STICKY MODE: Siapa Aku Di Hatimu???

INI ADALAH STICKY MODE UNTUK 7 HARI

Please Kindly Proceed For The Latest Entry

Sila Scroll Ke Bawah Untuk Entry Terbaru

Terima Kasih.. Datang Lagi..






Assalamualaikum untuk semua yang berkunjung ke teratakku, Nur Farhana ~ Cahaya Yang Riang Gembira ini.. Entry kali ini adalah sangat istimewa sebab aku akan bawa kalian menempuh satu lagi fasa baru dalam persahabatan kita.. Aku ingin mengenali kalian dengan lebih dekat dan aku juga ingin tahu sebanyak manakah kalian mengenali diriku..


Sudah 4 bulan aku bergelumang dalam dunia blogging ini, macam-macam asam garam yang aku lalui.. Aku akui aku gembira dalam dunia ini.. Kerana di sinilah segalanya bermula.. Kepada BEST BUDDIES yang kini mencecah ke angka 127, aku ucapkan terima kasih dari lubuk hatiku yang paling dalam kerana kesudian kalian mengikuti blogku ini.. Ada masa akan aku jenguk kalian.. Tunggu ya.. Juga buat silent reader (jika ada), terima kasih kerana sudi meminjamkan mata dan juga jiwa anda bagi menyelusuri setiap bait kata yang aku coretkan..


Aku menulis kerana minat.. Aku menulis kerana ingin berkongsi ilmu.. Aku menulis kerana mahu happy.. Aku mahu diriku happy, aku mahu kalian juga happy membaca tulisanku.. Itulah sebabnya aku namakan blog ini, Nur Farhana ~ Cahaya Yang Riang Gembira bersempena maksud namaku juga untuk menyebarkan haruman kegembiraan di hati kalian yang singgah di sini..







Makanya, aku ingin meminta sedikit pandangan dari kalian best buddies ku, juga buat silent readerku, mahu anonymous pun ku tidak kisah, kata orang apa ada pada nama.. Aku ingin tahu tentang 3 perkara.. Aku mengharapkan jawapan jujur dari kalian..


1) Apakah pandangan anda tentang blog, Nur Farhana ~ Cahaya Yang Riang Gembira? Tentang topiknya, tentang penulisannya, tentang penggunaan bahasanya..


(Skema jawapan: Saya rasa blog ini buat saya mandi tak basah, tidur tak lena, makan tak kenyang, buat kerja serba tak kena, saya dah angau pada blog ini ATAU Saya rasa meluat dengan topik-topik yang dibincangkan, balik-balik cinta cinta cinta.. Bosannya..)


2) Siapakah tuan empunya blog ini, Nur Farhana di mata anda?


(Skema jawapan: Saya rasa dia ni best laa.. Terpikat? ATAU Saya rasa dia ini entah apa-apa.. Membebel je lebih..)


3) Ada cadangan untuk memajukan blog ini? Atau ada perubahan yang perlu dibuat? Heehee..



Sekian sahaja.. Thanx semua.. Oh ya.. Skema jawapan itu hanya skema jawapan.. Anda bebas memberikan apa juga jawapan.. Ini adalah Malaysia.. Sebuah negara berdemokrasi.. Heehee.. Till then.. Assalamualaikum..


Ulasan

Unknown berkata…
Saya tujukan lagu coba untuk kamu... silalah nyanyi dalam jamban ye... tujukan untuk dia...
1- blog ni best sebab ayatnya sepoi ca ayat bercerita tak susah untuk di fahami...

2 - farhana di mata saya? erm...........
sempoi...leh bergurau n tak bosan bila bersamanya....wah ayat....pandai sentapkan org..(selalu kene ni)...

3 - cadangan memajukan blog?
majulah farhana untuk blog "Cahaya Yang Riang Gembira"
Gieyana berkata…
wahhh...best gitu...lebeyy kurang minta feedback dr peminat yer! cam artiss...baguss..aperpon adik mmg besttt! since mula2 kenal smpai skrg!
Tukang cerita berkata…
Bet...best...best...
fildza's berkata…
blog ni best.. ayat sempoi jer...
ada van de kamp berkata…
best. ayat mendalam je maksud. hehe
pal7 berkata…
hana..
hana seorang yang baik hati..banyak cakap kot..hehe
hana suka berkawan..betul x?..
hana mudah tersentuh..mudah mentafsir sesuatu yang sensitif..kan?..
hana ada cita2 yang tinggi..berwawasan..fikirkan masa depan..


blog hana..
banyk cerita dari hana..
kisah2 hana..keluarga..belajar..
kehidupan hana seharian..bnayk jug cerita pasal cinta dari hati hana..luahan hati dan seangkatan dengan perasaan yang terpendam dan tidak teluah lagi..hehe
Mohd Nasri berkata…
blog ni blog yg msti ada 2-3 entry bru utk 1 hari..hehe

penggunaan bahasa, aku respek sbb blog ni xbnyk gne bahase sms..hehe
SwEetForEst berkata…
aii farhana..sweet rase blog nie memang best lorh..cam2 ade..hehehe
^__^

notakecikcomeyh->jawapan xekot skema..hehehe..sowie..but i like your blog..
mr.syazwan berkata…
blog ini best sbb cik blog ni follow
F
U
U
U
U
Y
O
O
O MR WAN kan?? kan?? kan??

hak3
Fadhlah berkata…
tepuk dada tanya selera bah...
hysman berkata…
besh..besh..besh..
sempoi bila berbicara pasal hal sensitiviti rakyat..
huahahaaaa...

dokter yg byk membebel tp ape yg diperkatakan suma ade isi..
baguih lor..

~yg jd masalah,susah nk tembusi blog cahaya yg riang gembira nih..
ikot angin lorr..
huhuu..

gud luck..
Joyous berkata…
1. Walaupun saya tak suka baca artikel bahasa melayu atau apa2 bahan bacaan BM tapi blog kak Hana memang menarik. Semua kisah kak Hana tu sedap dibaca. Walaupun apa yg berlaku tu simple tapi mungkin penggunaan bahasa tu yang menarik. Sometimes ada juga entri yg buat org gelak and happy!

2. Saya rasa kak Hana nie seorang yg positive minded becuz suka buat org happy hehe walaupun dirinya ada masalah seperti saiz badan tapi masih berfikiran positive dan mementingkan org lain dulu! Very good keep it up!

3. tukar balik widget paling atas tu yg ada gambar kak Hana! :( yg sekrg nie cam boring je :(
Z.u.r.a and I.w.a.n berkata…
farhana...sorry ek tlps lak tempoh 7hari tu..kite mmg x penah jumpe, kalu ada jodoh bleh jumpe kan...farhana mmg ceria...dr segi penulisan mgambarkan farhana is the happy go lucky person...betu ke? hehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.