Tengahari Di Hari Jumaat.. Apa Kes???

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat semua.. Pagi??? Wah.. Memang pagi.. Pukul 2 pagi di hari Jumaat.. Penghulu segala hari.. Hari Jumaat ada apa ya? Apa yang sangat special sampai aku nak cerita pasal hari Jumaat? Heehee.. Hari Jumaat ada sembahyang Jumaat.. Haha..


Ok fine.. Memang aku akui aku cepat terpaku dan teruja serta ternganga ketika melihat lelaki memakai baju Melayu.. Especially baju Melayu Teluk Belanga.. Aku suka.. Hak hak hak.. Rasa-rasa macam boleh jatuh cintalah tengok lelaki berbaju Melayu.. Huhu.. Sebab apa? Entah.. Aku rasa lelaki itu nampak perfect dengan berbaju Melayu..





Ooppss.. Cukup sudah bebel pasal lelaki dan baju Melayu.. Entry kali ini bukan pasal baju Melayu.. Tetapi pasal solat Jumaat dan lelaki.. Juga wanita.. Heehee.. Terlebih dahulu, aku pohon sejuta kemaafan seandainya entry aku kali ini mungkin mengguris hati sesiapa, aku hanya sekadar ingin berkongsi pandangan..


Acapkali ketika pulang kelas di hari Jumaat.. Tengahari.. Antara pukul 1 dan 2.. Membeli makan tengahari.. Lelaki-lelaki Muslim dengan bangganya berjalan berpimpin tangan bersama pasangan mereka, masuk ke kedai makan, ada pula yang duduk berborak setelah selesai habis makan, ada yang duduk termenung melihat orang ramai yang lalu-lalang di tepi kedai makan. Senario yang mataku ini sudah lali melihatnya..


Aku sering membebel tidak puas hati jika melihat drama-drama begini di waktu tengahari di hari Jumaat.. Mana tidaknya, lupakah mereka hari ini hari Jumaat? Lupakah hari ini ada sembahyang Jumaat? Kalau ya pun malas sangat nak pergi berjemaah di masjid mendirikan solat Jumaat, duduk diam-diam sahaja di rumah.. Ini tidak.. Bangga menayang diri di khalayak awam sedangkan orang lain sibuk mengejarkan masa untuk mendengar khutbah Jumaat dan bersembahyang Jumaat..





Apa sebenarnya yang nak jadi pada dunia sekarang? Aku pun tiada jawapan.. Hurrmm.. Yang pasangan lelaki-lelaki itu pula, ialah wanita.. Juga kelihatan seolah-olah tidak mengendahkan waktu tengahari, waktu sembahyang Jumaat.. Sibuk berdating, berkepit dan bercinta.. Kalau diletakkan aku dalam diri mereka, memang akan aku paksa pasangan aku, kalau perlu dipiat telinga memang akan aku buat juga, yang penting pergi solat Jumaat dulu.. Hal-hal lain, nanti-nanti boleh sambung.. Betul tak? Malulah rasanya kalau pasangan aku sibuk menayang diri sedangkan waktu sembahyang Jumaat telah tiba.. Anda pula bagaimana?



"Sembahyang Jumaat adalah fardu 'ain di atas setiap orang lelaki Islam mukalaf yang tidak dalam pelayaran dan tidak pula uzur. Meninggalkan sembahyang Jumaat tanpa uzur syari'i adalah berdosa."






Wahai lelaki-lelaki di luar sana, ada apa-apa yang ingin diperkatakan? Aku mohon maaf andai ada kesilapan aku.. Andai ada tersilap kata, tersalah bicara.. Aku bukanlah hebat sangat dalam perihal agama, aku masih lagi belajar dan belajar.. Mohon jangan segan-segan untuk menegurku andai aku melakukan kesilapan di mana-mana bahagian di entryku..





Till then.. Aku masuk tidur dahulu.. Jumpa esok dengan entry yang lain pula.. Heehee.. Aku sayang semua.. Selamat malam.. Mimpi yang indah-indah.. Assalamualaikum.. =)




Ulasan

abangfaizul berkata…
senang je... lelaki yang tak pentingkan solatnye jangan wat suami. tanggungjawabnya pada solat dan agama mencerminkan sikap komitednya pada hidup...
A.I.Z.A.T berkata…
wah ni isu hangat nih..
hehe.tp mmg btul pn..
ramai yg x endah..
kalo yg malu tu kire ok lagi ar..
ni yg slambe rock jek tayang muke kat public.memalukan sungguh..
moga saya dan smua dijauhkan dari berperangai camni.Insyaallah..amin

take care farhana;)
~daRLee ZuRiS~ berkata…
musafir kot
;P

think positif
hehee..
Z.u.r.a and I.w.a.n berkata…
BAGUS2 BETUI ENTRY NI....BG KESEDARAN PADA LAKI2 YG LEKA NI..
Tukang cerita berkata…
Akak pun bengang tambah bengkek gak...

