Kanak-Kanak Itu Ajar Bagaimana Mahu Berkasih Sayang

Assalamualaikum.. Salam kasih sayang di hulur untuk semua.. Dua tiga menjak, tak ada nafsu mencoret entry, rasa nak amukan saja, keadaan memang tak mengizinkan.. Sakit kepala dah berlarutan, demam kejap ada kejap kebah, puncanya bukanlah sebab cuaca.. Tapi rupanya gigi aku.. Hoh.. Dah 2 papan Paracetamol aku telan selama seminggu hanya kerana nak hilangkan rasa sakit.. Rasa sakit putus cinta pun tak begini kot.. Hoh!! Lusa balik Melaka.. Mahu jumpa doktor gigi..

Eh.. Panjang betul mukadimah entry ya.. Haha.. Meh sebelum tidur nak cerita satu kisah yang aku dengar dari seorang sahabat terdekat.. Kisah kanak-kanak zaman sekarang.. =)


Kanak-kanak dulu, kanak-kanak sekarang, banyak dah beza dari segi pemikiran.. Maju jauh ke hadapan.. Tapi satu tak boleh dinafikan, kanak-kanak itu putih suci bersih, minda mereka macam kain putih.. Ya tak? Kisah seorang kanak-kanak.. Usia barangkali dalam 4 atau 5 tahun.. Adik ini ada tabiat ataupun rutin harian yang sangatlah sweet.. Sebelum masuk tidur, adik ini akan kata pada emak dia, SAYANG EMAK.. Berlari pula pada abah dan berkata, SAYANG ABAH.. Kakak? Abang? SAYANG KAKAK SAYANG ABANG.. Siapa lagi? Datuk dan nenek.. SAYANG ATUK SAYANG NENEK.. Selesai rutinnya, kanak-kanak itu akan masuk tidur..

Inilah tabiatnya setiap hari sebelum masuk melelapkan mata.. Kanak-kanak polos ini begitu sweet sekali.. Inilah dia kasih sayang.. Perkara yang positif, jika kita sebut hari-hari, ianya akan jadi darah daging.. Bila asasnya adalah kasih sayang, pokok dan buah yang terhasil nanti adalah hasil dari kasih sayang juga.. Kita yang dewasa dijadikan teladan untuk yang muda.. Tapi kadang tak salah kalau kita belajar sesuatu yang elok dari insan yang jauh lagi muda dari kita, waima kanak-kanak sekalipun.. =)



Adik angkatku juga ada tabiat begini.. Saban malam tanpa jemu, dia akan menghantar pesanan ringkas ucapkan selamat malam dengan ayat yang terpaling sweet.. Kita yang baca pun pasti rasa seronok dan terdetik dalam hati, "Ohh.. Masih ada yang sayang dan mengingati.." Kikiki.. =p

Baguslah kalau generasi muda kita dukung erti kasih sayang, paling tidak dunia akan jadi sedikit lebih indah biarpun kini sarat dengan cerita tak berperikemanusiaan itu ini, kekejaman sesama sendiri.. Huh..

Sampai sini.. Selamat malam.. Mimpi indah.. Aku sayang kamu-kamu semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Kasih ada sayang pun ada.. Tapi sekatnya di bibir, di jari mahupun di jiwa.. Beku otak, tak mengerti apa-apa.. Disimpan rapi, apalah gunanya?

Ulasan

first time singgah sini....
nice blog..
cute je..

huhu komen takde mengena dgn entry
=)
Cikgu Fonik berkata…
salam,

ya itu juga kata imam al ghazali, kalau mahu jadi baik belajarlah dari anak-anak kecil.
PuanPepel berkata…
masa zaman kanak2 n skola..sblum masuk tido mesti salam n wish gudnite..

tapi skang da tak wat...cuma gtau nak tido je.
takpun pesan suh kejut..hehe
bardboo berkata…
bestnye kalo dpt anak yg camnie.. =)
farhana berkata…
Kanak2 yang suka menunjukkan kasih sayang bila dah besar mesti menjadi kesayangan =)
Dan kita masih belum terlambat nak tunjuk kasih sayang dekat orang d sekeliling kita =)
ieda berkata…
betul tuu budak skrg x sama mcm budak dulu2 kan .. mereka nie dah terlalu pandai .. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?