Ditipu Dan Tertipu.. Bolehkah Kita Pilih?
Assalamualaikum.. Salam tengahari semua.. 2 hari dah.. Rasa macam dah okey sepenuhnya, kipas atas pasang 5.. Kipas sebelah katil pasang 3.. Di luar sana pula hujan tak berhenti sedari pagi.. Masyuknya sejuk tapi tak menggigil.. Maknanya dah sehat kan? =p
Selama dua hari duduk terperuk dalam selimut dengan gigilan melampau sampai sejuk kaki tangan, tak ada mood langsung nak berblogging.. Bila dah lama tak mencoret, nak mula semula, lagilah malas tak terkata..
Banyak yang dah aku fikir.. Dari dulu sampai sekarang.. 1 tahun 10 bulan berblogging (macam tajuk entry lepas pula).. Berapa ramai dah orang yang aku kenal dan jadi sahabat.. Ada yang sangat rapat, ada yang rapat, ada yang sedang-sedang saja, ada yang tenggelam timbul dan tak kurang juga yang hai hai bai bai.. Hoho..
Dunia maya terlalu banyak cabaran kan? Dugaan kecil dugaan besar.. Godaan dari segenap sudut dan ruang.. Dengki pun tak kurang.. Penipuan apatah lagi.. Orang kata, dunia maya ni ALMOST ALWAYS about LIES.. Entah.. Terpulang pada orang..
Untuk aku.. Satu perhubungan, tak kisahlah persahabatan, percintaan, peradik-angkatan, perkahwinan, asasnya adalah kejujuran.. Kalau dah satu-satu hubungan dibina dengan penipuan sebagai batu-batanya, sekukuh mana hubungan itu, kita sendiri pun boleh fikir.. Kan? Bukan sekarang, mungkin esok lusa, bulan depan, tahun depan akan runtuh berkecai.. Ya tak?
Dunia realiti dengan dunia maya memang tak ada banyak beza.. Masing-masing penuh dugaan dan cabaran.. Dua-dua dunia dah penuh berselirat dengan penipuan yang kadang kita sendiri tak dapat nak beza, apa yang benar apa yang tak benar.. Cuma mungkin dunia maya lebih mudah untuk kita tebarkan jaring dusta dan penipuan.. Tak hati-hati, terperangkap dalam jaring, samada anda terkorban, terus-terusan ditipu atau jika bernasib baik, anda akan terlepas dan mula buka mata..
Hah!! Aku? Banyak kali dah lalui macam-macam penipuan.. Cukup satu aku katakan, aku benci penipuan.. Sebab itu dalam satu persahabatan, sifat ingin tahu aku tinggi, aku suka tanya terus tanpa selindung dan teka-teki.. Sampai kadang orang akan kata, aku banyak tanya.. Haha.. Annoying ke aku? Erk!!!
Tak kenal, maka tak cintalah.. Kan? =p
Okey.. Masa untuk belek buku.. Kalau bernasib baik, saat-saat belek buku, mungkin aku akan belek bantal kepala, bantal peluk dan SELIMUT.. Hahaha.. Till here then.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Dalam dunia yang kita hidup, tak kira realiti atau maya, penipuan ada di mana-mana.. Ditipu atau tertipu.. Bolehkah kita pilih? Untuk tidak ditipu? Untuk tidak tertipu? Hmmmmmm..
Ulasan
sendiri buat sendiri tanggung .. susah dan senang kita lalui sendiri .. kalau org tahu punn setakat nasihat jer .. x lebih kan ..
renung2kanlah :))
selama 2 tahun ku blogging nih hehe
xD
apa2pun berblog memang best kan?
P/S : Seronok Kan Bila Kena Prank Dengan Kawan Sendiri?
natijahnya, kita berblog untuk apa.