H1N1 Is Coming After Us..
Assalamualaikum kawan-kawan.. Selamat malam.. Muka aku lagi.. Entry baru lagi.. Hari ini sudah entry keempat.. Selagi terdaya dan punya masa baik aku menulis.. Takut-takut nanti sudah tidak punya banyak masa.. Tiada entry.. Sehari.. Dua hari.. Seminggu.. Sebulan.. Ketika itu nanti pasti sawang dan segala macam lalang tumbuh melata.. Kalian juga pasti rindu aku.. Heehee..
Entry kali ini aku ingin kongsikan secebis kisah hidup aku.. Rutin aku hari-hari sebagai pelajar.. Rasanya tidak pernah aku ceritakan pada kalian tentang life aku sebagai student.. Betul tak? Bukan malas tangan mahu mencoret kisah, bukan juga sombong untuk berkongsi momen-momen hidup, cuma bimbangkan kalian.. Mungkin akan bosan mendengar rutin harianku seperti mana aku yang kadang-kadang juga merasa bosan melaluinya..
Esok ada case presentation.. Giliran aku untuk interview dan examine pesakit.. Pukul 5 kelas tamat.. Aku lantas menyarung kot putihku dan berjalan menghala ke hospital.. Penat mendengar lecture masih lagi belum habis sudah mahu ke hospital.. Inilah kehidupanku.. Ini apa yang aku nak jadi aku harus sabar menempuhinya.. Sampai di hospital, aku masuk ke dalam lif dan naik ke tingkat 8.. Aku masuk ke wad 8A.. Niatnya ingin mencari case-case yang menarik untuk dibentangkan esok pada doktor.. Tetapi..
Lengang.. Wad 8A kosong.. Tiada pesakit.. Keadaan yang sangat luar biasa.. Aku mati kutu di situ memikirkan mungkinkah pesakit-pesakit ini telah diculik oleh alien.. Haha.. Satu batang hidung pesakit berbaju hijau pun aku tak nampak.. Puas aku mundar-mandir di situ lalu aku ke wad 8B pula.. Malas mahu berfikir.. Petang sudah kian menghampiri senja.. Dalam kepala aku cuma mahu selesaikan kerjaku secepat yang mungkin. Menapak masuk wad 8B.. Aku lihat ada seorang makcik di katil number 2.. Nampak ramah.. Ada pek darah merah sedang dimasukkan ke tubuhnya yang kurus melidi itu.. Mukanya cekung..
Aku pun mula bertanya itu dan ini.. Macam-macam aku tanya.. Puas sudah dengan info-info yang aku dapat, aku examine pula.. Hampir sejam, selesai kerjaku.. Kasihan makcik itu aku lihat.. Dia datang ke hosipital kerana berak berdarah yang amat teruk.. Kepala otakku ligat memikirkan diagnosisnya.. Aku mengeluh.. Menapak ke luar wad 8B, aku lega.. Namun, dalam hati dipagut rasa kasihan pada makcik itu.. Hanya doa yang mampu aku berikan agar makcik itu sentiasa berada dalam kesejahteraan..
Aku turun pula ke wad 2B.. Menunggu teman serumahku.. Pukul 6.30 kami bertiga beriringan keluar dari hospital.. Daripada temanku, baru aku tahu rupanya wad 8A tadi, semua pesakitnya telah dipindahkan.. Sebabnya? Dalam wad 8A itu ada 4 kes H1N1 yang sedang dikuarantinkan.. Langkahku terhenti.. Aku berada di sana tadi.. Selama hampir 10 minit aku mundar-mandir dalam wad itu.. Aku menghidu partikel-partikel udara yang menular virus H1N1.. Aku jadi kaget.. Takut..
