Tipah Tertipu Bang.. Tipah Tertipu..

Assalamualaikum.. Selamat malam.. Dah makan malam ke semua? Penat sungguh badanku hari ini.. Presentation itu dan ini.. Letih tubuh ini, lesu mindaku ini.. Pulang sahaja dari kelas petang tadi,aku dan rakan-rakan G8 Smart berkumpul.. Wah.. Sudah agak lama tidak berkumpul begini.. Masing-masing sibuk dengan posting masing-masing.. Kalau sudah berjumpa, ada sahaja cerita yang timbul.. Gosip ke? Oh tidak.. Mengumpat? Sudah tentu bukan..


Sedang makan-makan, tiba-tiba terkeluar dari mulut kawanku tentang masalah yang dialaminya sekarang bersama pasangannya.. Isu tipah tertipu.. Apa lagi.. Dikatakan boyfriendnya itu rupanya adalah tunangan orang.. Wah.. Cinta bersegi-segi.. Si lelaki itu tidak pernah memberitahu pada kawanku yang statusnya adalah tunangan orang.. Ialah.. Kalau bagi tahu, pasti tiada yang mahu mendekati.. Cara mudah.. Aku single lagi.. Senangnya mulut menutur kata sedang hati sudah berpunya..





Aku rasa isu ini mungkin sudah lapuk.. Sedangkan suami orang juga begitu mudah mengaku bujang, si bujang yang sudah punya kekasih pula pasti dengan senang juga mendabik dada, mengatakan pada dunia, dia masih lagi single dan tidak berpunya.. Bukan lelaki sahaja, perempuan juga ada yang tidak kurang hebatnya bermain kayu tiga..


Jadi apa yang aku cuba nak sampaikan di sini? Status diri.. Yup.. Berapa ramai rasakan ianya penting untuk diketahui dalam memulakan suatu perkenalan? Aku akui.. Memang penting.. Sebab bagi aku, soal hati bukan mainan.. Tiba-tiba aku jatuh cinta.. Haa.. Kan ke payah tu.. Kalau single katakan single, kalau berpunya katakan berpunya.. Semudah A B C.. Sukarkah?





Pucuk pangkal datang dari hati.. JUJUR dan SETIA itu satu essence yang penting dalam suatu perhubungan yang suci.. Aku tekankan ya.. Yang SUCI.. Kalau sekadar main-main, dengan pantas aku dapat meneka, nafsu.. Itu bukan cinta.. Sebab kalau hati sudah cinta, maksud aku benar-benar cinta, dengan bangga akan aku katakan pada dunia, aku sudah berpunya..


Jadi, apa sebabnya ya wujudnya benda-benda begini? Godaan luar banyak sangat? Hati tak kuat? Suka-suka? Ataupun test power? Aduh.. Bikin aku pusing.. Hahaha.. Oh ya.. Mereka ini kita gelar sebagai apa ya? Kasanova? Pisau cukur? Pemain cinta? Hurrmmm.. Entahlah.. Pemain cinta.. Mungkin itu cocok..





Jujur aku katakan, jika aku punya kekasih seperti itu, yang katakan dirinya single sedangkan diri sudah berpunya, pasti akan aku tinggalkan.. Tinggalkan kerana tidak mampu menghargai insan yang dicintainya dan mencintainya.. (kalau benar-benar cintalah.. zaman sekarang ada lagi tak cinta sejati?)


Moral of the story.. Ingatlah orang yang tersayang.. Hahaha.. Till then, jumpa lagi di lain entry.. Jom usha lirik lagu ini sebelum mengangkat kaki dari teratak hijauku ini.. Ok.. Assalamualaikum..






COBALAH UNTUK SETIA

Apalah maumu kasih
Kau pilih diriku didalam hidupmu
Nyatanya kulihat kini
Tak bisa kau coba untuk setia
Sudah cukuplah sudah
Ku memberikan waktu
Kau selalu tak bisa
Mencoba untuk setia


Yang selalu kuinginkan
Yang selalu kunanti
Kau coba untuk mengerti
Apalah arti mencinta
Dan harus kau sadari
Bila ingin bersamaku
Jangan coba kau ingkari
Cobalah untuk setia


Masihkah aku di inginkan
Masihkah aku di dambakan
Masih ada waktu untukmu
Bersamamu akankah kujalani hidup

Ulasan

pal7 berkata…
jujur dan ikhlas..
itu yang penting dlm perhubungan kan?..
kalau x..hubungan tu x ke mana kan?..
SwEetForEst berkata…
ermm..tul tuh..yang penting jujur..boleh terime kite seadenyer..
Pal.. Betul.. =)


Sweetforest.. Jujur je kunci kjayaan dlm hubungan.. Heehee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?