Sugar Daddy Please!!!

UPDATE TERBARU!! 5 sen naik.. Bukan 25 sen.. Harap maklum!!

Assalamualaikum penghuni sekalian blog dan salam satu Malaysia.. Salam sejahtera juga untuk semua yang kini sedang berpusu-pusu mencari Petronas, Shell, Esso Mobil, Caltex, BHP dan seangkatan dengannya.. Kecewa tak? Kecewa tak kena beratur tuang minyak sebelum waktu cecah pukul 12 tengah malam ini? Kecewa tak kena keluar duit extra lebih sedikit dari biasa? Itulah reaksi aku tadi bila mana dapat SMS dari sahabat baik aku, Faizah Fuad.. Bunyinya begini..

"Tuang minyak full tank cepat.. Tengah malam minyak naik harga.."



Kecewa der!! Nak berterima kasih pada siapa ya untuk kenaikan minyak ini??? Haiyo!! Terus beritahu mak.. Dan mak pun dah mula bising-bising.. Start engine kereta dan meluru keluar cari stesyen minyak.. Aigoo~~~

Kecewa der!! Memang saja taknak bagi aku balik Melaka selalu memandu kereta.. Kebiasaannya, pergi balik dari Melaka Ipoh, 2 hala, dengan tol, dekat-dekat RM200 jugalah.. Sebab itu aku balik Melaka pun sebulan sekali atau dua bulan sekali.. Tapi sekarang dengan kenaikan minyak, mahu cecah berapa pula.. Aigoo lagi~~~

Saja nak suruh aku naik bas yang dipandu macam pelesit tu ke? Haish.. Kalah kelajuan kereta aku.. Rata-rata bas semua duduk lane kanan, lane laju.. Cecah 110km/j dan kadang-kadang ada 120km/j.. Apa cerita??? Dah macam nak terbalik saja aku tengok bila bas dipandu dengan laju..

Dan dengan berelaunkan Mara bulan-bulan RM650.. Sewa bilik aku dah RM180, api air lagi, minyak kereta, makan hari-hari.. Cukup ke tak cukup? Hoho.. Rasa hati macam nak kerja part time okey.. Taknaklah bebankan mak ayah.. Hmmmm.. Jadi.. Jadi.. Nak berterima kasih pada siapa bila jadi begini ye???


Hmmm.. Ramai lagi di luar sana barangkali yang hidup mereka lagi terdesak dengan desakan-desakan luar.. Zaman sekarang semua kena pakai duit.. Mungkin.. Mungkin.. Mungkin sebab itu juga ramai gadis yang mengamalkan sistem Sugar Daddy kot.. Simbiosis.. Dua-dua pihak dapat keuntungan.. Tapi daripada cari Sugar Daddy atau Ayah Gula baik cari suami kaya.. Kan kan kan? Ekeke.. =p

Apa nak buat.. Terima sajalah Labu.. Kalau dekat Ipoh ada stesyen NGV, dah lama aku angkut Naza Ria abah aku.. Jimat sejimatnya.. Tapi dah beginilah nasib seorang pelajar.. Bersabarlah sayang.. Kita naik basikal saja pergi hospital.. Sihat pun sihat.. Jimat lagi jimat.. Huh!! Sampai sinilah saja ya.. Selamat tuang minyak semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Semuanya nak naik harga.. Wang hantaran tak naik kot kan? =p

Ulasan

Ibu Ammar berkata…
berterima kasihlah kepada minyak. sayang dia banyak2 tu pasal la dia naik minyak. haha apa aku merepek nih. :p

aku duk cari sugar daddy gak nih. tauke minyak ada tak?.. haha
Raimanda berkata…
hai Farhana.. dah jumpa sugar daddy?
Nur Suaidah Bachok berkata…
bg kita satu please sugar daddy! hahahaha :D
nerves berkata…
uhh...makin ramai la gadis2 materialistik tercipta..
makin sukar nak cr calon bini..
uhh-__-''
@nursarah puteri biru Hahaha.. Kau tak merepek.. Betul laa tu weh.. :p

Haha.. Tauke minyak ade tapi ramai yang botak-botak perot buncit.. Ala2 macam dalam drama TV.. :p
@Ayl Aziz Haiii.. Eh eh.. Tak jumpe.. Dan takmo jumpe laa.. Nak cari suami.. Heehee..
@molmolla Hahahaha.. Mana leh bagi2.. Ish3.. :p
@iamnerves Hak hak hak.. Bak kate lagu Omputeh.. One in a million..

Wahhhh.. Jauh pandangan encik iamnerves.. Tapi betul gak tu.. Banyak aspek kene kaji camnih.. ;)
ISZA berkata…
jangan buat tawaran nak cari sugar daddy tau.. ramai yang volunteer nanti..
;)

hakikat hidup ni.. nak buat lagu mana?
meh buat part time cari uban kat kepala akak ni..

:D
adrinaqamarina berkata…
sebab tu mak ayah letak wang hantaran tinggi sebab duet minyak hantar anak pegi kolej.

hehe
@cikgu isza Hahahaha.. Kak.. Tak mungkin kot ramai yang volunteer.. :p

Okey gak tu.. Satu uban 10 hengget.. Kan? Hehe..
CERITA LEBAT berkata…
gua nak cipta kereta pakai minyak gamat..gua tak kira..
PuanPepel berkata…
nak sugar daddy jugak....untuk isi minyak je...

untuk sopping ai ranapkan poket enche boipren..haha
zulkbo berkata…
salam..
tiada kata seindah bahasa yang dapat ku tuturkan...TAHNIAH!! rakyat Malaysia,semoga bijak memilih pemimpin selepas ini..
farhana berkata…
Setuju sgr2, drpd cari sugar daddy, baik carik lelaki kaya buat jadi suami =D

Saranan naik basikal ke hospital sgt2la dialu2kan perlaksanaanya Dr =D
Frodo Baggins berkata…
sugar daddy mariiiii
Adziim berkata…
Apa kena mengena harga minyak kereta dengan harga hantaran?
Haha~

Berbasikallah...sihat...confirm boleh demand nak up harga hantaran.
Shahada Fauzi berkata…
aiii doc..nak cari sugar daddy nampaknye..hehe..cari suami kaya je la...^_^
mie berkata…
sugar daddy coming!!!
hahaaaaaaaa
pakwe berkata…
pakwe superman kan ada. bleh terbang woo ... he33
Liza berkata…
bila minyak naik, smua barang pun naik skali.....

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?