Entry Ini Bukan Entry Merapu Dan Merepek..

Assalamualaikum buat semua.. Masih ingat akan daku yang comel lagi banyak mulut ini? Haha.. Manalah tahu.. Sudah lama tidak dengar khabar dariku, mungkin kalian sudah lupakan daku.. Sob sob sob.. Wah.. Beberapa hari sudah aku tidak mencoret sebarang entry.. Nasib juga aku masih ingat lagi bagaimana mahu menaip dan post entry.. Wakaka.. (macam laa lama sangat tak hapdet.. kih kih kih..)


Home sweet home.. Aku memecut pulang ke Melaka petang khamis.. Dalam 6.30 petang.. Pedal minyak ku tekan, kejap di lane kanan, kejap di lane tengah.. Memandu seorang banyak dugaan,apatah lagi di waktu malam, apa nak buat, bagi stimulasi pada diri sendiri jek laa.. Haha.. Dan memecut itu kan satu stimulasi.. Heehee.. Akhirnya aku selamat sampai dalam jam 10.. Seronoknya.. Di rumah.. Perutku memang sengaja aku kembungkan dengan durian.. Wakaka.. Melepaskan hajat katanya.. Alhamdulillah.. Kenyang makan durian.. Heehee..



Entry kali ini.. Mahu bebel apa ya.. Oh ya.. Ini ada satu kisah.. Ada kene mengena dengan yang masih hidup sahaja.. Mungkin aku, mungkin kamu, mungkin juga dia.. Mungkin sahaja ya.. Heehee..


Dalam dilema.. Ya.. Nanona dalam dilema.. Mahu terus terang saja atau terus disimpan sehingga menjadi pekasam.. Ya.. Atau tidak.. Dalam otaknya ligat berputar secebis ayat omputih yang entah dari mana datangnya..



"If tomorrow never comes,
Will he know how much I love him,
Did I try in every way to show him everyday,
That he is my only one,
If my time on earth were through,
And he must face this world without me,
Is the love I showed him gonna make him realized,
If tomorrow never comes.."



Masih dalam dilema.. Nanona terfikir.. Andai esok aku tiada.. Simpan semua laguku jangan ditangis selalu.. Ooppss.. Melalut pula.. Heehee.. Apa perlu Nanona buat? Terus berpura-pura.. Atau membuka topeng kepura-puraan itu? Dilema lagi.. Kalau saja one two jus boleh bawa Nanona ketemu jawapan pasti, sudah lama Nanona tarik nafas kelegaan.. Pphhewww..


"Mungkin perlu ada kehilangan baru kita mampu tersentak dan sedar yang kita telah hilang sesuatu yang amat berharga dalam hidup kita.."





Pura-pura.. Nanona hidup dalam kepura-puraan selama tempoh beberapa bulan ini.. Walau ada kemanisan sepanjang ianya bermula sehingga sekarang, tapi berapa lamalah sangat kemanisan dalam kepura-puraan mampu bertahan? Nanona tertanya sendiri..


Nanona menidakkan semua persoalan yang datang ke arahnya tentang apa yang dia rasa.. Pada siapa rasa yang dia rasa.. Pura-pura sahaja dia.. Sedangkan di hati.. Tuhan sahaja yang tahu pergelutan antara mahu dilepaskan atau disimpan.. Dan pada akhirnya, perasaan ingin dilepaskan itu tewas, tumbang menyembah bumi hanya dengan sekali jentik oleh rasa yang ingin disimpan.. Seperti gelanggang wrestling lagaknya.. Heehee..





Lagi pura-pura.. Bersama dia Nanona seringkali berpura.. Lagaknya seperti tiada apa, bergurau senda seperti tiada apa Nanona rasa untuk dia.. Lagaknya juga seakan tidak mahu dia hidu sesuatu.. Takut malu katanya.. Dek kerana itulah, Nanona terus berpura-pura sehingga sekarang.. Akhirnya.. Diri sendiri terseksa menanggung rasa.. Nanona kepenatan.. Penat hidup dalam pura.. Bibirnya terucap kata-kata biasa, dalam hati tersimpan segunung madah-madah dan rasa yang sangat luar biasa..


Ada orang kata pada Nanona sesuatu yang Nanona ingat sampai ketika ini, sampai helaan nafas di saat ini..



"Selagi hati daya menahan, selagi itu mulut tetap terkunci,
Biar hati pedih menanggung, asal bahagia datang akhirnya.."



Nanona pegang kata-kata itu.. Ingat sampai bila.. Pahat kukuh dalam hati dan kepala otak.. Pedih hati sudah tidak mampu dikira.. Dalam fikiran, hanya bahagia difikirnya.. Itu sahaja penawar kepada pedih hati Nanona.. Tapi..



Nanona akan pergi tidak lama lagi.. Perginya mungkin sebentar mungkin lama.. Mungkin seminggu.. Mungkin berminggu-minggu dan bawa ke bulan.. Hatinya tidak senang selagi hasrat hatinya tidak dilaksanakan.. Dia tidak mahu ianya berkubur begitu sahaja tanpa nisan.. Tapi apa Nanona boleh buat.. Akhirnya terdetik satu idea dalam kepalanya.. Blog.. Mungkin melalui medium itu lebih mudah baginya untuk meluahkan apa yang tidak mampu diluahkan.. Puas dia merayu pada tuan empunya blog Cahaya Yang Riang Gembira agar hasrat hatinya dapat ditunaikan.. Akhirnya, tuan empunya blog yang sememangnya amat baik hati itu bersetuju.. Nanona rasa mahu dipeluk cium sahaja tuan empunya blog.. Hatinya gembira.. Nanona menutur kata, tuan empunya blog menaip setiap butir kata Nanona..


