Resepi Makanan Ringan Yang Mudah, Jimat Dan Senang : Kuih Tiram Versi Kulit Popia

Assalamualaikum.. Salam hujung minggu semua.. Hoi hoi.. (dialog sweet dan comel tanda persahabatan dalam drama Korea, My Girlfriend Is Gumiho.. Ngee..) Sedar tak sedar, dah hari ketiga aku berada di Melaka bersama keluarga tercinta, rasa malas sungguh mahu pulang Isnin ini.. Bila balik, ada mak ada abah, ada adik-adik, buat aku lupa pada apa yang selalu aku teringat-ingat.. Susah juga kan kalau asyik duduk mengingat.. Haha.. Kesimpulannya, aku dah ambil keputusan, dah tak nak mengingat.. Maaf, andai nanti aku dah terlupa dan tak ingat.. Huuuu..

Hamboi haish haish.. Feeling feeling pulek.. Jom balik pada sari cerita utama, petua nak jadi kakak dan abang yang cemerlang, gemilang dan terbilang.. Bagi mereka yang bukan seorang abang juga kakak, turn anda nantilah ya.. Aku carikan tips lain.. Ekeke.. =p

Kepulangan kali ini, sebagai Along, aku berbaik hatilah nak gembirakan perut adik-adik aku.. Haaa.. Bukan senang okey aku nak gembirakan perut orang.. Request sahabat-sahabat di Ipoh sana untuk masak Bihun Singapore dan Tomyam pun aku tak tertunaikan lagi, kesedihan perut-perut mereka.. Ekeke.. Maklumlah, dah tahun-tahun akhir belajar, serious malas nak turun dapur, tak macam dulu-dulu.. Kasihan juga pada peminat-peminat yang meminati masakanku.. *Pengsan derr.. Gila perasan minah ni.. Entah apa-apa..*

Ikutkan hati dan jiwa yang meronta-ronta ni, nak masak NASI BERIYANI ke, KEK LAPIS SARAWAK ke, MEE REBUS ke untuk adik-adik tercinta.. *dalam mimpilah kot.. Haha..* Tapi apakan daya, reti ke aku masak semua tu? Haha.. *siapa kata tak reti?* Jadi, malam semalam, ambil keputusan untuk buat KUIH TIRAM EKSPRES.. Kuih tiram atau nama lainnya lidah buaya.. Tapi yang ini pembuatannya ringkas, ekspres dan rasanya pun saling tak tumpah macam kuih tiram yang original.. Tapi yang ini tak perlu uli tepung dan kerja yang seangkatan dengannya.. Dah nama pun ekspres kan.. Aku belajar dari RihannaIdzmi.. Weeeee.. =)

Jom usha.. Bagi siapa-siapa yang tak pernah tengok Kuih Tiram, boleh KLIK SINI..


Bahan-bahan yang kena ada pun simple sangat-sangat.. Tutup mata pun boleh selesai.. Keh keh keh.. Sebelah kanan, kulit popia.. Yang itu bungkus kecil, selalunya aku suka guna kulit popia yang besar saiznya.. Di sebelah kiri, tepung yang dah dibancuh dengan air.. Berfungsi sebagai gam atau pelekat.. Atas sedikit, bekas kosong..

Kulit popia tersebut pastikanlah jangan terdedah sangat ya.. Nanti masuk angin, dah keras kulitnya susah nak gulung dan senang nak koyak.. Caranya senang, anda ambil sehelai kulit popia, anda gulung macam anda gulung popia tapi yang ini tak ada inti.. Atau paling senang, anda gulung dari sisi sini ke sisi sana.. Dan letak sedikit tepung yang dibancuh air tadi di hujung gulungan supaya ianya dapat melekat.. Jadilah dia macam sebatang rokok..


Bila dah selesai gulung semua kulit popia yang ada, anda ambil gunting pula.. Gunting gulungan-gulungan yang anda buat tadi secara SERONG.. Jadi hasilnya nanti cantik.. Gambar di atas adalah contoh selepas digunting serong..

