Entry Ke 100.. Penuh Makna..

Assalamualaikum semua.. Syukur Alhamdulillah kerana kehendak-Nya aku masih lagi berdiri teguh di atas muka bumi ini.. Sudah 4 bulan rasanya usia blogku ini.. Pejam celik pejam celik sudah entri yang ke-100 rupanya.. Macam-macam entry rasanya aku telah coretkan di persada penulisan ini, terima kasih setinggi-tingginya ku hulurkan buat kalian yang masih sudi bertandang ke sini..


Ini adalah entry yang terakhir.. Bukan.. Entry terakhir tentang cintaku.. Aku tidak akan bercerita lagi tentang cinta ini.. Satunya, kerana aku ingin memulakan hidup baru tanpa cinta itu.. Keduanya, aku tidak ingin kalian bosan kerana asyik sahaja mendengar celotehku tentang cinta ini.. Kisah cinta yang akan aku akhiri dengan entry ini.. Sebuah entry luahan hati.. Apa yang terjadi? Kalian pasti memahami isi hatiku ini..






Apakah segalanya bermula di sini? Aku tidak pasti.. Apa yang jelas dalam pandangan mata hatiku, ada rasa yang aku rasakan.. Rasa yang sangat besar, sangat indah, sangat suci dan sangat tulus.. Salahkah rasa yang hadir di hatiku ini? Dosakah perasaan yang menemani setiap hembusan nafasku ini? Sesungguhnya aku cuma manusia biasa.. Buat si dia yang menghadirkan rasa ini dalam hatiku, terima kasih.. Aku tidak pasti adakah kamu tahu dan kamu dapat rasakan yang sesungguhnya si dia itu adalah kamu??? Tiada lagi yang mampu ku luahkan, hanya bait-bait lagu ini sahaja, agar kamu mengerti..




UCAPKANLAH


Kadangkala ku rasa ingin luahkan segalanya
Rahsia yang tersimpan di dada sekian lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu


Ucapkanlah cinta Ucapkan ku saja yang perlu
setiap waktu sepanjang hayatmu Ucapkan kau
rindu daku yang kau mahu yang kau cari
Telah kau temui ku tidak tertahan lagi untuk
mengaku ku cintamu


Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela ku lepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan


Andai daku kau terima lebih dari teman biasa
Daku kan setia tak ku benarkan kau berair mata
Andai kau terima cintaku
Dakukan belai tanganmu di penghujung waktu
kau dan aku di dunia





Entahlah.. Mungkin itu takkan terjadi.. Mungkin bait-bait lagu itu hanya akan terbang di tiup angin lalu.. Kerana mungkin di hatinya tiada ruang buatku lagi.. Tidak perlu aku bertanya, cukup dari riak wajahnya, tutur katanya, ku tahu dia sedang bahagia.. Mungkin bait-bait kata ini yang perlu aku sampaikan padanya..



IF I LET YOU GO

Day after day time pass away
N' I just can't get you off my mind
Nobody knows I hide it inside
I keep on searching but I can't find
The courage to show to letting you know
I've never felt so much love before

And once again I'm thinking about
Taking the easy way out

But if I let you go I will never know
What my life would be holding you close to me
Will I ever see you smiling back at me
How will I know if I let you go

Night after night I hear myself say
Why can't this feeling just fade away
There's no one like you
You speak to my heart
Its such a shame we're worlds apart
I'm too shy to ask I'm too proud to lose
But sooner or later I gotta choose

And once again i'm think about
Taking the easy way out



Sekali lagi.. Entahlah.. Apakah keputusan yang ku lakukan ini betul? Mungkin If I Let You Go tidak tepat dalam situasiku ini, maybe I Should Let You Go.. Mungkin.. Itulah yang terbaik dari terus memendam rasa.. Semoga berbahagia hidupnya dan hidupku.. =)


Assalamualaikum...






Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T