Lain Padang Lain Grasshoppers

Lain padang lain grasshopers.. Betul tak? Lain blog lain tuannya.. Betul lagi tak? Lain tuan lain penulisannya.. Betul dan lagi dan lagi tak? Ekeke.. Aku cukup suka bercerita tentang soal penulisan dan buah fikiran dan penceritaan juga penggayaan sesebuah entry.. Dulu-dulu, dunia sastera adalah dunia aku.. Pantun, puisi, sajak dan segalanya yang bermain dengan bunga-bunga bahasa, cukup untuk buat aku jatuh cinta..





Tapi semenjak bergelumang dengan dunia-dunia penyakit, segala macam sakit dan pesakit juga ubat-ubatan, dunia sastera seakan jauh juga aku tinggalkan.. Sekali sekala saja bila rindu, aku cuba bermain dengan kata-kata dan bahasa.. Tapi rasa pelik dan janggal.. Rasa seperti sudah berkarat.. Apalah yang budak sains ini mampu coretkan, setakat putik-putik bunga.. Ayat berkembang kuntum-kuntum mekarnya bunga rasa dah tak mampu dicetuskan dari kotak minda.. Huh..





Dalam dunia blog, macam-macam gaya penulisan ada.. Tiap baris ayat penuh makna di sebalik kata seperti Cikgu Zara dan PipiMuncet.. Tiap baris dan patah ayat mencetuskan gelak tawa seperti gaya Cikgu Zami.. Ada dari kita mungkin menggemari bahasa penuh sastera dan makna tersirat di balik kata tapi ada juga yang lebih sukakan direct to the point, titik noktah.. Malas mahu fikir katanya.. Huhu..


Bagi aku, aku prefer kedua-duanya.. Bergantung pada situasi dan keadaan.. Ayat berfalsafah penuh makna, bagi aku ada satu kebaikan dan satu keburukan.. Baiknya kita mampu meluah rasa dengan gaya penuh sopan dan nampak sweet.. Buruknya, ada sesetengah orang takkan faham atau mungkin tak akan pernah faham dengan apa yang cuba disampaikan.. Hoho..





"Mengapa sukar dirinya didekati,
Mahu mengenalinya dari lain sisi,
Tapi seolah ada satu tembok yang dibinanya dalam diri,
Mahu bicara hati ke hati,
Mendalami diri,
Bukan sekadar tegur sapa yang biasa hari-hari,
Yang tak mampu melegakan hatinya,
Andai masalah melanda diri,
Aku tak mahu senang dikongsi,
Susah ditanggungnya sendiri,
Tapi mungkinkah dia akan mengerti,
Atau aku bukan siapa-siapa,
Dan itu yang dia ingin aku fahami.."


"Aku tak punya kata-kata untuk dipegang,
Cuma momen penuh makna,
Untuk berpaut,
Dan mengharapkan ianya utuh dan kukuh,

Agar bisa aku terus bersandar tanpa jatuh.."


- ASSALAMUALAIKUM -

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
apabila dr berfalsafah..
hahahhah
azuan berkata…
aku selalu tafsirkan lain dari yang tuan punya badan maksudkan hohoo
Cik Lizi berkata…
xkisah la farhana nk tulis ayat puitis atau yg xpuitis

akak setia membaca ny
hehe ;)
Sufi Asri berkata…
aku prefer direct to point.. =)
ILA HonEyBuNNy berkata…
btoi2...lain org lain telinga...ehheheh
Adziim berkata…
Apsal gaya penulisan aku tak ada ye?
:p
El-Zaffril berkata…
Saya mahu copy puisi itu boleh?
Hizami Li berkata…
ya.
masing2 ada citarasa.
;)
zami pun suka dua2.
yep.
tak lengkap kalau suka salah satu je.
;)
Jard The Great berkata…
aku suka carca-marba... semua ade.. ehehe
Blog Eazy Izzuddin berkata…
oh bahasa mu pun da cukup wat jatuh cinta
hehe
Kuwe berkata…
Gilaa lahh.
Bila doktor berkias bersajak.
Serupa aneh. Heh heh.
Ni gerashopper jenis apa?
~suNshiNe~ berkata…
berkias2 sgt pun nnt ada ja org yg tak faham...cem aku nie...blurr2..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?