Shopping Time + Dapat Hadiah..

Assalamualaikum semua.. Mata masih lagi terkulat-kulat ketika menaip entry ini.. Pulang sahaja dari Tesco usai kelas tadi, aku terus tumbang di atas tilam nipisku sambil menempuh alam mimpi dengan bantal peluk di dada.. Ngantuk sungguh ku rasa hari ini.. Haha..


Untuk entry kali ini, aku cuma ingin bersantai bersama kalian sambil-sambil kita merehatkan otak.. Mungkin saban hari, entryku banyak mendera minda kalian untuk berfikir, makanya hari ini, kita ENJOY.. Haha..


Pagi tadi selesai sahaja kelas di Klinik Rheumatology, aku dan teman-teman serumah pergi bersarapan.. Selepas itu mengusung troli masuk ke Tesco di tingkat atas.. Cadangnya ingin membeli sedikit barang-barang.. Ku kira sudah agak lama kami bertiga tidak keluar bershopping bersama-sama.. Jadual kelas yang padat sentiasa sahaja mengasak.. Peluang yang kami dapat hari ini, kami gunakan sebaiknya untuk mengeratkan silaturahim.. Chewaaahhhh..


Tidak banyak gambar yang sempat aku snap, sebabnya ramai mata-mata yang memandang dan gelak.. Ingin sahaja aku katakan pada mereka, kami bertiga model, ada photoshoot di Tesco.. Bagi senyap sikit mulut, alihkan sedikit pandangan mata itu.. Hahaha.. Amacam? Korang rasa kitorang dah layak belum jadi surirumah? Hahaha.. Selesai shopping, kami bertiga pun pulang ke rumah..


Tiba sahaja di rumah, kebetulan abang Pos Laju juga sampai.. Nur Farhana Abdullah.. Abang itu memanggil.. Aku lantas berlari-lari anak ke arah dia, (dah macam filem Hindustan la plak..) aku tulis nama dan IC, tandatangan cincai aje, lalu barang pun ku ambil.. Aku dapat agak dari siapa.. Heehee..






Jeng jeng jeng.. Dari Cikgu Mahirah kita, hadiah minyak wangi ku sudah sampai di tanganku.. Yeay.. Thanx Cikgu.. Minyak wanginya memang wangi, malam ini pasti aku tidur nyenyak sambil memeluk minyak wangi itu.. Haha.. Bombastik betul ayat aku.. Hik hik hik.. Apa-apa pun, terima kasih ya Cikgu.. Sayang kamu.. Mmuuaahhxxx.. =)




Inilah dia minyak wanginya.. Terima kasih kepada model yang telah meminjamkan tangannya itu.. Kerjasama anda amatlah saya hargai.. Ahakz.. Again.. Thanx cikgu.. =)







FOOT NOTE: Bila entry itu mahu keluar? Hurrmmm.. Masih dalam fasa mengarang.. Pergghh.. Siap karang bagai aku ni.. Hik hik hik.. Ada orang kata nak tolong bagi ayat-ayat power.. Aku tunggu.. Hahahaha.. =p



Ulasan

wah.....dapat mingak wangi....sangat cepat....=)
Tukang cerita berkata…
tahniah...
dapat myk wangi lagi tu...
:)
El-Zaffril berkata…
Tuan tanah... awat lagu tu cam kenal je...
Aainaa.. Memang sangat cepat.. Heehee.. =p
Kak nurul.. Heehee.. Tima kaseh.. =)
Encik Zaffril.. Tu laa pasai.. I'm thinking of the same thing too.. Mcm knai aje.. Hik hik hik.. =p
wa dah sampai yer...
tengah tdo td..
ingat br nk wat enrty tetng process
peghantaran..
huk huk huk...
dah selamat sampai lak yer...
;)
Mahirah.. Yeay.. Da slamat smpi.. Time kaseh yerk.. =)
iyllienaz berkata…
hana..nk gak perfume..hana blanja illi..ley kan??hee..
Illi.. Nak gak.. Boley2.. Hana blanje illi bayar.. Hik hik hik.. Kira blanje gak tu.. =p
pal7 berkata…
nak jugak...
hehe..tahniah ye
Pal.. Nak ape? Mana boleyyy.. Haha.. =p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?