Kek Untuk Dia..

Assalamualaikum.. Salam Jumaat semua.. Dah kembali ke Ipoh.. Selamat sampai petang tadi meredah hujan lebat.. Malam-malam macam ni.. Tiba-tiba.. Rindulah Taiping.. Sebulan aku di sana.. Banyak ilmu aku dapat dari tenaga pengajar.. Daripada doktor pakar, doktor pelatih sampailah ke jururawat yang cun melecun.. Dulu-dulu ada kata-kata bunyi begini, orang memberi kita merasa.. Dah orang bagi, tak reti-reti nak balas ke? Haha.. :p



Banyak dah masa, ilmu dan tenaga dicurahkan.. Kadang-kadang sampai buat kelas malam, dan ada yang mata pun dah naik merah.. Dedikasi kan tenaga pengajar aku? Abang Gur.. Abang Jas.. Dan Abang Man.. Ewah!! Aku main pakai taram saja sebut nama doktor pakar dengan "Abang".. Dari kecil-kecil, mak dah ajar, abah pun dah pesan, belajar berterima kasih.. Terima kasih harus jadi makanan ruji kita.. Orang bagi, terima kasih.. Orang nasihat, terima kasih.. Orang marah? Terimalah kasih.. Tak rasa ke macam sedap telinga, tahi telinga pun boleh cair bila orang sebut terima kasih, bagi penghargaan pada apa yang diperolehi.. Kan kan kan?


Untuk segala ilmu yang "Abang abang" dah curahkan, keputusan diambil untuk hadiahkan sebiji kek dan sekeping kad.. Tanda terima kasih dan sayang yang tak tak tak terhingga dari kami.. Walau tak seberapa nak dibandingkan dengan apa yang diperolehi, tapi sekurang-kurangnya, tanda penghargaan itu ada.. Belajarlah kita berterima kasih atas apa yang kita perolehi, atas apa yang orang lain dah berikan pada kita.. Harap mereka makan kek itu dengan kenyang.. Weeee.. =)



Kek aku yang lagi satu pun dah selamat mendarat di Terengganu.. Lega hati.. Takut tak sampai.. Tapi lagi takut tak boleh makan sebenarnya walaupun pakai pos yang laju.. Harap-harap masih sedap dimakan dan suka memakan kek yang simple-simple itu ya.. Jangan sakit perut pula.. :p


Eh korang.. Pandai buat spekulasi aku dah jatuh, aku dah dekat, aku dah bunga-bunga dengan Abang Gur.. Piat telinga kang!! Aku budak nakal yang memang gemar minat itu dan minat ini, asal ada yang punya ciri-ciri menarik, memang aku suka "admire"..


Tapi macam mana aku "admire" sekalipun, hati aku tetap suka pada yang "satu itu".. Suka tapi tak boleh cakap.. Suka tapi tak mampu luah.. Suka tapi hanya boleh elak-elak, tepis-tepis dan buat-buat tak suka.. Sebab? Takut.. Kecewa LAGI!! Hoho.. Jadi.. Simpan sajalah ketat-ketat rasa suka itu ya Farhana.. :p


Okey semua.. Selamat malam.. Selamat tidur.. Jaga diri elok-elok ya.. Assalamualaikum..




FOOT NOTE: Terima kasih.. Heehee.. =)

Ulasan

Adziim berkata…
Definisi teenage dream...
Secara ringkas keinginan mempunyai kekasih dan bahagia bersama?

Zaman remaja sekolah, kolej dulu tak dapat.
Zaman dah kerja ini....perghh! Senyum sorang-sorang 24jam.
abigemok berkata…
jgn simpan, manalah tau kot ada nasib dia.. ehehe
rhapsody LiN berkata…
hehe.. tbe2 teringat lagu "jahat" stacy

;p
zulkbo berkata…
salam..
tahniah dapat kek..
bolehlah tambah KG..
la la la..
afiq aiman berkata…
salam perkenalan..eh kek..nak sikit
farhana berkata…
nampak macam cantik je kotak tu..kek pon mesti sodappppp =)

Dr....masalah kita sama =(
Suka tp tak mampu untuk meluahkan sob sob
Whoopz berkata…
Malu2 la plak.. Luahkan je la.. Sekian terima kasih.. :p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?