First Impression: Ikut Suka Hati Anda Bagaimana Anda Nak Fikir..

Assalamualaikum.. Selamat pagi semua.. Going back to Melaka Bandaraya Bersejarah tengahari nanti.. Weehoo!! Jom jom aku nak kongsi dengan semua perihal first impression.. Adakah first impression ini gila penting? Amat penting? Penting? Bolehlah? Atau tak adalah penting sangat? Lain orang lain pemikirannya.. Tak ada orang yang salah tak ada orang yang betul selagi di sebalik setiap penjelasan itu ada logiknya dan ada benarnya.. Betul tak? =)

Sebelum mulakan apa-apa.. Elok kiranya aku ceritakan 3 situasi yang lain dan berbeza supaya kita dapat gambaran yang jelas tentang apa itu first impression.. Seperti dialog dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah, CECITER CECITER.. Wakaka.. =p

* * * * * * * * * *

Situasi 1
Dalam satu gathering blogger, tersebutlah seorang blogger yang dalam blog memang banyak bicaranya, cerita-cerita dia jiwang sesaja.. First impression orang ingat dia gila-gila banyak mulut banyak kata.. Jumpa-jumpa? Diam seribu bahasa, pemalu tak usah kata.. Cuma senyum lebar saja.. First impression saat pertama bersua? Pemalu dan pembisu ke apa? Ada yang kata, inside her mouth got emas ke apa.. Lepas jumpa kali kedua ketiga, rupanya tak adalah pendiam mana.. Gila juga budaknya, tapi sweet itu paling utama.. *NAK KATA DIRI SENDIRI KE APA?*

Situasi 2
Bersua kali pertama dengan gadis maya.. 6 bulan dah kenal rasanya.. Jumpa kali pertama, kalah model dia bergaya.. Mekap mahu seinci ukurannya, bibir merah pekat warnanya, pemerah pipi, pembayang mata semua lengkaplah kiranya.. Dalam hati, gadis ini gemar bersolek rupanya.. First impression si jejaka.. Tak lama, couplelah mereka.. Tiap kali keluar berdating, masa nak bersiap punyalah lama.. Dari saat pertama dah boleh agak kata si jejaka.. Apa nak buat, hati dah jatuh cinta.. Terima saja.. =p

Situasi 3
Pertemuan di rumah, aturan ibu dan bapa.. Merancang untuk kahwinkan anak rupanya.. Gadis ketemu dengan jejaka.. Bertentang mata dan berbicara.. First impression? Mamat ni!! Ouh skemanya!! Menyampahlah juga.. Lepas saja saat perkahwinan mereka, hari-hari dapat bunga.. Kadang bersurat cinta.. Kadang main kejar-kejar, main geletek-geletek, main suap-suap sampai naik berbulu mata.. Muahaha.. Rupanya si jejaka romantik okay orangnya.. Weeeeee.. =)

* * * * * * * * * *


First impression itu SANGAT PENTING!!

Penting bila mana kita hanya dapat buat keputusan di saat pertemuan, perjumpaan atau perkenalan yang pertama kali.. Dan keputusan itu bukan satu yang boleh dibuat main.. Contoh paling senang, temuduga.. First impression sangat penting masa temuduga, sebab itu menentukan kita boleh jadi pekerja yang macam mana.. Boleh ke sesebuah organisasi itu berharap kepada anda untuk memajukan organisasi mereka.. Wah.. Organisasi bagai aku ya.. Haha.. =p


First impression itu TAK ADALAH PENTING SANGAT!!

Orang kata, manusia rambut sama warna, hati lain-lain.. Tapi sekarang dah tak boleh kata apalah, rambut semua pun warna dah seribu satu pesen.. Keh keh keh.. Bila dah hati itu lain-lain, hanya dengan first impression, kita tak boleh nak jangka orang itu orang yang bagaimana.. Katakanlah kita nak menikahi seseorang lelaki atau seseorang wanita, setakat jumpa satu kali, boleh ke tak boleh? Cukup ke tak cukup untuk kita kenal dia? Boleh ke hanya bersandarkan first impression itu untuk kita buat keputusan, kita yakin nak jadikan dia teman hidup kita? Manusia.. Ada yang bertopeng, ada yang tak.. =)



Itu untuk manusia.. Macam mana kalau masa nak beli barang? Berbalik kita pada point pertama FIRST IMPRESSION ITU SANGAT PENTING.. Sebabnya anda samada akan BELI atau TAK BELI barang tersebut.. Kalau tak beli, tak ada masalah.. Tapi kalau dah beli, tak memuaskan hati dan jiwa anda bagaimana? Tak semua barang itu refundable.. Okay? =p

Oh ya.. Drama pula bagaimana ya? Ada orang kata, episod pertama sesebuah drama sangat penting okey.. Mungkin juga.. Tapi kalau bagi aku, aku lebih pada point yang kedua.. FIRST IMPRESSION TAK ADALAH PENTING SANGAT.. Episod pertama tak menentukan apa-apa..

Alaaa.. Macam orang-orang jiwang seperti aku selalu kata, cinta pertama ke kedua ke, tak sepenting dan seutama cinta terakhir.. Weeeee.. =)

Okey.. Masa untuk ke kolej menghadapi test.. Wish me luck.. Assalamualaikum semua.. Have a great day ahead..


FOOT NOTE: Terima kasih banyak dan banyak untuk "encik robot masa depan" sebab terbitkan idea FIRST IMPRESSION dalam kepala aku yang dah tak ada mood nak update blog.. Ngee.. Seronok ''gaduh berlawan kata-kata" dengan orang.. Kikiki.. =p

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
tapi kan akak, for rina, fisrt impression tu penting sebab dengan fes imp la penentu kepada rina nak kenal dye ag ke tak.

:D
ieda berkata…
hermm betul tuu 1st imp nie memang penting sgt2 :)
Hanis Amanina berkata…
rasanya kita tend utk judge book from its cover. so maybe penting la 1st impression ni. :D
Tanpa Nama berkata…
bg kita la... first impression tu penting sebagai pemangkin dan hala tuju seterusnya... samada mau terus atau tidak satu 'relationship'

atau sebgai mukadimah tanggapan tentang sesuatu... (^_^) ~
Artzam berkata…
Tul2X..saya setuju!!=)
bardboo berkata…
bg aku penting..

tp first impression org tntg aku mesti aku ni sombong..

tp kalo dh kenal tau la betapa x btol ny otak aku ni..hehe..
PuanPepel berkata…
first impression pentinglah juga..
tapi kalau tak kenal maka tak cinta..

hee
mr.syazwan berkata…
FIRST IMPRESSION sangat penting

kalau da berhigus, kusut masai, comot

jangan kata tak mau

nak dekat pun belum tentu lg

hohohoho
~boy_Mr.K~ berkata…
First impression kita jumpa dulu camna?
bagi aku...hana sama mcm dlm gmbr..
Happy go lucky sebijik mcm ko cara hana cerita ceriton di blog...hehehe paling best tak disangka,siap belanja makan lagi...dah la amik kiter kat stesen bas..heeee miss to see u again...
ch!natsu berkata…
it's imp0rtant..
but 4 me the m0st important thing is jgn menilai dulu dr first impress!on tuh.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?