Lelaki Dan Style Rambut.. Pilihan Hati?

Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Aku sekarang tengah merajuk, jadi selalunya kalau aku merajuk aku akan membisu.. Jadi tolong jangan tanya, kenapa aku bisu.. Ekeke.. Bila dah bisu, mata dan telinga jadi aktif.. Menghadap drama Korea tak hengat.. Tergerak hati nak cakap pasal lelaki dan style rambut.. Sebab sekarang dah ada macam-macam fesyen rambut.. Tengok sajalah hero drama Korea.. Yang tak hero pun rambut mengalahkan hero okey..


Harus diingatkan.. Entry ini ada banyak gambar lelaki kacak idaman anda.. Jadi diharap dapat bersabar melaluinya sampailah habis pembacaan anda ya..


Jejaka pertama Jensen Ackles namanya.. Hero Supernatural siapalah yang tak kenal dia.. Fesyen rambut kemas bergaya.. Gadis-gadis pun suka.. Bukan sebab kacak sahaja.. Rambut pun main peranan di mata kita..



Robert Pattinson, Cullen manjanya.. Pontianak terhangat gilaan remaja.. Fesyen rambut macam baru bangun tidur gamaknya.. Tapi tak ada hal punya.. Gadis-gadis tetap suka..



No Min Woo nama hero baru kita.. Sopan bicara lembut gayanya.. Rambut ke depan menutup dahinya.. Disisir rapi nampak serinya.. Senang cerita.. Gadis-gadis pasti suka.. =p



Siapa tak kenal memang nak kena.. Lee Min Ho nama, popular sungguhlah dia.. Rambut semacam apa, orang tetap suka.. Jatuh tutup dahi cucuk mata pun orang gilakan dia.. Haha..



Dia lagi aku tempek di sini.. No Min Woo jejaka nampak misteri.. Rambut panjang beralun bersegi.. Err.. Nampak girly.. Hihihi..



Lee Min Ho lagi terselit di sini.. Favourite Puteri Biru dan ramai lagi.. Tak kisahlah kerinting tak kerinting si mamat tinggi.. Kalau orang dah suka, dia tetap di hati..



Si dia ini namanya Lee Hong Ki.. Comel orangnya, suara power dan tinggi.. Si puteri? Masih minat lagi? Sebab dah kerinting panjang pula rambut si Hong Ki.. Ikut aliran semasa barangkali.. Aku kurang berkenanlah Lee Hong Ki.. Balik asal jadi diri sendiri.. Heee..



MonoLoque nama sang lelaki ini.. Kekanda Adinda lagu hit masa kini.. Rambut panjang, jambang pun penuh, boleh diikat lagi.. Ada tak gadis minat fesyen begini?



ST12 popular kerana Charly.. Vokalis mantap lagu pun cipta sendiri.. Tapi rambut fesyen apa tak dikenalpasti.. Adik lelaki ku benci rambutnya sebab apa aku pun tak pasti..



Macam biasa botak tak terkecuali.. Norman Hakim pun pernah botak shiny shiny lagi.. Ada yang kata seksi botak begini.. Err.. Betul ke aku pun tak pasti lagi..




Banyak mana fesyen rambut lelaki.. Satu saja pilihan hati.. Rambut bak Arjun Rampal, kemas dan rapi.. Berbelah di tengah, zaman sekarang memang susah nak cari.. =p



Asyik cerita fesyen itu ini, terlupa satu nak ingatkan di sini.. Rambut pun mampu tarik hati, janggut kambing apatah lagi.. Kikiki..


Even lelaki, rambut pun perlu dijaga elok.. Jangan serabai selebet sebab itu pun mencerminkan peribadi.. Heeee.. Okey semua.. Tata titi tutu.. Assalamualaikum.. Take care.. =)



FOOT NOTE: Merajuk masih tak habis lagi..


Ulasan

adrinaqamarina berkata…
rina suka hero supernantural tu! argh. pastu suka lagu st12 tu. pastu suka giler arjun rampal. haish.

kte lebih suka lelaki yang rambut kemas. nampak ag smmart.

ps3. lelaki besongkok tak de? kui3
Linglung berkata…
Robert Pattinson, Cullen punya rambut ..xtau nak cakap ape lah..baik botak lagi bagus..hahaha..

botak tu seksi..ye dak? haha
Amieynna Amin berkata…
suke yg botak tetapi bukan norman hakim...
minat mawi..
auwwww
erm....pilihan saya??? errrmmm..tak kisah sebenarnya...asal kemas...uhuhuh...jagan serabai...;p
hysman berkata…
jadik sape minat rambut shayerr??? hahaaa...
Hizami Li berkata…
wah.
byk pilihan.
XD
Liza berkata…
tgk gak, ada yg sesuai dgn muka, ada yg tak sesuai langsung!
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
suka style hero supernatural...i like..dia pun macho..hehe
zulaikhaablah berkata…
satu2nya lelaki xde rmbut yg sy suka; maher zain..
kih5
wachak berkata…
Berambut pendek pernah, berambut
panjang pun pernah tapi botak belum
lagi. Hudoh kot ... kui33


~ Rasa2nya time berambut panjang kot ramei awek berkenan ... keh33
Unknown berkata…
suka gila style no min woo and lee min ho.! hahaha
fleura berkata…
sy suke rmbut no min woo gak.yg rmbut ttp dahi tu ensem!!!
Cik Lizi berkata…
Robert Patty tetap menjadi pojaan hati! haha ;)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?