Encik SBH.. Semenjak Nanona kenal Encik SBH, Nanona tiada rasa apa-apa.. Tiada suka, tiada kasih, apatah lagi cinta.. Nanona menyapa Encik SBH hari-hari, begitu juga Encik SBH rajin menegur Nanona.. Kita sering berborak, usik-mengusik.. Boleh dikata tiada istilah CINTA PANDANG PERTAMA dalam kamus perkenalan kita..

Dalam menapak hari-hari, tiada juga wujud rasa cinta.. Namun selepas tika dan saat kegelapan itu, Nanona meraba dan mencari.. Dalam mencari itu, Nanona ketemu rasa rindu, Nanona jumpa rasa cinta.. Akhirnya cahaya terang menyinari, Nanona dan Encik SBH tetap menjalani hari-hari seperti biasa cuma Encik SBH tidak tahu yang Nanona sebenarnya sudah mula punya rasa cinta pada Encik SBH.. Dan Nanona hidup dalam kepuraan memandang Encik SBH sebagai kawan sedangkan dalam hati Nanona..

Dikala ini.. Nanona tahu, Encik SBH sudah tahu apa yang Nanona rasa.. Cuma apa yang ada dalam hati Encik SBH.. Nanona tidak tahu.. Maaf andai rasa Nanona menjadi beban kepada Encik SBH.. Sebab itu Nanona ingin pergi.. Mungkin antara kita takkan ada apa-apa, sekurangnya Nanona lega dapat luahkan semuanya.. Nanona lega juga Encik SBH tahu apa yang Nanona rasa selama ini.. Nanona pergi dulu.. Terima kasih atas persahabatan ini.. Nanona cintakan Encik SBH.. Cinta Nanona bukan pura-pura.. Sekian.. -NANONA-



Sekian sahaja kawan-kawan.. Heehee.. Panjang sungguh entry kali ini.. Baik aku buat cerpen aje.. Wakaka.. Ini satu kisah.. Bukan merepek, kerepek atau yang seumpama dengannya.. Ini kisah benar.. Kisah seorang insan.. Kisah sebuah rasa.. Ada iktibar? Pasti ada.. Kalian renung-renungkanlah.. Till then.. Sampai ketemu lagi.. Assalamualaikum semua.. =)

Ulasan

Joyous berkata…
Erin dlm situasi yg sama ... sudah pendam selama beberapa tahun ... patutkah erin buat mcm nie kat Encik NMN jugak ...?
iyllienaz berkata…
pasni ley wat entry pasal illi plak..hehe
hana...ku tak paham apa entri ni...ku blurr....huhuhuu...;p
Erin.. Memendam selama beberapa tahun? Wah.. Lagi hebat erin mampu brtahan smpai skarang.. Huhu.. Pape pn erin.. U've waited for all this while, if you juz let it go now, I dunno.. Berbaloi ke nanti penantian erin slama beberapa tahun ni? U better think twice dear.. Love don't easily comes and don't easily go.. U noe wut I mean ryte.. Better fight for it.. Tunggu laa sikit masa lagi.. Maybe there is hope dear.. But if you think u should stop, the decision is yours.. Anyway, take care dear.. =)
Illi.. Boleh jek.. Entry pasal ape?? Hahaha.. =p





Aainaa.. Nape blur lak? Susah ke nak paham entry ni??? Heehee.. Ini kisah benar aainaa.. Kisah yg dkat dgn diri hana.. Huhu.. =)
asliani ahmad berkata…
kita pun agak blurr..mgkn sebab nama kot..tapi faham jugak akhhirnya..yg pntg,kita berani bterus trg...

alamak,tliue den durian tu..nak jugak...
nanti ku fokus tul² bila baca kembali....
takleh nak fokus skang....banyak gangguan...

wah...apa la gangguan tu ek?
heheheee...;p
Blog Eazy Izzuddin berkata…
apa mahu komen ea
sudah bace...
ermm...
apa ye....
tggl d mlaka rupenye
hehe
;D
.Cik Nana. berkata…
hurm..
masih adekah cinta sejati??
im looking forward of finding true love kak fana~
but idk y.

"your search results is not found"

keep waiting?
















































until..









that day..










im still alone till now =)

~waiting for rainbow to appear~
Fadhlah berkata…
sila pendenkkan ntree anda ye..pening nak baca..hehehe
Asliani.. Blurr ke dik??? Haha.. Rmai gak yg blurr.. Tapi bgus laa akhirnya kamu paham.. Heehee.. Btol tu.. Tapi nak terus terang pn bukan senang kan dik??? Hurrmm..



Aainaa.. Baca jgn tak baca ye.. Paham jgn tak paham ye.. Heehee..
Eazy.. Bgus2.. Sudaa baca.. Komen anda pn bgus.. Wakakaka.. Haah.. Dok mlaka.. =)




Nana.. Entahlah dik.. Akak pn sama.. Entah ade entah kan tidak.. Sabar jek laa mnunggu.. Tunggu laa slagi trdaya.. Huhu.. Walaupun dah tak berdaya skunk.. Huhu.. Samalah kita.. Alone.. Single.. Available.. Huhu.. One day akan ada rainbow appear jugak.. No worries.. =)




Fadhlah.. Pening kaaa??? Heehee.. =p
pal7 berkata…
seriusnya dia..
ni bukan main2 lagi nih..

sabo hana..sabo..
Pal.. Meme seriuss ni.. Hak hak hak.. Bukan main2 ni pal.. Bukan juge cobaan.. Ni btol2.. Huhu..

Tapi nape hana yg kene sabar? Nanona laa kene bnyk sabar pal.. Kan pal kan?? Heehee.. =p

*komen pal jek lain dari org lain.. heehee..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?