akak, kekadang, masa org lelaki solat jumaat, pi shopping beli barang2 kperluan, sebab masa ni, lengang skit kaum lelaki tak der.... nak pilih dan membeli pun senang.. tak suka bersesak2....
~kekadang jerlah, bukan selalu...


masa tu lah, ramainyaaaaa kaum adam yg turut selamba membeli belah juga... sakit mata dan sakit hati btoi dok tgk...Siap bleh bergelak ketawa lagi tu.... grrrrrrrrrrrr.....
Blog Eazy Izzuddin berkata…
Bagus!, good entry
yuhuuu
sehat?
=D
DilOt berkata…
konon musafir kot...tp nak musafir ada syarat gak..bukan boleh sembarangan nak musafir...

niat musafir tp untuk maksiat..perkara tak baik mmg xboleh la...
Faizul.. Tips dan panduan yg bgus cikgu.. Heehee..


Wan.. Isu hangat kan??? Haha.. Mmg, x tau laa nk jadik ape kan depa2 ni sume.. Huuhuu.. Wan jgn jd cam depa tau.. You take care too.. =)


Kak zuris.. Kalo musafir ya enggak apa-apa sih.. Heehee.. =)
Kak nurul.. Haa. Tau xpa.. Bengang gak nih.. Ish3.. Kat shopping complex pn sama gak.. Adoi.. Aritu pi tgk wayang ari jumaat.. Tgk syurga cinta.. Perrgghh.. Laki2 pn ade gak mnyelit, pada hal time solat jumaat tuh.. Kul 1.20 pny wayang.. Hurrmmm.. Entahlah.. Wayang lbih penting agaknya dr solat.. Huuhuu..

Harap-harap pasanganku kelak tak seperti itu, kalau tidak bgaimana nak membimbing diriku ini yg x arif bab2 agama nih.. Huuhuu.. =)
Eazy.. Maceyyy.. Solat jumaat tak td? Heehee.. Ku sehat laa.. Kamu tu dgr cite mandi laut jd makin gelap.. Hak hak hak.. Dah tak jambu dah dik oii.. =p


Dilot.. Musafir? Huhu.. Niat musafir itu sudah disalah pakai.. Apa laa kita nak wat kan kpada mereka2 yg bgini??? Hurrmmm..
joegrimjow berkata…
cepatnye da nak brentiii
hana...zaman skang ni dorg dah tak tau malu dah....kadang² makwe nye pun elok je bertudung...apa salahnya menegur untuk kebaikan....

hana, ku juga suka melihat lelaki berbaju melayu...memang smart....tapi aainaa suka baju melayu cekak musang...teluk blanga kurang....heheee...=)
Joe.. Haha.. Nape? Entry tak pnjang sprt bese erk? Haha.. Ku ngantuk maa.. Haha.. =p


Aainaa.. Sape tu ek pkai baju mlayu cekak musang dn nmpak hencem.. Hik hik hik.. =p
hahahaaaa....sape² je...tapi kene kemas la ...tak mau selebet²...paham ke pe selebet?
hysman berkata…
manusia bermacam2 ragam..
hmm..ntah la dokter..
sama2 kita beringat..

kat masjid sini,yg si laki pi berjemaah kat masjid dan yg si pompuan berjemaah kat AVON sebelah masjid pula..
baguih la tuh..
huhu..
org laki zaman skarang..
atau lelaki akhir zaman ni..
kadang2 smayang lain tak buat,
smayang jumaat n smayang raye aje..
tu pon sbb nak tunjuk alim.

tapi kalau dah sampai tahap solat jumaat yg dua rakaat pon malas nak buat,
apatah lagi solat fardhu len yg banyak rakaat tu!
waaa
ku tak mahu bersuamikan lelaki begini!!
=(
Aainaa.. Ku paham apa itu selebet.. Haha..



Hysman.. Wanita brjemaah di AVON??? Hurrrmmm..



Miss Gaza.. Ku juge tak mahu.. Doalah agar mndapat psangan yang baik.. Amin.. =)
pal7 berkata…
hana..
dunia sekarang..
cmtu la..huhu

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?