Untuk Golongan Dah Berkahwin.. Adik-Adik Baca Di Bawah Pengawasan: Ini Kisah Mereka, Kisah Kita Dan Kisah Semua

Ehem ehem!! Assalamualaikum dan salam malam Selasa.. Coretan kisah di luar imaginasi seorang gadis bujang.. Adaptasi dari sebuah kisah cinta, alam dalam TV.. Kata orang, di atas normal.. Ekeke.. Apa yang atas normal? =p

Tarikh: 13 Disember 2030.. Kisah Danial dan Qistina.. Pengabadian memori sebuah perjalanan hidup orang-orang yang dah kahwin.. =)

P/S: Pesanan dan amaran dah diberi di awal tajuk entry.. Jangan marah jika ianya tidak sesuai untuk anda baca.. Kan saya dah warning.. Ekeke..


* * * * * * * * * *

Cuaca tak menentu semenjak dua menjak ini.. Hujan kadang turun lebat kadang pula kalah dengan matahari yang pancarnya tak adalah seterik mana.. Jam menunjukkan tepat pukul 10 malam.. Di luar sana hujan rintik-rintik.. Danial melingkari tangannya di bahu Qistina, wanita yang terpaling cantik dalam hidupnya yang memegang jawatan sebagai isteri dalam hidupnya.. Qistina pula melentok manja bersandar di bahu suaminya.. Tiba-tiba Qistina tersengih kecil mengingatkan sebuah artikel yang dibacanya perihal tidur di ketiak suami.. Mahu dipraktis selalulah, detik hatinya.. =p

Dua pasang mata itu khusyuk melabuhkan pandangan pada kaca televisyen.. Sesekali kaki dan bahu ikut gerak sama melihat Kajol dan Shah Rukh Khan menari dan menyanyi dalam filem klasik cinta kesukaan mereka berdua, Dilwale Dulhania Le Jayenge.. Tiba-tiba Danial bersuara..


DANIAL
Qis.. Tekak saya teringinlah nak makan aiskrim.. Heeee..

QISTINA
Aik.. Mengidam ke awak ni.. Haaa.. Dulu tak suka makan.. Sekarang dah hantu..

DANIAL
Sejak kahwin dengan awaklah ni.. =p

QISTINA
Awak duduk dulu.. Saya pergi dapur ambil..

DANIAL
Nak saya teman? Ke nak saya dukung awak ke dapur?

QISTINA
Uish.. Malulah.. Apalah awak ni.. Ngada-ngada eh..

DANIAL
Elelele.. Mahu tapi malu-malu..



Qistina buat muka seposen pada Danial dan berlalu ke dapur.. Dibuka peti ais dan dicapai dua batang aiskrim perisa coklat dan vanilla.. Semenjak kahwin, peti ais mereka tak pernah tak ada stok ais krim.. Sentiasa ada.. Maklumlah, kesukaan Qistina.. Danial pula yang dulunya tak gemarkan aiskrim, sudah mula belajar jatuh cinta dengan aiskrim setelah berkahwin dengan Qistina.. Qistina pun berlalu menuju semula ke ruang tamu.. Disuakan aiskrim yang telah dibuka pembalut pada suaminya.. Sedang makan dengan enak, tiba-tiba Danial memandang Qistina dan gelak besar.. Qistina buat muka penuh tanda tanya dan memandang suaminya..


QISTINA
Apa kena dengan awak ni sayang? Sakit eh?

DANIAL
Hahaha.. Ya ya.. Sakit perut, senak sebab gelak banyak sangat.. Tengoklah awak..

QISTINA
Apa kena dengan saya pulak?

DANIAL
Makan aiskrim macam budak-budak.. Sememeh satu mulut..

QISTINA
Alah.. Yeke.. Mana tisu ni..


Qistina memusing kepala ke sekeliling mencari tisu.. Saat dia memusing kepala ke arah tempat suaminya duduk, Qistina terkejut.. Terkejut melihat Danial.. Betul-betul depan mata.. Nyaris tak berhantukan sesama sendiri..



Begitu dekat wajah Danial dengan wajah Qistina.. Terasa kejap-kejap berlaga hidung sesama sendiri.. Qistina pun bersuara walau dalam keadaan kaku..


QISTINA
Apa hal awak ni.. Saya tengah cari tisu ni.. Jangan nak manja-manja pulak eh..

DANIAL
Wahai Qistinaku sayang.. Tak payahlah tisu bagai.. Membazir lap mulut guna tisu.. Nanti hujung bulan kena beli tisu lagi.. Saya kan ada..


Qistina merasa pelik dengan suaminya.. Nada suara yang begitu manja sekali.. Kepala otak Qistina tak dapat memproses makna kata-kata suaminya.. Dalam masa dan tika yang sama, suaminya makin merapati.. Wajah mereka makin dekat.. Makin dekat.. Dekat.. Dekat.. De de de.. Kat kat kat..


Ya betul.. Aksi seterusnya adalah cut cut cut.. Tidak dapat dilepaskan untuk tayangan umum.. Sekian.. =p

Di sofa di ruang tamu, Danial dan Qistina dengan dunia mereka sendiri.. Jangan tanya dunia apa.. Please eh!!! Di satu sudut di dinding sana, tergantung sebuah frame platinum dengan contengan tangan.. Nampak sudah agak lama dan usang sedikit frame berbingkai kelabu tersebut..

Di atasnya tercoret sesuatu..



