Aku Tak Faham Apa Maya Kata.. Maya Angelou Dan Bukan Luna Maya..

Salam buat semua di pagi Sabtu.. Entry ini entry permintaan, dari seorang blogger buat seorang blogger.. Cuba ditunaikan walau tajuk yang diberi agak berat untuk dipersembahkan.. Hoho.. Mari aku bawa semua menelusuri 3 situasi yang berlaku dalam kehidupan kita..






SITUASI 1

5 tahun DULU..


ADAM: Awak.. 5 tahun tak lama.. Lepas 5 tahun okey.. Please sayang..

MAYA: Boleh saya pegang kata-kata awak?

ADAM: Of course sayang..


KINI..


MAYA: Awak kata 5 tahun.. Saya pegang kata-kata awak.. Jadi???

ADAM: Erk.. Saya ingat awak dah lupa.. Ekeke.. Sabarlah sayang.. Lagi 2 tahun.. Boleh?

MAYA: Mestilah saya ingat.. Saya masuk dalam reminder handphone lagi ya.. 2 tahun???

ADAM: Amani baru 5 tahun sayang.. Tunggulah dia 7 tahun, 8 tahun ke kalau nak bagi adik pun.. =p





SITUASI 2

SOM: I nak berlakon watak perempuan baik-baik.. So, please.. Jangan offer watak seksi-seksi macam ni pada I..

TUAN DIRECTOR: Ewah.. Nak watak baik-baik.. Tak nak seksi sana seksi sini.. Video lucah kau yang bersepah dulu apa cerita?

SOM: Benda dah lepas.. Biarlah.. Jangan nak ungkit pulak..

TUAN DIRECTOR: Tapi orang tetap ingat apa yang kau buat sampai bila-bila..




Pertemuan pertama Uda dan Dara..


Entah macam mana untuk diungkap, tapi jauh di sudut hati sang dara, dia rasa sesuatu.. Entah mana datang yakinnya, sang dara yakin sang uda juga merasakannya..


Dalam pertemuan itu, mata sang uda dilihatnya terpancar rasa kasih dan sayang.. Gerak gerinya buatkan sang dara rasakan ada aura selamat dan hangat.. Tutur katanya walau hanya cebisan ayat biasa tapi tiap butir yang dituturnya seolah diiring dengan rasa cinta..


Gilakah sang dara? Mainan perasaannya dan gurauan mindanya atau ianya benar-benar wujud rasa? Sesungguhnya itu apa yang sang uda buat sang dara rasa.. Dan rasa itu takkan pernah sang dara lupa sampai kini..






Maya Angelou pernah mengeluarkan cebisan kata ini..


"People will forget what you said, people will forget what you did, but people will never forget how you made them feel.."


Quote ini telah Cik Shira request untuk aku ulas mengikut pandangan diriku sendiri.. Aku pandang-pandang, jeling-jeling, usha-usha bhosle.. Eh.. Ke Asha Bhosle? Haha.. Berat derr.. Adnan Sempit pun boleh jadi makin sempit derr.. Wakaka.. Kalau dalam perbahasan yang skillnya memang aku failed 100 peratus, aku akan bangkang, ketuk-ketuk meja ala bahas parlimen tanda tak setuju.. Eh.. Ada ke ketuk meja? Huhu..


Bagi aku, apa yang kita kata, apa yang kita buat, apa yang kita ekspres semuanya orang akan ingat.. Kalau tak masakan timbul peribahasa cakap siang pandang-pandang; terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata/perbuatan buruk padahnya.. Siapa sokong sila ikut saya ketuk-ketuk meja.. Hoho.. Kerana kata, hati terluka.. Kerana perbuatan, ada yang memendam rasa.. Lagi-lagi yang paling manis atau yang paling duka, itu paling susah nak lupa..




Situasi 1 mahu sampaikan, people will never forget what you said.. Situasi 2 pula, people will never forget what you did & situasi 3, people will never forget how you made them feel.. People will never forget.. Itu apa yang aku rasa personally.. Ngee.. Okey Cik Shira, itu pandangan seorang insan biasa bernama Farhana.. Huhu.. And for dear readers, enjoy weekend.. Assalamualaikum..



FOOT NOTE: Teringat filem lakonan Shane West dan Mandy Moore ~ A Walk To Remember.. Takkan boleh lupa.. =)


Ulasan

Hizami Li berkata…
hehe.
ya.
people will never forget how you made them feel.
;)
El-Zaffril berkata…
Bijak la Shira... wakakakaka
Tanpa Nama berkata…
wah..
seorang doktar merungkai quote..
hahaha..
hebat sastera doktor nieyh!
fndrocka berkata…
boleh min request2 entri eh..nak kena isi borang ke apa

Sembang Bola : Meraikan Gol
Ibu Ammar berkata…
pasni bleh la aku wat request entry lak kan. hahahhaha
shahirahkhairudin berkata…
this is more than enuf ana.. *sedang ketuk meja*

haish.. jiwa kacau mmg begini..

thanx ana for this brilliant entry..
azuan berkata…
oow...aku ingat apa la dua story kat atas tue huhuu..
Frodo Baggins berkata…
weeee ~
betoool
hahahha
ok wa makan dalam.
keh3x

people will never forget
how u md them feel.
ahhcunnnnya!
Kuwe berkata…
aku tertarik situasi 2. aku kena beringat dari sekarang ni. kehkeh. last but not least, mana lunaa maya niii.
Sufi Asri berkata…
ni doktor cinta ke doktor sastera? =D
Suraya I. berkata…
i do agree with ur opinion =D
kudakertas berkata…
sgt mnarik kata2 itu..dlm mksd dia tu..
PuanPepel berkata…
wah..kupasan panjang lebar...

tp btul pn kan..
hard to forget...



>people will never forget
how u md them feel.
ISZA berkata…
bab bermain dengan kata2.. apa lagi memahami maksudnya.. cikgu maths surrender.. ngeee..
Shahada Fauzi berkata…
4 me..it's hard to 4get everything that people have said and done to u..whether it's a bad or good thing..perhaps..

lain orang lain pendapat kan..hehe..

p/s:: saye pun suke cite A Walk To Remember tu..sangat feeling2..hik3..^_^
Linglung berkata…
huraian yang cukup membuatkan gua turut membangkan pernyataan tersebut. ada kata-kata yang boleh berbekas di hati makan tahun lamanya..lagi parah, sampai bila-bila...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?