nak jumpa DIA.. Kadang girly, kadang simple, tengok saja pada pertukaran template saban kali.. Bila tidur, kipas atas berpusing, di tepi satu lagi kipas berpusing.. Terasa nak bela rambut sampai kaki.. Tak takut apa jua serangga dan dengan beraninya turun padang membunuh serangga perosak.. Tak suka steamboat, tak suka laksa.. (10 things)

Mengada-ngada tahap dewa.. Manja itu orang yang kata aku tak kata.. Mengalami masalah kaki yang akan diceritakan di kemudian hari.. Dulu cita-cita nak masuk Akademi Seni Kebangsaan jadi penari.. *haish* Sayang DIA sangat-sangat.. Wakaka.. =p (5 things)

Haiyo!! Gadis ini memang banyak songehnya dan cerewetnya.. Ya tak??? Taknak buat point form tapi tulis dalam karangan, skema badak orang kata.. Hoh!! Dear Shira Ayumi, done sayang!! =)

Till here.. Assalamualaikum..

7 Comments Here:

hysman berkata...

hahaa..
itu girly sunnguh cerewet...
tp cerewet mu pokcik tak kesah asal terjaga makan minum,mandi sentiasa basah,tido senantiasa lena..
hehehe
:p

farhana berkata...

Siapakh encik PSDR? =P
Samalah kita..ada masalah kaki. Sodihhhhh =(

Erm..hopefully, bila ada jodoh kita ketemu, jangan diam membisu je ya =P

Lelaki Ini berkata...

akak!
sama lew kite..
sy balik jewk..
ade jewk lagu KPOP baru adik2 sy..

jgn berharap terlalu tnggi!
setuju sgt2!

adrinaqamarina berkata...

steamboat la best akak!

hehe.

rina suka bandung jugak tapi kalau pegi kedai tak penah oreder bandung. cuma teringin nak pegi bandung. hehe

mr.syazwan berkata...

"mimpi tidak akan bermakna tanpa keberanian"

hoho teka2 skrip apa???

SOAL HATI

hahaha

Nur Hafizah Hadi berkata...

eheh. usha raindrop memory. pic anime die pun comel2! :)

Hime berkata...

hey, that's my fav ost :)
i love kyu's voice.he's my top fav ballad singer!

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.