Bila dah selesai gunting, masa untuk menggoreng.. Kulit popia anda kena pandai goreng.. Jangan panas sangat nanti kulit menggerutu, tak cantik.. Tapi tak boleh juga kecil sangat apinya dan besar sangat, sebab ianya digulung, takut nanti bahagian luar dah hangus dan dalamnya tak masak dan masih liat lagi.. Jadi, pandai-pandailah ya.. Heee..

Selesai goreng, tos supaya tak berminyak sangat.. Sejukkan.. Bila dah sejuk, anda boleh taburkan dan gaulkannya dengan gula ising.. Ada yang suka gula pasir halus pun boleh saja tapi aku lagi prefer gula ising.. Lagi sedap.. Macam donut, aku lebih prefer donut bersama gula ising.. Heehee.. =)

Dan taraa.. Hasilnya..


Malam semalam selesai menggulung, selesai menggoreng, selesai menggaul dengan gula, malam itu juga adik-adik aku mencekik dengan lajunya.. Aku tahulah sedap kan, tapi janganlah makan laju sangat.. Aku pun nak sikit!!!

Masa raya lepas pun aku ada buat kuih ni, tapi tak banyak.. Bila tak banyak, stok memang cepat habis.. Kalau sedia dalam bekas, letak di ruang tamu depan, memang sekelip mata kau berubahlah kan.. Jilat bekas saja.. Hoh!! Jadinya, selamat mencuba ya.. Memang senang gila.. Tutup mata sambil tidur pun boleh buat.. Muahaha.. =p

Sekian, petuan nak jadi abang dan kakak yang baik.. Bukan saja isteri boleh ikat perut suami melalui masakan, kakak dan abang pun boleh ikat perut adik-adik.. Bukan saja ikat perut tapi ikat kasih sayang.. Ke mana pun kita pergi, kita kena ingat, keluarga tetap yang pertama dalam hidup kita.. Perhubungan kekeluargaan dan darah, ibarat air yang kita cencang macam mana pun takkan pernah putus.. Jadi, sayangilah mak ayah anda.. Sayangi juga abang, kakak dan adik-adik anda..

Pesanan khidmat masyarakat dari Cahaya Yang Riang Gembira.. Ngee.. Sampai sini.. Take care semua.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Hizami Li berkata…
wow.
zami nak satu balang !!!
XB
boleh ?
noreed berkata…
wah senangnya, tak sangka kuih tiram boleh buat dari kulit popiah lah. cepat, ringkas, mudah dan kreatif
Shahada Fauzi berkata…
salut dengan tepung susu pun sedap gak doc..^_^
nora berkata…
untung laki2 y dapat sis tau...
rajin kt dapur

=)
@..hizamirahim.. Bukan kata satu balang.. 10 pun boleh.. Hee.. :p
@noreed Tu laa namanya ekspres.. Senang kan.. Huhu.. ;)
@♥CIK SHA♥ Tepung susu? Hoho.. Boleh try nanti.. ;)
@.alie. Untung bape banyak? Hihi.. Rajin apenye alie.. Pemalas okeyh.. Huhu..
mr.syazwan berkata…
eh kuih tiram dinda

omey2 lerr

haha

kecik2 ye

kuit tiram kanda BESAU2

nak tgk???

=_=
@hazlin Haha.. Sekali sekala kak Lin.. ;)
@hazlin Haha.. Sekali sekala kak Lin.. ;)
@mr.syazwan Haaaaaaaa.. Gila laa kanda!!!!!! :P
black_mel berkata…
erk...hari ni xde entry cinta2...huhu...dr..need to know..citer korea aper yang tgh fames skrng?
Kuwe berkata…
Err. Kuih apa benda ni. Aku macam tak pernah nampak. Amboi gula. Diabetes!

doktor pandai masak? kehkeh. ingatkan reti gunting tali pusat ja.
Cikgu Fonik berkata…
salam,

petua menjadi abg yg baik bawa keluar makan je ramai2.
ieda berkata…
ermm memang sedap kuih nie dikk .. mak akak selalu buat bile time raye .. :)
mr.syazwan berkata…
HAHAHAHA

dinda pikir lain ni erk?

ish2

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T