Okey!! Dah Cukup Girly Tak?

Assalamualaikum.. Pagi Sabtu dah.. Baru balik mencari makanan untuk dicekik di pasar tani.. Kenyang dah perut.. Alhamdulillah.. =)

Okey okey.. Balik kita pada tajuk.. Dah cukup ke girly ke tak cukup girly??? Hoh!! Dari tengah malam sampai ke pagi aku godek-godek kod sana sini sampai juling mata hitamku.. Tak adalah hebat mana dalam menggodek, ini sajalah yang aku termampu.. Haa.. Cukup girly ke tak cukup girly layout baru a.k.a langsir baru rumah aku? =p



Aku berkenan dengan header template My Memory ini, jadi aku tokok tambah sikit apa yang patut.. Nampak tak ada 3 elemen? Warm.. Sweet.. Romantic.. Rasa macam diri aku saja.. And that's why I like it.. =) *perasan ke apa aku ni? Betul apa.. Memang warm, sweet dan romantik pun.. Lalala..*

Banyak kali dah tukar template.. Sebelum ini, warna hitam saja.. Simple dan simple.. Heh.. Sebelum itu, purple meriah ala-ala girly juga, tapi sebab berat nak loading aku tukarkan kepada hitam simple.. Sekarang, aku gunakan biru kepink-pink-an.. Ekeke.. Memang girly sungguhlah.. Tak macam blog orang umur 23 pula rasa.. Rasa muda.. Weeeeeee..



Orang kata, template melambangkan tuannya.. Ya ke? Hoh!! Tak kot.. Aku bukan jenis girly-girly walaupun aku seorang yang manja mengada-ngada.. Haha.. Banyak kali tukar template, mungkinkah maknanya aku jenis tak boleh tahan pada yang satu dan cepat bosan??? Jeng jeng jeng.. Entahlah.. Tak bercinta, tak couple.. No komen, samada setia ke tak.. Boleh tak jawapan gitu? Muahahahaha.. =p

Sampai sini bebel-bebel pagi Sabtu.. Kalau template aku yang ini BERAT LOADING dan TAK CANTIK DI MATA ANDA, sila khabarkan ya.. Bila pembaca kita sakit mata tengok template, itu pun tanggungjawab kita.. Macam tuan rumah ada tetamu, takkan nak biar rumah berselerak dan buat tetamu tak selesa? Ya tak? Heeee.. Okey.. Tata semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Akhirnya AD pilih Islah.. Aku suka sangat!!! Ngee..

Angkara adik-adik aku yang comel.. Aku pun dah mula jatuh cinta dengan K-Pop.. Ada sesiapa nak belanja aku tengok konsert K-Pop? Ekeke.. =p


Ulasan

joegrimjow berkata…
lol
dah berubah!!

tertarik pada perenggan awal tu
haiiishhh!!!
avid berkata…
siot. baru seminit aku bukak blog ni, adik aku tuduh aku gay.

btw, yeah...cukup feminis dah.
farhana berkata…
Alamak dah komen pasal ur layout kat previous entry..
but can retype =)
Ur layout super duper cute la...
I like!
@joegrimjow Hahahaha.. Berubah laa sikit.. :p

Ooppsss.. Joe.. Saya makan sikit jek.. Ngeee.. :p
@avid gunner Weh AG.. Ade association ngan 'gay' ke hape ini layout? Keh keh keh.. :p
@farhana Ohhhh.. Terima kaseh wahai cik fana.. Hee.. Tengkiu bebanyak.. Tak rugi saye berjuling mata tak tido malam.. Haha..
Taufik Jusoh berkata…
lawa la sis! Hoho. Macam funky pon ada! :D
Adziim berkata…
Ah2..yg purple cm berat je loading. ni laju pulak kuar.
bardboo berkata…
sgt comel!! suka2...n xberat nak loading..jgn tukar k.. =)
black_mel berkata…
dah abis ker cita ahmad durah tu?waaa...islah tu eja kan...nice ending..
ISZA berkata…
jangan geli2.. :D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?