Sugar Daddy Please!!!
UPDATE TERBARU!! 5 sen naik.. Bukan 25 sen.. Harap maklum!!
Assalamualaikum penghuni sekalian blog dan salam satu Malaysia.. Salam sejahtera juga untuk semua yang kini sedang berpusu-pusu mencari Petronas, Shell, Esso Mobil, Caltex, BHP dan seangkatan dengannya.. Kecewa tak? Kecewa tak kena beratur tuang minyak sebelum waktu cecah pukul 12 tengah malam ini? Kecewa tak kena keluar duit extra lebih sedikit dari biasa? Itulah reaksi aku tadi bila mana dapat SMS dari sahabat baik aku, Faizah Fuad.. Bunyinya begini..
"Tuang minyak full tank cepat.. Tengah malam minyak naik harga.."
Kecewa der!! Nak berterima kasih pada siapa ya untuk kenaikan minyak ini??? Haiyo!! Terus beritahu mak.. Dan mak pun dah mula bising-bising.. Start engine kereta dan meluru keluar cari stesyen minyak.. Aigoo~~~
Kecewa der!! Memang saja taknak bagi aku balik Melaka selalu memandu kereta.. Kebiasaannya, pergi balik dari Melaka Ipoh, 2 hala, dengan tol, dekat-dekat RM200 jugalah.. Sebab itu aku balik Melaka pun sebulan sekali atau dua bulan sekali.. Tapi sekarang dengan kenaikan minyak, mahu cecah berapa pula.. Aigoo lagi~~~
Saja nak suruh aku naik bas yang dipandu macam pelesit tu ke? Haish.. Kalah kelajuan kereta aku.. Rata-rata bas semua duduk lane kanan, lane laju.. Cecah 110km/j dan kadang-kadang ada 120km/j.. Apa cerita??? Dah macam nak terbalik saja aku tengok bila bas dipandu dengan laju..
Dan dengan berelaunkan Mara bulan-bulan RM650.. Sewa bilik aku dah RM180, api air lagi, minyak kereta, makan hari-hari.. Cukup ke tak cukup? Hoho.. Rasa hati macam nak kerja part time okey.. Taknaklah bebankan mak ayah.. Hmmmm.. Jadi.. Jadi.. Nak berterima kasih pada siapa bila jadi begini ye???
Hmmm.. Ramai lagi di luar sana barangkali yang hidup mereka lagi terdesak dengan desakan-desakan luar.. Zaman sekarang semua kena pakai duit.. Mungkin.. Mungkin.. Mungkin sebab itu juga ramai gadis yang mengamalkan sistem Sugar Daddy kot.. Simbiosis.. Dua-dua pihak dapat keuntungan.. Tapi daripada cari Sugar Daddy atau Ayah Gula baik cari suami kaya.. Kan kan kan? Ekeke.. =p
Apa nak buat.. Terima sajalah Labu.. Kalau dekat Ipoh ada stesyen NGV, dah lama aku angkut Naza Ria abah aku.. Jimat sejimatnya.. Tapi dah beginilah nasib seorang pelajar.. Bersabarlah sayang.. Kita naik basikal saja pergi hospital.. Sihat pun sihat.. Jimat lagi jimat.. Huh!! Sampai sinilah saja ya.. Selamat tuang minyak semua.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Semuanya nak naik harga.. Wang hantaran tak naik kot kan? =p
Ulasan
aku duk cari sugar daddy gak nih. tauke minyak ada tak?.. haha
makin sukar nak cr calon bini..
uhh-__-''
Haha.. Tauke minyak ade tapi ramai yang botak-botak perot buncit.. Ala2 macam dalam drama TV.. :p
Wahhhh.. Jauh pandangan encik iamnerves.. Tapi betul gak tu.. Banyak aspek kene kaji camnih.. ;)
;)
hakikat hidup ni.. nak buat lagu mana?
meh buat part time cari uban kat kepala akak ni..
:D
hehe
Okey gak tu.. Satu uban 10 hengget.. Kan? Hehe..
untuk sopping ai ranapkan poket enche boipren..haha
tiada kata seindah bahasa yang dapat ku tuturkan...TAHNIAH!! rakyat Malaysia,semoga bijak memilih pemimpin selepas ini..
Saranan naik basikal ke hospital sgt2la dialu2kan perlaksanaanya Dr =D
Haha~
Berbasikallah...sihat...confirm boleh demand nak up harga hantaran.
hahaaaaaaaa