Jom Kita Ikut Apa Kata Orang..

Assalamualaikum.. Pukul 2.30.. Ada kelas.. Masih gigih aku menaip entry.. Iyalah.. Mungkin lepas ini aku tak berpeluang tulis entry itu dan ini.. Bergayut di sana bergayut di sini.. Blog hop sana dan sini.. Kenapa? Aku kan budak skola tak abes lagi (ooppss.. tak boleh guna perkataan ni.. nanti ada yang tak suka aku asyik sahaja tiru azeri sekandar) kian menghampiri peperangan tak lama lagi..


Entry pendek sahaja.. Aku sudah penat menaip entry panjang.. Ada sahaja mata yang memandang tajam dan merungut di dalam hati.. Ada sahaja kesalahan aku yang terlihatkan di mata itu.. Ada juga tangan yang menghalang aku dari mendekati dunia luar.. Ada kaki yang menghadang jalanku ke arah dia.. Aku sudah penat.. Mungkin aku perlu hidup sahaja di sini menunggu kedatangan kalian.. Termenung di sini sementara menanti orang-orang yang lalu lalang singgah dan menghulurkan simpati.. Begitukah yang aku mahu?




Kerana orang lain diri yang menjadi mangsa.. Kerana Nyonya Mansoor, Kassim Selamat dan Sabariah terpisah.. Kerana si kaya itu, cinta Jake dan Rose tidak kesampaian, kerana persahabatan, Anjali meninggalkan Rahul untuk Tina.. Aku penat dengan ini.. Penat kerana.. Asyik-asyik sahaja orang lain, orang lain, dan orang lain yang menghalang cerita yang sepatutnya hanya ada aku dan kamu..



Pepatah Melayu kata.. Ikut hati mati, ikut rasa binasa.. Entahlah.. Mungkin perlu ikut hati orang gembira, ikut rasa orang ceria.. Aku terfikir kadang-kadang di mana hak kita sebagai individu.. Entahlah.. Aku cume tahu bertanya sebab aku tidak pernah punya jawapannya..



Kawan-kawan.. Aku minta diri.. Mungkin kalau tangan itu tidak menghalang, sampailah aku ke rumah kalian.. Kalau kaki itu tidak menghadang, muncullah wajahku di depan kalian.. Hahaha.. Hidup ini terlalu indah dan pendek hanya untuk mengikut kata-kata orang.. Itu yang aku fikir tapi aku tak rasa mampu aku lakukan.. Haha.. Sehingga ketemu lagi.. Renung-renungkanlah.. Assalamualaikum..






FOOT NOTE: Buat AXXI, ku sudah melihat blog kamu itu.. Ternyata ku masih tertanya, siapa kamu walau sudah ku melihat blog kamu itu.. Heehee.. =)



Ulasan

tak perlu mengikut kata org...ikut kata hati kamu selagi ianya tidak terkeluar dari landasan....

be strong k...=)
mr.syazwan berkata…
F
U
U
U
Y
O
O
O

manyaknye kata2 madah berhelah erk..
hehe

jaga diri baik2 naa..
Dana Telco berkata…
Selamat cuti dari blog world.
Aainaa.. Diriku mmg strong.. Tapi kalau stiap hari ku diuji begini, lama2 ku lemah juge.. Haih.. Sabar jek laa kan aainaa.. =)




Mr. Wan.. Uwaaa.. Selamat brcuti yerk Mr. Wan.. Heehee.. Madah brhelah apenye.. Tu sume bnar2 xde helah tau.. Ahakz.. =p




Dana Telco.. Ku tak cuti laa.. Nanti baru ku brcuti.. Tapi bukan skarang.. Heehee.. =p
bkn main bermadah kakak kite nie...
hehehe...
betul...sabar je la penawarnya...insyaAllah pas ni akan baik sediakala...
~boy_Mr.K~ berkata…
heeee...aku suka tgk budak tido kat rak tu...

C
U
T
E

hehehehe
DilOt berkata…
aritu gambar budak tido dekat tnds..ni dekat rak buku lak,,,hehe...

ni la namenye budak..tp comelll
Mahirah.. Ku mahu blajar skill bermadah nih.. Snang idup di masa dpan.. Wakakaka.. Budak sains buat bnda seni, gila tol.. Hak hak hak.. =p




Aainaa.. Sabarlah kita yerk.. =)
Boy.. Nape ko suke lak? Hahaha.. Apa daa soklan aku.. Wawawa.. Comel macam aku kan??? Kan kan kan??? Wakakaka.. =p




Dilot.. Budak tdo dlam tandas.. Ader eh??? Hak hak hak.. Budak2 ni mmg comel.. Sama mcm tuan blog dia.. Hik hik hik.. =p

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?