Tarikh pada frame itu diteliti.. 13 Disember 2000.. 30 tahun dah pun berlalu.. Danial dan Qistina dah menjangkau 55 tahun.. Frame yang diabadikan saat awal perkahwinan tika usia muda remaja.. Perkahwinan bersulam kasih, sayang dan cinta.. Dulu, kini dan sampai ke tua.. Eh silap.. Sampai akhir hayat.. Heee.. Anak? 8 orang.. Cucu? 16 orang.. Cicit? 4 orang.. =)

* * * * * * * * * *

Impian di akhir coretan: Kasih, sayang, cinta, kesefahaman, pengertian, kejujuran dan pengorbanan.. Peneman hidup bersama dari muda sampai ke tua.. Oh.. Silap lagi.. Sampai akhir usia.. =)

Salam kasih sayang untuk semua.. Selamat malam.. Assalamualaikum..

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
danial qistina memang satu kombinasi nama yang cantik la!

salah komen ke takne?

tak kan? hehe
Hanis Amanina berkata…
yeah, bercinta hingga akhir hayat, insya-Allah
bardboo berkata…
so sweet!! hehe..

13 dec ni tarikh aku tunang thn lepas..
QueenBz berkata…
alalalalalahaiiiiiii, sweetnya.
moga sampai jodoh kamu nanti.

dan juga berkekalan rasa sayang & cinta ke akhir hayat.
@adrinaqamarina Haha.. Yup yup.. Nama yang secocok.. Tak tak.. Tak salah.. Ekeke..
@bardboo Dan sekarang ko dah pun berkahwin dan dah pregnant pon kan.. Happy for you.. Heee.. Sebaya aku plak tu.. Aigoo~~~ :p
Khaizarien berkata…
yg penting kene selalu bajai kasinh syg tu spy terus bersemi smpai syurga

Khaizarien @ atie Blog
ISZA berkata…
fantasi.. lebih indah menjadi realiti..

realiti.. kadangkala menyakitkan bila bertukar fantasi..

;)
@Khaizarien Yeah.. Macam bro dan Cik Atie.. Mudah mudahan kekal ke akhir hayat.. :)
@cikgu isza Hmmmmm.. Mendalam tu makna kak.. :)
mr.syazwan berkata…
lerr napa cite ni nak cut cut cut??

sambung laa

we want more

we want more

hahaha
Cik Bee berkata…
sweet..! insya Allah, nak juga cinta dan bahagia suami isteri sampai akhir hayat
Shahada Fauzi berkata…
comel!!pasangan dulu2 yg selalu kekal smpai akhir hayat..psangan zaman moden ni gaduh sket dah nak bercerai..kan2??
petite A berkata…
hohoho dari tadi gelak..
nasib baik tak ada org tua dekat sbelah ^_^

bagus betul pasangan ni.walaupun dah tua tapi masih mesra seperti zaman dolu-dolu..
Tanpa Nama berkata…
akak!!!
sy imagine orang muda!
last2
owg tua la plak!
ahaks!
Blog Eazy Izzuddin berkata…
Qistina!
my 1st love..
Izzuddin & Qistina..
hehe
bile nk tunang ni x sbr da..
t ku jemput ea :P
ieda berkata…
aduhh dikk
tersentuh jiwa akak nie ... huhuhu
black_mel berkata…
haha...x payah tisu...nice2....;)
lalink7 berkata…
nenek dan atuk sape tuee? farhana ker? hehehe..
nyibok laks
Kuwe berkata…
moden benar nama orang tua masa akan datang. danial nah. qistina nah.


ha. bila nak buat drama real real. bakat tu dah ada doktor. doktor?
Tanpa Nama berkata…
tingginya imaginasi dia yea... hehe
@mr.syazwan Sebab tak sesuai untuk kanda wan baca.. Lalala.. :p
@CikLilyPutih Erk!! Kelakar ke sis? Heehee.. Thanx sebab suka.. :)
@Cik Bee InsyaAllah Biha.. We will find it somehow, somewhat, somewhere dengan someone.. Heehee.. :)
@♥cik cahya♥ Time kaseh kerana sweet itu.. Heee.. :)
@♥CIK SHA♥ Ni kira pasangan moden laa cik sha.. Heehee.. Nak set example pada psangan muda zaman skarang.. Heehee.. :)
@Nur Ainaa Zulkifli Uish.. Jangan gelak banyak2.. Hahaha.. :p

Bagus kan? Kene praktis mende ni.. Untuk jadi macam zaman dolu-dolu.. ;)
@Lelaki Ini Hahahaha.. Ramai agak begitu.. Wakenabeb laa ni ye dik.. :p
@iedaAkak.. Terima kasih sebab tersentuh.. Harap enjoy cite ni.. Heehee..
@black_mel Aik.. Nak tisu ke black mel? Hahaha.. Tak payah tisu.. :p
@lalink7 Eh eh.. Bukanlah.. Tapi.. Mungkinkah saye di masa depan??? Tetttt.. :p
@KuweBetul laa ape.. Zaman skarang ramai orang nama danial nama qistina.. Bila sampai masa depan, nama-nama ni dah jadi orang tua.. Ye dak? :p

Wuit.. Apa drama real real ni? Hang budak lagi.. Mana leh tanye.. Lalala..
@♥ manje ♥ Heeeee.. Tinggi kerrr??? Ooppsss.. :p
@Eazy Izzuddin Wahhhhhh.. Nak tunang??? Amboi dia.. :p
ewah2 ku mbaca dgn penuh kusyuk :)
Wan Gerrard berkata…
wah sangat romantik ^_^
Adziim berkata…
Still perlu tisu untuk lap air liur yang berlebihan tu agaknya....
Liza berkata…
very sweet and romantic, kalau dah kawin halal takpe lah

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?