Kalau Boo Ada Wanita Idaman.. Aku Pun Mahu Lelaki Idaman..

Pagi Isnin yang ceria untuk memulakan rutin harian seperti biasa.. Salam untuk semuanya.. Pagi-pagi buta aku dah kena bangun sebab kena travel dan attend briefing di Pejabat Kesihatan Daerah.. Makanya, dua tiga hari ini aku akan berulang dari Ipoh - Batu Gajah.. Mungkin tak sempat nak update selalu.. Tapi entry yang ini nak tak nak aku kena publish juga.. Penat aku karang dan cari bahan wo.. Print screen dari 3 drama Korea, Prosecutor Princess, You're Beautiful dan Personal Taste.. Walla ~ ~ ~


Mana taknya, dua tiga hari aku duduk cemburu dengan si kambing namanya Boo.. Mencari wanita idaman lelaki bak heroin Lovers In Paris walaupun dirinya bukanlah seorang lelaki.. Hoho.. Apa pun, citarasa Boo memang tinggi.. Dan aku, mahu juga!!! Lelaki idaman wanita.. Walau mungkin kriteria yang bakal aku bentangkan tak menepati citarasa wanita seluruh alam, tapi aku tetap mahu kasi tahu, wahai lelaki, apa sebenarnya wanita inginkan.. Walau walau mungkin nanti ada yang pertikaikan, 23 tahun layakkah digelar wanita.. Ekeke..




1) Tolonglah faham aku luar dan dalam.. Luaran aku tak minta ingat semua details remeh temeh tentang aku, tapi cukup kot kalau ada sedikit GENERAL KNOWLEDGE tentang aku.. Dalaman pula kalau boleh memahami aku ini bagaimana walau aku jarang mengungkap apa yang aku rasa..





2) Buka mata nampak DIA, sebelum tidur lelap mata nampak DIA.. Sebab paling tidak, mulakan kerja di pagi hari pasti ada semangat melihat yang tersayang.. Malam dah penat, ada dia juga menemani di sisi.. Tak tinggi permintaan aku.. Kan?




3) Paling koman kalau tak mahu jaga masa sakit, cukuplah sekadar tengok-tengok ada okey tak.. Masih bernafas lagi tak.. Kannnnn.. *aku perli derr* Care.. Di mana dia sentiasa bertanyakan kesihatan kita.. Okeykah.. Sihatkah.. Dah makankah.. Ini bukan satu kongkongan.. Tidak sama sekali.. Once bila pertanyaan macam ini anda rasa dikongkong, anda perlu nilaikan semula perhubungan anda.. Cewah ayat aku.. Ekeke..





4) Bila aku ketawa, dia ketawa.. Bila aku sedih, dia ketawa.. Bila aku gundah, dia ketawa.. Aku sukakan lelaki tersenyum dan ketawa.. Lagilah yang mampu bikin aku senyum dan ketawa.. Macam penyebab senyuman dalam rahsia.. Hmmmmm..




5) Peneman makan yang baik.. Sebab aku tak suka perasaan makan seorang diri.. Even kalau aku nak makan aiskrim saja duduk di tepi jalan pun dia sanggup temankan.. Heeeee..





6) Lelaki yang pandai "pleasekan" aku.. Bukan dengan kata-kata manis, kata-kata jiwang dan kasih sayang.. Tapi dengan cara CARI GADUH.. Ya.. Aku suka gaduh dan bertikam lidah.. *tapi masih penuh dengan kasih sayang dan kemanjaan.. ahh.. geli ketiak..*





7) Bila jauh dan masing-masing kadang tak punya masa untuk ekspres rasa kasih sayang walaupun dengan call mahupun sms, tapi pandai cari alternatif lain.. Lelaki yang rajin baca blog Cahaya Yang Riang Gembira.. Jadi silent reader pun jadilah.. Paling tidak dia tahu apa yang berlaku dalam hidupku, dan dia SUDI ambil tahu tentang diriku.. Kerana dirimu begitu berharga.. Ekeke..




8) Lelaki yang ego tak tinggi melangit.. Boleh terima kalau ada waktunya, aku sebagai insan tersayangnya "melindungi" dia.. Jadi protector dia.. Weeee.. Kadang-kadang mahu juga merasa melindungi orang tersayang.. Maksud melindungi? Anda fikir-fikirkan..


Banyak sungguh ciri yang aku idamkan.. Tapi apa yang kita idam tak semuanya kita boleh dapat dalam diri seorang lelaki.. Selalunya ada pada lelaki-lelaki yang berlainan.. Mungkin ciri ini dia ada, dia tak ada.. Takkan mahu rembat semua dan jadi playgirl? Ohh tidak tidak!! Tak baik okey.. Naughty namanya.. Sesungguhnya bila tiba masa yang tepat, akan datang juga pasangan yang tepat untuk kita.. Mudah-mudahan.. Happy day untuk semua.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Mahu lelaki yang boleh terima diri aku yang jika diminta mengulas perlawanan World Cup dan team mana patut menang, hanya reti sengih kambing.. Heeeee..

Ulasan

Shahada Fauzi berkata…
hehe..suke yg no 7 tu..ade kaitan kot..ngeh3..

semoga doc fana bertemu dgn insan yg diidamkan itu..insyaAllah..
rhapsody LiN berkata…
entah lah... ciri2 lelaki yg ku suka is pandai, bertanggungjawap, and tak berhati batu. so, xde lah kayu sangat kan.. haha..papepun suruh dia baca buku men are from mars, woman are from venus dulu. :p
joegrimjow berkata…
baru plan nak tengok online
tap...
lembap plak iternet sini!!!
nora berkata…
arghhhhh..
suka sume ciri2 kat atas...

no 5 tu plg penting
sob3~cik abang dah nak balik malam ni
PuanPepel berkata…
amoih....byknye..tp klu dapat..itu adalah bonus kan??
xsalah mengidam2kan....hehe
black_mel berkata…
yes2...dh tgk dh u r beutifull..
Jard The Great berkata…
aku kat kpg layan citer Cinderella's stepsister. heee.. besh siot dan mendalam kot
Kuwe berkata…
hahaha. nom 7 tu takleh blahh langsung. eh, aku pun suka bergaduh bertikam lidah. meh meh.
Frodo Baggins berkata…
semua ciri2 idaman di atas ada pada wa!
owh, mngkin bley tambah, bg hadiah
coli merah??


>>__<<


layan sivaji de boss jom!! muahahha
mukasurat17 berkata…
pehal ni!!! jeon ji hoo aku nye!!!

hahaha...
Whoopz berkata…
Gwa x.. Gwa rasa.. Gwa nak..
Ishk.. Xde pape ar.. Gwa jawab salam lu ek d0c.. Waalaikumsalam..
Boneka Tak Sakit berkata…
entah la.. letih la! pk pasal pasangan2 ciri2 dan lain2..

letih2 kira rehat jap la! pit stop! half time gagaga...
.Cik Nana. berkata…
kak farhana!
hehe.bnyknya ciri2 lelaki idaman..
tp org slalu cakap..
kite kene ckp benda yg kite nak aje..
yg xnak tu jgn sebot taw..
mcm xnak laki smoke..
nnt biasenye akan dapat gak..he3..

p/s: entri semakin jiwanngggg..ade pape ek? :P kawen jgn luper jempot..
oh budi.

eh eh lee min hooo
Unknown berkata…
aku ada ciri-ciri kat atas ... so jom kapel ... muahahahaha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?