Semua Orang Gilakan Gio Lagenda Budak Setan Ke?

Sana sini orang review pasal Lagenda Budak Setan.. Ada yang kata best, ada yang kata tak best.. Makanya hasrat aku yang berkobar untuk menonton pun dah jadi kosong.. Al kisah nak tengok Prince Of Persia tapi FULL.. Kecewa.. Apa lagi, alang-alang nak mengenjoykan diri, aku ikutlah kawan-kawan tonton Lagenda Budak Setan.. Hoho.. Jalan-jalan kedai buku, Lagenda Budak Setan sold out, nak masuk kali ketiga dicetak semula.. Wow.. Dahsyat juga ya penangan LBS..





Aku tak mahu review sangat sebab sana sini dah bersepah orang buat review.. Aku cuma nak berucap pendek.. Overall, filem ini tak adalah best sangat.. Dan tak adalah tak best sangat.. Sedang-sedanglah.. Kawan aku kata cerita dia monotonous, mendatar, sekelip mata saja poop.. Habis dah.. Hoho..


Fardi Kamil macam biasa, sweet der.. Que Haidar memang lakonan beliau aku suka dari dulu.. Huhu.. Lisa Surihani, Fazura dan pelakon perempuan baru pun okey.. Lisa Surihani sangat cantik.. Hee.. Dan banyak lagi filem lakonan dia akan ditayangkan tak lama lagi.. Laku sungguh Lisa.. Tahniah.. Ekeke..





Kesimpulannya.. Aku terseksa menonton filem ini.. Sebabnya emosi cerita ini sangat besar dan berat, sepatutnya aku MENANGIS okey tengok filem ini, tapi sayangnya penyampaian tiap elemen tak berapa menyentuh jiwa aku.. Aku cume mampu rasa sebak dan air mata bergenang.. Tapi sayang seribu kali sayang.. Air mata tak mengalir.. Aku terseksa.. Kenapa tak mengalir??? Faham tak perasaan begitu.. Macam sembelit.. Constipation okey.. Sob sob..





Dulu-dulu aku ingat, air mata dikeluarkan di lubang kecil yang ada di bahagian bawah mata kita.. Rupanya tempat penghasilannya adalah di kelopak mata atas hujungnya.. Huhu.. Berterima kasih kepada Lagenda Budak Setan sebab buat aku jatuh cinta.. Walau bukan dengan filemnya tapi dengan lagunya.. Lagu nyanyian Gio tak seperti Filianti Vlee.. Ada kelainan tersendiri.. Dan aku lebih prefer versi Gio.. Meruntun perasaan mendengar lagu ini.. Pendek kata, mendengarnya.. SESUATU SANGAT.. Huhu.. Till here.. Enjoy the song.. Assalamualaikum..





GIO - BILA CINTA (Download 4shared)


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu


Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang kau sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Ternyata memilih
Cinta yang fana


Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan


Ku sebut namamu
Di setiap doaku
Bangkitkan setiap
Kenangan tentangmu
Yang ku dapat hanyalah bayangmu


Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh dalam harapan
Dalam harapan

Ulasan

~suNshiNe~ berkata…
teringin nak tgk movie kat cinema...huhuhu..tak pernah lagi masuk cinema nie...mcm mana la rupanya ye kt dlm tu...

LBS tgk review kat blog2 yg I lawat..cem best..teringin nak nontonnya..
Tanpa Nama berkata…
memang terseksakan kalau air mata terhasil tetapi tak dapat mengalirkannya..
huhuhh
Tanpa Nama berkata…
memang terseksakan kalau air mata terhasil tetapi tak dapat mengalirkannya..
huhuhh
joegrimjow berkata…
mana muka die ek?
kat FB semalam pun banyak yg post benda ni
black_mel berkata…
tajuk dia x best..tp ader lisa..so kena tgk jgk..hehe..
saya tak terlibat....lalalala....;p
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
hehehe..tak tgk lagi..jarang tgk cerita melayu di wayang..
Jard The Great berkata…
tak minat nk tinguk.. =p
Tanpa Nama berkata…
uiks!!!
yekew akak..
sy pun pikiaq same akak pasai air mata tue...
LBS???
X MINT PON!
HEKHEK....
azuan berkata…
ade member ajak...tapi x trasa nak tengok~
.Cik Nana. berkata…
nak tengok! :)
Ibu Ammar berkata…
tula pasal, scene2 kat filem ni macam tak sampai ke jiwa raga, tu yang macam susah nak nangis padahal dah sedih dah. aiyoooo.
:: Sunshine ::
Ohh.. Biasa saje di dalamnya.. Gelap.. Huhu.. Tengok laa.. =)

:: Cik Paro ::
Gila tak seksa.. Haha..

:: Joe ::
Google tapi tak jumpo.. Huuu..

:: Black Mel ::
Tau daa kamu.. Gatai..

:: Aainaa ::
Saya ponnn.. Lalala..

:: Hawa ::
Susah nk cari cite Melayu yang best..

:: Jard ::
Ku nak nengok Prince Of Persia mcm hang..

:: Umar ::
Ye laa dik.. Heehee..

:: Azuan ::
Ko tak sesuwei kot nengok.. Wakaka..

:: Cik Nana ::
Tengok2.. Heehee..

:: Sara ::
Yup.. Sedih memang sedih tapi tak tercapai arr.. Hmmmm.. Rugi sangat..
Abe Long berkata…
wah! sunshine lom penah masuk cinema..

sy br 3 kali masuk...

meh sunshine masuk cinema, ceq blanje
Adziim berkata…
Aaa,,betul2..laju sngt cerita ni.

Lagu je la yg best agaknya.
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
betul..betul....betul...
El-Zaffril berkata…
Jom kite ngedate tengok sama2
akira sendoh berkata…
nak tgk sebab ada lisa surihani..leh tak?? ngee~
wildnara lya berkata…
sang penulis..saya sangat setuju dengan posting anda..apa yg saya rasa semua nya anda telah luahkan..sadnye saya masih belum memiliki blog hehe. Yeah filem ni sedang2 saja dan its really true air mata saya seolah2 sembelit..i desperately want to cry bila dgr lagu by Gio..but mcm kne cut je...It must be the director, he need to watch hindi movie a lottt XD..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?