Abah Dan Menantu.. Harap-Harap Punya Citarasa Yang Sama..

Assalamualaikum.. Salam cuti untuk semua.. Sukalah korang semua kan dapat cuti.. Kawan-kawan aku seorang demi seorang dah pulang ke Kuala Lumpur.. Aku? Melangut di Ipoh sajalah.. Berhajat untuk ke Food Festival yang diadakan di Stadium Ipoh esok.. Masa untuk mencekik.. Heeee.. Kepada sesiapa yang berada berdekatan Ipoh, moh ler turun sini.. Belanja aku makan dekat Food Festival.. =p

Oh.. Hari ini di entry kali ini, aku nak share cerita abah cerita suami dan cerita anak.. Cerita abah siapa? Abah akulah.. Suami siapa? Anak siapa? Aku ke? Haha.. =p



Setiap kali jika aku pulang ke rumah untuk bercuti, abah pasti tanya aku "Ada cerita apa Along?" Makna cerita di sini adalah movie ya.. Dan sudah tentu-tentunyalah jawapan aku pasti mengecewakan abah.. Kalau tak drama Korea, mesti filem Hindustan.. Abah cuma mampu geleng-geleng kepala melihat anaknya yang Hantu Hindustan dan Hantu Korea ni.. Haha.. =p

Dan tak lupa, aku pun pasti akan bertanya pada abah, "Abah ada cerita best tak?" Hoh.. Inilah yang mengejutkan rakan-rakanku sebabnya kebanyakan filem-filem English yang ada dalam simpanan aku, suppliernya adalah abah.. Termasuklah drama bersiri kesukaan aku, Supernatural.. Orang tak percaya, abahku yang berusia 50 tahun adalah seorang kaki download ataupun bahasa lebih bestnya kaki sedut, macam anaknya yang sulung ini juga.. Muahahaha..

Tapi taste abah aku semuanya filem thriller dan seram.. Kadang-kadang filem aksi.. Kepulangan aku tempoh hari membawa pulangan yang berlipat ganda.. Kebanyakan cerita yang aku nak tengok, abah dah download.. Aku tinggal angkut saja.. Adalah dalam 5 ke 6 cerita.. Weeeee.. =)

Tapi yang paling tak tahan bila aku tanyakan filem latest yang abah download, hajat hati konon nak sedut dari Abah.. Tahu filem apa? 4 Madu lakonan Apek.. Haha.. Rasa macam comel sungguh abah aku sebab tengok filem-filem begitu.. =p


Motif gambar anak-anak kecil? Saja-saja jerrrr.. =p

Abah kaki sedut.. Anak pun kaki sedut.. Aku rasakanlah, nak cari suami yang kaki sedut jugalah.. Senang nak ambil hati abah aku nanti.. Bakal menantu datang jumpa Cikgu Abdullah, exchange cerita yang ada dalam koleksi masing-masing.. Keluarga Sedut.. Wahhh!! Stylo gilerrr!! Datang-datang rumah terus tanya..

"Along.. Suami awak ada movie terbaru tak?"

Wakaka.. Okay.. Jauh dah berangan.. Balik balik balik.. Oh.. Lupa satu perkara.. Pulang tempoh hari, aku ambil daripada abah sebuah filem arahan Mamat Khalid bertajuk Estet.. Cerita yang boleh tahan menarik.. Lakonan Sashi dan Farid Kamil.. Aku sarankan korang tengok.. High moral value.. Tema 1 Malaysia.. Dan ada perlawanan bola juga.. Comel sangat depa semua main bola.. Especially goalkeeper dia.. Bukan macam Khairul Fahmi Che Mat okay, tapi macam Michael Jackson.. Ekeke.. =p

Sampai sini sajalah aku nak bebel.. Ngee.. Tata semua.. Selamat bercuti.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Tapi kalau bakal menantu smoking, Cikgu Abdullah terus tolak 50 markah.. Tak kisahlah kaki sedut ke tak sedut.. Haha.. Dulu masa zaman universiti pun Cikgu Abdullah smoking.. 3 tahun saja.. Berhenti sebab Cikgu Abdullah kata, tak ada faedah.. Dan Cikgu Abdullah kata, DIA OKAY!! Ngeee.. =p


