Sesiapa Yang Agak-Agak Simpan Impian Inginkan Anak Kembar.. Mungkinkah Ada Rahsia Di Sebaliknya? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Sesiapa Yang Agak-Agak Simpan Impian Inginkan Anak Kembar.. Mungkinkah Ada Rahsia Di Sebaliknya?

15 comments
Assalamualaikum.. Kembali lagi aku untuk merapu.. Malam semalam dah sibuk cerita pasal wang hantaran jatuh, hari ini nak cerita pula pasal anak.. Advance kan? Gadis bujang berusia 23 tahun ini, yang masih pada status single dan belum berkahwin mampu bercerita realiti alam perkahwinan.. Wow!! Gatalnya!! Ekeke.. =p

Dah hampir 5 tahun harung hidup bersama.. Rakan-rakan aku tak ada seorang pun yang tak tahu impian-impian aku.. Sebab aku memang jenis suka bercerita dan meluah rasa.. Impian pertama nak kahwin umur 24.. Hah!! Yang itu malas nak ulas sebab sebulan saja lagi dah nak jejak 24.. Kena tukar impianlah barangkali.. Haha..

Impian yang kedua, atas atas.. Tajuk entry.. Haha.. Impian nak ada kembar yang aku pasang dah lama, masa aku sekolah menengah lagi barangkali, bila aku tengok makcik aku lahirkan anak kembar lelaki.. Mula dari saat itu, impian bila dah berumah bertangga, nak ada anak kembar..


Atas sebab keprihatinan rakan-rakan yang ingin bantu aku merealisasikan impian tersebut, besties, Faizah Fuad telah "berbaik hati" berkongsi rahsia untuk dapat anak kembar.. Wakakaka.. Lambat lagi nak kahwin pun, tapi tak kisahlah, tetap boleh digunapakai walaupun untuk 10 tahun akan datang.. Keh keh keh.. =p

Petua mendapatkan anak kembar, dipetik dari artikel Rahsia Alam Perkahwinan.. Jom usha 5 petua yang diberi.. =)



1) Faktor keluarga - Genetik orang kata.. Faham kan? Kalau ada dikalangan ahli keluarga anda atau suami anda yang punya anak kembar, jadi anda berpeluang besar untuk dapat anak kembar..

2) Berat badan yang berlebihan - Hoh!! Yang ini aku gelak sakan.. Terasa hatilah okay.. Kajian dibuat dari American College of O&G, mengatakan dengan pertambahan berat badan boleh tingkatkan peluang dapat anak kembar.. Erk!! Macam manalah.. Berat badan lebih, mengandung anak kembar pun berat apa..

3) Hamil di usia tua - Terkejut juga dengar.. Walaupun ada risiko mengandung di usia tua, tapi tak sangka juga boleh ada peluang dapat anak kembar lagi..

4) Banyakkan makan produk tenusu dan bijirin - Okey.. Kena mula makan hari ini.. Dan juga mula minum susu..

5) Lain-lain - Yang ini maknanya dengan menggunakan cara-cara perubatan moden.. Dapat suntikan hormon atau lain-lain..



Masa aku posting bahagian Obstetric & Gynaecology, tak banyak sangat ibu-ibu yang mengandungkan anak kembar.. Jadinya, boleh disimpulkan, bukan senang kan nak dapat anak kembar? Menurut kajian, 1 dalam 90 kehamilan.. Hoho..

Tak mengapa.. Berusaha Farhana!! Chaiyok!! Ekeke.. =p

Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Sebenarnya kan.. Lupa nak tambah.. Bukan saja anak kembar.. Tapi anak kembar TUJUH.. Yerp yerp.. Dalam impian ada TUJUH.. Kenapa TUJUH??? Haah.. Kenapa eh.. =p

15 Comments Here:

cik.shabah berkata...

bestkan kalau dapat anak kembar.kalau dpt kembar byk lagiii best!meriah hidup,hu3 ;p

Azza Firza berkata...

mama saya tilik, saya bakal dapat anak kembar perempuan, hee

..hizamirahim.. berkata...

hehe.
nak anak kembar jugak !!!
XB

Eazy Izzuddin berkata...

teringin gak
ade sepupu kembar gak
xD

farhana berkata...

Alololo...
sweetnya if dpt anak kembar..
sekali beranak terus dapat 2,3 atau 7 terus! =)

azi nur berkata...

nak kembar 2 2 gurlz...hoho

Lelaki Ini berkata...

nak kembar 3!
insyaALLAH!

Gentleman Frog berkata...

salam,

uish budget 1 dapat dua, tiga, empat.

lari budget pun seronok ni.

an after expert

miMiE aZiMaSK ^V^ berkata...

salam..

opah saya kembar....
anak anak nya tiada yang kembar...
cucu nya pun tiada yang kembar...
cicit nya mungkin.. hehehehheeh

lalink7 berkata...

smoga berjayaa...ada 7 skaliguss..wahh susah tue nak jaga dan mnyusu...hehe

ema berkata...

petua #1 n #5 je yg betol kot..

adrinaqamarina berkata...

mama rina kembar~ kalau anak dye tak kembar mungkin cucu dye, mana tau kan? haaha

patmaa cr berkata...

teringin jugak nak anak kembar tapi kalau dah mengandung asyik gugur aje. Dah 3 kali mcm tu. Hish tensionlah. Kali ni nak try betul2. Kalau dpt 3 kembar sekaligus kan best..ganjaran utk 3x keguguran..he he kita merancang tuhan yg tentukan..

patmaa cr berkata...

teringin jugak nak anak kembar tapi kalau dah mengandung asyik gugur aje. Dah 3 kali mcm tu. Hish tensionlah. Kali ni nak try betul2. Kalau dpt 3 kembar sekaligus kan best..ganjaran utk 3x keguguran..he he kita merancang tuhan yg tentukan..

cik sidah berkata...

samo la kito..den pon nak anak kombar...
tp......tak dek partner lg nak buat anak tu...hahaha

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.