Pulang Kenduri Kahwin, Semangat Berkobar-kobar..

Assalamualaikum dan salam malam Ahad buat semua.. Aku kata nak buka blog hari Ahad.. Ni apa kes??? Haha.. Memang penat, sakit pinggang sebab drive tadi pun masih ada.. Kalah orang tua aku ni.. Hahaha.. Ada siapa-siapa yang boleh tolong urutkan? =p


Ketika entry ini aku coretkan, mataku acapkali mencuri pandang ke arah skrin TV, Pentas Pilih Kasih sedang ditayangkan di TV2.. Alah, rancangan mencari pelakon oleh Abang Rosyam.. Heehee.. Ku rasakan menarik juga rancangan itu, maklumlah, di kalangan rakan-rakanku kan aku digelar Drama Queen.. Aku suka lakonan.. Ada sesiapa tak nak ambil aku berlakon? Tak dapat watak heroin, jadi mak heroin pun aku no hal.. Hak hak hak..


Ok.. Maaf atas selingan sebentar tadi.. Heehee.. Back to the story.. Kenduri kahwin.. Maklumlah, pertama kali datang kenduri kahwin, ada rasa pelik sedikit.. Datang-datang sahaja, ku bersalam dengan ibu mempelai lelaki.. Lepas itu, apa lagi.. Balun makan laa.. Perut yang berkeroncong tadi harus diisi.. Kenyang makan, kami pun masuk ke dalam rumah.. Pelamin ku tatap seperti ku memandang 7 keajaiban dunia.. Ya.. Mungkin ini boleh menjadi yang kelapan.. Hahaha..



Bukan namanya perempuan kalau tidak bergambar sakan dengan pelamin, dengan bunga telur.. Kalau boleh bergambar di atas katil pengantin tadi, memang aku takkan lepaskan peluang.. Semuanya berkat tu.. Heehee.. Mana tahu, esok lusa giliran aku.. Wawawa.. Tepat pukul 1.15, pasangan raja sehari itu tiba dengan aura kehijauan.. Heehee.. Ada persembahan silat dari adik-adik cinonet.. Comel pulak aku tengok.. Masa pengantin bersanding, sekali lagi sakan mengambil gambar.. Ku lihat kawanku yang duduk di atas pelamin itu, Che Ali sentiasa tersenyum.. Wah.. Bahagia mungkin..



Selesai bersanding, pengantin punya turn pulak nak mencekik.. Cuaca panas giler.. Aku lihat pengapit pengantin lelaki asyik mengelap peluh pengantin sahaja.. Kesian.. Huhu.. Kitorang ni dengan rasa yang tak segan, menyapa Che Ali yang sedang mencekik, meminta untuk mengambil gambar bersamanya.. Wah.. Best wo ambil gambar dengan pengantin.. Sebab aku dapat rasa aura perkahwinan itu.. Chewaaahhhh..




Selesai sahaja sesi mengambil gambar, say congratz pada Che Ali, bersalaman denagn ibunya, lalu kami pun pulang.. Aku dengan perut yang kenyang, mata yang ngantuk, mulakan pemanduan dengan berhemah, 120 km/j.. Hahahaha.. Jalan raya agak sesak juga dengan kereta mungkin kerana cuti sekolah.. Apa-apa pun aku happy.. Eh.. Macam aku pulak yang kahwin..



Tidak sia-sia rasanya aku ke kenduri Che Ali.. Thanx Che Ali sebab jemput aku.. Haha.. Sebab apa tak sia-sia? Tak rugi? Bukan sahaja dapat makan tengahari free, malah aku juga peroleh semangat yang berkobar-kobar.. Semangat apa lagi.. Semangat nak kahwin.. Hahahaha.. Che Ali kata, cepat-cepatlah kahwin.. Best wo kahwin ni.. Aku sekadar mampu tersenyum, mendengar tidak sama seperti yang melalui.. Heehee.. =p


Ok.. Itu saja aku nak cerita.. Esok pagi-pagi aku kena ke Jelapang, membuat lawatan ke rumah patientku.. Sehingga ketemu lagi.. Sayang semua, enjoy your weekend.. Assalamualaikum.. =)



Ulasan

pal7 berkata…
hana..
ni betul2 x saba nk kawen nih..hehe
Pal.. Haah.. Memang ku tak sabar2 daa.. Awat? Jeles ka??? Hahahaha..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?