Lagi 1 Jam 20 Minit, Tarikh Ini Akan Jadi Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum.. Salam malam Isnin semua.. Tinggal lagi 1 jam 20 minit tarikh 10/10/10 akan jadi sejarah.. Yang manis, yang masam, yang macam-macam rasalah.. Aku? Hari ini tak ada apa-apa momen yang manis, masam, masin dan sebagainya.. Hari ini hanyalah seperti hari-hari biasa.. =)



Pastinya semua orang dah selesai menonton tayangan secara langsung perkahwinan Datuk Syeikh Muszaphar Shukor dan Dr. Halina.. Malam ini juga pasti ramai wanita Malaya berangan-angan terbang ke kayangan termasuklah housemate aku yang 2 orang.. Rasa mahu kahwin juga kan? Haip!! Gatai no!! Kikiki.. =p


Tapi.. Sayangnya aku masih lagi di bumi.. Tak mampu dan tak larat mahu join sekaki sekepak terbang ke kayangan.. Rancangan persandingan tadi pun aku ikuti dalam 15 minit, lepas itu aku masuk bilik dan berkurung selesaikan kerja aku yang menimbun.. Plus satu lagi sebab aku masih di bumi dan tak terbang-terbang, sebab aku rindu sangat-sangat "orang bumi".. Aigoo~~~


Betul orang kata, hari-hari get in touch tak terasa apa, nak menghargai pun tak pernah pula terfikir, tapi bila dah jarang-jarang, mulalah rasa rindu, duduk pun tak senang.. Apa nak dikata.. Sendiri tanggunglah beb.. Haha.. Tapi yang lagi pelik bin ajaibnya, bila selesai sesi melepaskan kerinduan, tak lama selepas itu, rindu datang lagi tapi lagi hebat dan dalam masa yang lebih singkat.. Kalau dulu katalah 3, 4 hari baru terasa rindu.. Ini sekarang baru setengah hari selepas get in touch, dah rindu lagi.. Apa ceritanya yeop? Ekeke.. =p


Okeylah.. Mahu sambung muhasabah diri kejap.. Selamat malam semua.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Damn malu to confess.. But seriously.. I M.I.S.S. Y.O.U. Errr.. Siapa you? Entah.. Aku pun tak tahu.. Lalala.. =p

Ulasan

uhuhuhuh...saya masih berpijak di bumi yang nyata...tak mau la naik kayangan...takut terhempas...wawawawaaaa....

*betul² tak sampai sehari je dah terasa rindu...ini kan pulak kalo berhari²....lalallalaaa...mood : jiwang....;p
Amieynna Amin berkata…
kite masih dibumi.. bukan dikayangan... tapi sesekali berangan seperti dikayangan pun best gak kan..
lagi2 berangan dapt hero cam Dr SMS..
Jard The Great berkata…
10.10.10 jugak mungkin hari dalam sejarah ramai terlibat dalam kemalangan paling ngeri 2010?
shahirahkhairudin berkata…
ekeke..I mish you too.. (tetibe..)
wachak berkata…
wah !! dalam hati dah bertaman bunga
... keh33. sapalah gerangan nyer tu ...:P
@Jard The Great Ngeri kan.. Blogwalking tadi sempat tengok video kat satu blog.. Meremang pula rasa.. Takziah buat keluarga mangsa.. Al fatihah..
adrinaqamarina berkata…
ha, sape tu sape tu? wewit.

akak, kte pon dah jatuh hati dengan ho dari johor ni tapi beliau dah bertunang jugak. haish. sume orang yang kte suka pun dah bertunang. haha
Hanis Amanina berkata…
haha moral of the story? adakah jangan buat sesi melepaskan rindu? nanti rindu berganda-ganda lagi parah. hahahaha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?