Wang Hantaran Dah Jatuh
Assalamualaikum.. Malam semua rakyat bumi yang dikasihi.. Ngee.. Budget macam datang dari planet luar saja.. Ekeke.. Selamat sampai ke Melaka tepat jam 5 petang tadi..
Haaa.. Cerita pasal wang hantaran.. Wang hantaran siapa yang jatuh? Dah macam Year End Sale.. Diskaunlah sikit lebih kurang.. Hoho.. Balik tadi terus ke Klinik Gigi.. Dalam klinik ada 3 orang kanak-kanak kecil yang semuanya datang untuk mencabut gigi susu mereka.. Dan tak dilupakan seorang nenek yang juga datang untuk mencabut gigi sebab nenek nak pasang gigi palsu katanya..
Aku? Satu-satunya gadis sunti yang comel berusia 23 hampir nak masuk 24.. Mana entah nak letak muka, sebab keluar-keluar setiap pasang mata semua memandang.. Bukanlah sebab cantik ke apa, tapi sebab si gadis berusia 23 ini juga berbubuh kapas di dalam mulutnya.. Cabut gigi juga??? Duh!!! Segannya.. Rasa macam nak buang kapas masa dan tika itu juga.. Tak pun, kasi telan saja kapas itu.. Haha..
Atas sebab-sebab yang nak elak pun tak boleh nak dielak dan permasalahan yang timbul pada gigi, aku terpaksa mengorbankan sang gigi walau dalam keterpaksaan.. Hati berat tapi masih boleh terima dengan hati yang terbuka sebab yang dicabutnya gigi geraham, senyum pun tak nampak gigi sudah hilang sebatang sebab duduknya di belakang sanun.. Keh keh keh.. =p
Tapi balik-balik saja dari Klinik Gigi terus aku kata pada emak dengan nada sedikit ala-ala macam kecewa..
"Habislah macam ni mak.. Gigi dah hilang sebatang.. Mesti wang hantaran pun makin kurang.. Warrgghhh!!!"
Tahu apa reaksi mak? Mak gelak saja memandang anaknya yang sudah terkorban sebatang gigi.. Uarrggghhh!! Mak boleh gelak.. Ini serius apa, wang hantaran dah berkurang, dah jatuh okay.. Kan kan kan??? =p
P/S: Pesanan untuk gegadis di luar sana, wang hantaran bukanlah segala-galanya dalam perkahwinan.. Perkahwinan itu sepatutnya memudahkan.. Jadi kita janganlah susah-susahkan dengan letak nilai yang juta-juta lemon ya.. Heee..
Sekian kerunsingan aku di malam hari.. Sakit cabutan tadi terasa sampai ke kepala.. Macam nak pecah kepala rasa, seolah gigi yang ditarik tadi, menarik sekali saraf-saraf dalam kepala aku.. Darah pun tak berhenti lagi walau dah 3 jam.. Dekat 5 cawan air garam aku kumuh.. Sama juga.. Makin pening lagi ada.. Sudahlah darah kurang, darah pula tak boleh nak stop.. Nasib nasib.. Harap surut dan reda secepat mungkin.. Mahu rehat dulu..
Cuti sampai Isnin.. Weeee.. Jaga diri semua.. Selamat bercuti nanti.. Heehee.. Assalamualaikum..
FOOT NOTE: Kepada Encik Bakal Suami.. Walau siapa pun anda, janganlah risau sampaikan dah mula belek Buku Akaun.. Macam mana jatuh pun wang hantaran, tak akan jatuh merundum banyak sangat punyalah.. No worries okeyhhhh.. =p
Ulasan
ada student price x ?
XP
adoi, sakit nye.. tak suka sakit gigi, apatah lagi kena cabut or berlubang dan sebagainya..
bersabar ea kak..hehe
kesian akak!
tak apa..
jgn risau..
akak tetap howt!
Nasib geraham, belakang, tak nampak sangat, tak terjejas laa kehotan akak.. Kikiki..
rina paling takot dentist!
kalau jatuh tak risau lah lagi hepi ada
hehe
:)
P/S : Bertenang! Tarik Nafas! Sikit Jer Nih! Sakit Sikit Jer Bila Kena Cucuk Nih!
jgn risoooo masih tinggiiiiii janji dara tuuuuuuuuu ahakssss
last sek rendah haha
last pergi jumpe dr gigi 2 thn lps kot
g cuci gigi
hehe
dinda jaga gigi elok2 ye
nnt ssh nak kiss..
opsssssssssss
hahaha
;p
see.. bagus kann.. hehhee