P/S: Tahniahlah Farhana.. Sebab sebelum ini 4 entry anda berturut-turut tak sebut pasal CINTA tak sebut pasal KAHWIN.. Muahaha.. Syabas!! =p

Ulasan

nora berkata…
waduhwaduh...
comel bangat la sis..
kaki sedut dgn kaki donload..

kaki donload semelaya boleh isi borang dah ni

=)
Liza berkata…
my better half mmg ngam sungguh dgn my dad, sometimes i feel my abah lagik sayang dia dari diriku ini....*sob*
Faaein Himura berkata…
wah... memang keluarga sedut betul.. hahaha.. sedut kat mana? nak gak cari cite2 best tu..
Hizami Li berkata…
wow.
dasat betol.
celik it sangat dah tu.
=.=
kagom3.
shahjiehan berkata…
SJ x layan hindustan~ Org parit!! hoho.. jauh gak dari ipoh..tp slalu g ipoh..ni pon baru blk dari jj ..pesta makanan tu mmg ade mkanan je la..tp kene bayo..hahha
ieda berkata…
hai dikkk cite pasal cinta & kawin punn jadi isu ker ?? adehhhh leceh tul manusia nie kannn ..
alah diiik BO layan jer :)

eppy new year dear :)
@.alie. Hahaha.. Betul tu.. Isi borang.. Walaupun kaunter dah tutup.. Hahaha..
@LizaWahhh.. Sampai macam tu sekali ke.. Kalau saye mesti saya jeles gak.. Huhu..
@Faaein Himura Haha.. Sedap kan nama keluarga sedut.. Kikiki.. :p

Ada banyak sangat website yang boleh donlod dan sedut.. Tak terkira.. Huhu..
@..hizamirahim.. Hahahaha.. Dasat ke zami? Gaya zami tulis tu memang macam dasat sangat.. Erk!! :p
@shahjiehan Ohhh.. SJ orang parit ke.. Huhu.. Jauh laa jugak.. Haah.. Makanan berbayor.. Ingatkan free tau.. Haha..
zulkbo berkata…
salam..
apa nak buat..
tak de peluang
dah saya nih..
perokok tegar..
he he..
budak kecik berkata…
erk.muka goalkeeper cam michael jackson ke?
xpe la. terima kasih la ea. hee

sepet lagi comel. putih cam michael jackson gak kan. tp putih beliau ori okie. mmuuaahaha
Blog Eazy Izzuddin berkata…
uish
da punya menantu ke...
xD

selamat tahun baru
mr.syazwan berkata…
kanda ada simpan 18sx je

selalu tgk yg tu je

x tau knp...

huhuhu


=_=
Menderas berkata…
fuhh, bertuah, ada rakan kongsi dalam bisnes dalam sedut movie. :)
Cik Bee berkata…
patut laaa die comel.. ayah nye on comel... nanti dapat mr.hubby yang comel jugak laa harapnye.. heeee jimat duit beli dvd.. weee
@Amirul Faiz Abd. Razak Kan kan??? Boleh bukak kedai pastu kene cekup.. Hahaha..
@Cik Bee Tu laa.. Jimat.. Tu yg penting.. Hahahaha.. Errr.. Comel.. Mekasih.. Kikiki.. :p
Kuwe berkata…
hahaha. awwesome. aku bertukar cerita dengan adik aku ja. abah aku mana minat layan cerita ni. dah nak ke tua orang kata. tapi bapak aku layan lagu ukays.
Faaein Himura berkata…
tapi stakat ni jumpe citer korea aje ntuk dsdut.. citer2 yg thriller lom jumpe agi.. huhuhu.. nak mencari yg bnyk2 yg tak ajin tu.. takut kena virus.. ahahaha.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?