Setibanya di rumah, kepala aku terasa berdenyut-denyut, terasa bagai ada batu besar menghempap di kepala.. Seluruh badanku sakit-sakit.. Dunia pula seakan berpusing. Objek-objek kelihatan menari berputar-putar di hadapan mataku.. Serasa seperti mahu tumbang pun ada.. Mungkin tubuh badanku bertindak balas pada berita mengejut tadi agaknya.. Lalu macam-macam sakit yang keluar.. Ketika menaip entry ini.. Mataku masih berpinar-pinar.. Walau sudah ku telan panadol dua biji.. Mata rasa seperti mahu tutup, badan rasa seperti mahu rebah.. Bahang terasa menyerbu ke muka tiba-tiba.. Sabarlah Farhana.. Mungkin sejam dua lagi legalah agaknya..
Dalam keadaan macam ini, aku teringat pada abah dan emak.. Aku dial number mak.. Berborak sebentar, mengadu sakit itu sakit ini.. Selesai bergayut di telefon, aku rasa lega sedikit..
Tiba-tiba teringat pula pada si dia.. Ingin dial numbernya, tapi apa numbernya.. Kalaupun ada numbernya, apa yang harus aku kata.. Haha.. Dengar suara sahaja mungkin cukup untuk melegakan sakit kepala.. Mungkin.. Heehee.. Sakit-sakit pun bikin jiwa angau.. Entahlah.. Selagi disimpan, dipendam, selagi itulah otak ligat memikirkan dia tanpa mahu henti.. Walau dalam tidur walau dalam mimpi, dia hadir bikin aku ingat lagi dan tak mungkin dilupai.. Cerita cinta ini.. Aku menunggu bila akan beransur mendung dan datang pelangi.. Aku tahu dia mengerti akan rasaku ini..
Sampai di sini sahaja entry kali ini.. Jumpa lagi.. Jaga diri.. Assalamualaikum semua.. =)
FOOT NOTE: Sakit itu menghapus dosa.. Sakitku.. Adakah sakitmu jua???

Ulasan
sib bek slamat
sakit ka?
cepat2 sembuh ea
h1n1.
lembut sgt.
sebut penyakit selsema babi.
warghh.teringat makanan haiwan tu everywhere in UK.senang didapati!
yea.
sakit itu menghapus dosa2 kecil.
kalau sakit hati lak camner?
:)
happt sihat day yo!!
H1N1 manyak terok skrg..
tp binatang tersebot tatap menjadi poojaan hanti depa..
hmm...
jaga kesihatan baik2 ok..
g lah kenek
dekat je
cek2 apa yg patut
bahaya tu
~semoga cepat sembuh ye
ku hairan,dikau mengtakan kekrangan idea tapi sehari 3 kali entri smpt d publish ek.huhu
nt kan kita buka klinik sesame..
camne klo ko sakit?
xde la kwn aku diagnosis mslh pesakit nt..heee
Eazy.. Ok.. Akan ku telan 10 bij panadol agarku cpat sembuh.. Ekeke..
Cik nana.. Selsema babi?? Haha.. Geli dgr.. Nape sakit2 hati cik nana.. Sakit hati pn ade ubat gak.. Kan kan kan?? =)
Hysman.. Maceyyy.. Ku pasti akan kmbali sehat.. No worries.. =)
Illi.. Hana luaran sembuh.. Dalaman nk sembuh caner??? Huhu.. =p
Kak zuris.. No worries.. Kata doc H1N1 ni takde serius mana pn.. Heehee.. =)
Zizan.. Amboi3.. Sungguh tak adil.. Ish3.. Itulah namanya kekeringan idea zizan.. Wakaka.. Kalu tak kering idea, mau berpuluh entry kan sehari? Wakaka.. =p
dan kalau bg dilotla...dapat jumpe doktor2 yg ensem....pasti terubat cepat..wahaha...
eh xdela..sesaje je...menggedikkan diri untuk baik cepat..
Dilot.. Mmg betul dilot.. Wakaka.. =p Dokter yg hencem??? Amboi3.. Gatai naa.. Hik hik.. Cube mnggedikkan diri utk baik cpat ni.. Huhu.. =)