Bila Hidup Tak Manis Kadang Waktunya, Maniskanlah!! | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Bila Hidup Tak Manis Kadang Waktunya, Maniskanlah!!

15 comments
Assalamualaikum..

Benar hidup ini kadang ada masam kadang ada manisnya.. Kadang pula pasang dan kadang datang surutnya.. Benar kata AD, "Apakan daya saya Pak Kasa, tangan saya terpasung ke langit, kaki saya dipasak ke bumi.." Ya.. Nak luah rasa salah, nak simpan rasa beban.. Yang termampu, hanya berserah padaNYA.. Ada saat dalam hidup kita, penyelesaian sebuah masalah bukan dengan bercerita dan mencari bahu untuk bersandar tapi sebaliknya lagi elok disimpan dan kita serahkan pada DIA.. Hanya DIA tahu yang sesungguhnya terbaik untuk kita..



Saat-saat aku sedih, aku suka makan makanan kesukaan aku waktu kecil-kecil dulu.. Makanan yang manis-manis sweet rasaya.. Tapi dah besar panjang begini, tak pula sweet dan manis orangnya sebaliknya sihat membesar dengan majunya.. Ekeke..

Aku suka aiskrim.. Aku suka coklat.. Dan yang paling aku suka, aku suka gula-gula kapas.. Cairnya gula dalam mulut rasa macam cairnya beban rasa dalam diri.. Susah nak cari gula-gula kapas yang sedap.. Banyak yang pahit-pahit rasanya.. Sudahlah hidup rasa kurang manisnya, makan gula kapas konon nak sedapkan hati, maniskan rasa.. Tapi kalau dah pahit, rasa pun tak sedap, hidup pun tambah pahit..

Hoh!! Cukuplah berkias kata coret rasa, nak mulakan perjalanan mencari gula-gula kapas yang manis sweet rasanya, yang boleh aku makan tak habis-habis untuk seumur hidup aku.. Selamat mencari Farhana.. =)

Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Orang kata rasanya seperti gula kapas.. Manis-manis sweet rasanya.. Tapi sayang, ada di Kelantan dan Terengganu saja.. Jauh kan??? Apa dipanggil orang Pantai Timur aku sendiri tak pasti.. Tapi kata orang, namanya Seman, atau Semang.. Ada yang memanggilnya rambut antoo..

Kalau aku cuba rasa, agak-agak aku akan kecewa tak kalau rasa dia tak seperti yang aku harapkan? Hmmmmmmmmmmmmmmmm..



Kredit gambar kepada blog What About Us..



Kredit kepada blog LilFadli di sini..


P/S: Jangan main dengan api.. Nanti terbakar sendiri, orang tak sedar, alih-alih dah rentung hangus tinggal abu, susah nanti..

15 Comments Here:

Amanina berkata...

rambut antoo? hohoho scary! tapi cantik gak la die warna warni camtu

Khairy berkata...

wah..ko ni suke manis2 eh..tp suke la ayat ko 'Tapi dah besar panjang begini, tak pula sweet dan manis orangnya sebaliknya sihat membesar dengan majunya.. Ekeke.. '

rasa nak gelak guling2 je...haha

farhana berkata...

Huuuu...saya pon rasa kepahitan hidup sekarang ni...
Perlukan dorongan sekarang ni...

Nwy, gula2 kapas rambut hantu tu mcm menarik =P

Adziim berkata...

Hm...kelantan terengganu?
X pernah jumpa pulak kuih ni.

bardboo berkata...

nak gula kapas gak..huhu

Miss Mirror a.k.a Sam berkata...

sedapnyaa... sama ke dgn gula-gula janggut jajan dari Mekah? Bhn2 dia dari kacang...mmg sedap!

Azuan berkata...

ceh ini ke kuehnya...memang sedap pon..cuti nie pun dah brape kali makan...hihii

FarhanaDr berkata...

@Amanina Cantek.. Sebab kalerpul.. ;)

FarhanaDr berkata...

@Khairy Ko ni Mok K.. Nak kene debik.. Suke sesaje.. :p

FarhanaDr berkata...

@farhana Yeah.. Me too.. :(

Tapi tak boleh nak wat pape, simpan sendiri saje.. Huuu.. Moga kita dua dapat atasinya.. Heeee..

FarhanaDr berkata...

@AdziimLorhhh.. Tak penah ke???

FarhanaDr berkata...

@bardboo Wessss.. Ko pregnant.. Tak leh weh makan mende bukan2.. Heehee.. :p

FarhanaDr berkata...

@Miss Mirror a.k.a Sam Gula2 janggut?? Sedapnya nama.. Hehe.. Lain kot..

FarhanaDr berkata...

@Azuan :p

♥CIK SHA♥ berkata...

saye pun suke makan gula2 kapas..^_^

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.