Bangga Kita Jadi Insan Yang Memartabatkan Seni Bahasa

Assalamualaikum penghuni dunia blog.. Salam sejahtera.. Terpanggil aku dek rasa bangga yang terdetik dalam hati, melihat anak-anak muda kita sekarang semakin ramai yang mengangkat bahasa itu sebagai seni dan seni itu sebagai bahasa.. Ingat aku pada cebis kata Fida Aishah, bahasa Kelantan itu satu seni cabang bahasa.. Mempelajarinya adalah satu keunikan dan kelebihan..


Sana sini kita lihat anak-anak muda dalam sibuk menelaah buku tebal-tebal sempat juga menyelitkan ilmu seni bahasa dalam kehidupan harian.. Belajar bahasa Cina, bahasa Tamil, bahasa Hindustan, bahasa Perancis, bahasa Kelantan atau mungkin bahasa Sabah dan Sarawak.. Seni itu universal dan untuk semua.. Dan bahasa adalah seni dan seni adalah bahasa.. Maka tiada hukum dalam dunia ini yang mengatakan bahasa ini untuk bangsa ini atau sebaliknya..


Menguasai satu cabang seni diakui bukan soal sehari dua.. Perlu masa, tekad dan azam yang tinggi.. Ruyung tak pecah, tak dapatlah sagunya.. Aku bangga dengan diri sendiri kerana cabang seni yang aku tuntut selama 10 tahun masih mampu lagi aku gunapakai sampai ke saat ini.. Kadang juga bangga bila ditanya, boleh bicara? Angguk yakin.. Boleh menulis? Anggukan makin kuat dan makin meyakinkan.. Sambil mata-mata bertanya menusuk tepat pada mata ini dengan satu pandangan kagum yang aku cukup rasa kepuasan bila memandangnya..



Bangga aku melihat usaha anak-anak muda kita memartabatkan pelbagai cabang seni bahasa.. Walau hanya sebulan dua merangkak mendalami seni bahasa, tetap bangga menutur kata pada dunia walau kadang ada silapnya tapi usaha itu bikin hati bangga telinga seronok mendengarnya..


Tak ada ruginya memartabatkan seni bahasa malah itu yang seharusnya ada dalam diri kita dalam mengejar arus dunia yang membangun juga dengan pelbagai jenis ragam manusia yang punya seribu satu seni tutur bahasa..


Cuba lihat About Me nun di sana.. Seni yang takkan lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.. Ilmu kita tuntut, kita amal, dan kita sebarkan.. Takkan berkarat, sampai bila-bila pun.. Heeee.. Have a nice day semua.. Assalamualaikum.. =)




FOOT NOTE: Giat belajar bahasa Hindi.. Mana tahu paling koman Arjun Rampal boleh tersangkut.. Lalala.. =p


Ulasan

abone berkata…
Menarik. Sekarang pun bulan bahasa kebangsaan.
Liza berkata…
very good, kalau kita tak pratikkan, lama2 hilang ia
black_mel berkata…
wah....dh pandai menulis bahasa manderin ker.....bagus2 blajar bahasa hindi sebab orang nepal pun cakap bahasa hindi..nanti nak cakap ngan cleaner nepal senang..hehe..
adrinaqamarina berkata…
rina suka giler arjun rampal!
wachak berkata…
nk belajar cakap hindi boleh ??
nanti senang ar nk skeping ngan
kajol, tak pong yg ader iras2 cam
kajol ... keh33

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?