Asyik-asyik Entry Begini.. Bila Mahu Sedar Diri???

Assalamualaikum.. Coretan di pagi hari yang dingin.. Sedingin hatiku.. Hurrmm.. Kali ini bicara tentang lagu.. Beberapa minggu yang lepas, aku berblogwalking seperti kebiasaanku.. Aku terjumpa satu entry.. Entry apa ye? Haha.. Baru sekarang aku tergerak hati untuk update..


Tuan punya blog menyatakan rasa hairan, hairan kerana kebanyakan blog yang dikunjunginya pasti ada yang meletakkan widget lagu.. Especially perempuan.. Haha.. Aku tersentap.. Aku perempuan.. Aku punya blog.. Dalam blogku ada widget lagu.. Wahhhh.. Sentap gila.. Haha..


Hurrmm.. Bagi aku tak salah rasanya letakkan lagu di dalam blog sebagai penghias blog, penyedap halwa telinga.. (kalau lagunya sedaplah.. haha..) Bagi lelaki perkara ini mungkin hanya sesuatu yang remeh.. Betul tak? Mereka tidak ambil port tentang itu semua.. Heehee.. Malam tadi aku berborak dengan rakan mayaku.. Dia katakan aku pandai memilih lagu.. Aku tanyakan kenapa? Dia katakan pandai memilih lagu mengikut situasi.. Haha..






Bagi yang alert dan memerhati perkembangan blog aku ini, pasti perasan, aku suka meletakkan lagu, acapkali juga aku tukar.. Lebih kurang sudah 20 lagu rasanya aku tukar.. Dan yang paling penting, lagu yang ku tempek itu bukan ku tempek saja-saja.. Tetapi ada kene mengena dengan apa yang aku rasai, apa yang aku lalui.. Selain merasakannya melalui penulisanku, aku mahu kalian juga merasakannya melalui lagu yang ku putarkan.. Maka, aku tempek lagu ini bukan sekadar suka-suka..


Jom kita usha antara lagu yang pernah hits di blog ku ini.. Haha.. Ada yang aku tidak berapa ingat tetapi ku cuba juga menyusun mengikut kronologi.. Kalian akan nampak, lagu dan entryku punya kaitan.. Ibarat irama dan lagu, sukar dipisahkan..


1) Jadi Milikku (Anggun)

2) Terlanjur Cinta (Pasha & Rossa)

3) Cintaku Terakhir (Duta)

4) Aku Dan Dirimu (Ari Lasso & BCL)

5) Rahasia Hati (Element)

6) Ucapkanlah (Erra & Yusry)

7) Ruang Rindu (Letto)

8) Tanpa (6ixth Sense)

9) Doa Seorang Kekasih (In-Team)

10) Kalimah Cinta (In-Team)

11) Salahkah Kita (Robin Hood & Asmirandah)

12) Pupus (Dewa)

13) Kasih Tak Sampai (Padi)

14) Jika Kau Bercinta Lagi (Alleycats)

15) Mimpi Yang Tak Sudah (Ibnor Reza)






Laguku yang latest.. Mimpi Yang Tak Sudah.. Sadis betul aku.. Hanya mampu mimpi dan terus bermimpi sahaja.. Mungkinkah tiada peluang antara kita? Maka aku hanya mampu mimpikan kamu sahaja..


Sedikit luahan hati.. Malam ini saja.. Selepas ini aku akan kuatkan semangatku, kuatkan diriku dan tidak lagi berkata tentang cinta ini.. Pertama kali dalam "hubungan" ini.. Aku menitiskan air mata.. Hatiku perit.. Aku rasa ada luka yang sudah mula parah.. Kalau saja aku mampu katakan pada dunia dengan bangga, aku cinta padanya.. Namun ada yang menghalangku.. Aku jadi kaku..


Aku rindukan dia yang dulu.. Dia yang bebas bersuara, suka berkata, dia yang ceria dan sentiasa membuatku tersenyum, yang bikin hatiku berbunga riang dengan setiap kata-katanya.. Kini segalanya berbeza.. Dia membatu, agak keras hatinya, serius ku lihatnya.. Walupun aku hampir tetap juga ku rasa jauhnya..



Benar kata Joe, cinta yang tak terungkap memang perit.. Namun, Joe ku lihat berjaya mengatasi masalah gadis blognya.. Aku? Masih lagi kaku dan tak berdaya untuk melupa.. Betul kata orang, cinta memang menyakitkan andai jatuh pada orang yang salah.. Adakah cintaku jatuh pada tempat yang salah? Aku ingin bertanya, tapi pada siapa? Pada dia.. Aku pasti dia akan diam seribu bahasa..





Aku inginkan ruang bernafas dan berfikir.. Sakit dadaku masih ada, air mataku masih lagi menitis dan ku kesat.. Bukan mudah bagiku..Andai sahaja ianya dipermudahkan untukku.. Hurrmm..


Tidak lama lagi hari lahir housemateku, ke mana akan kami pergi untuk mengenjoykan diri ya? Mungkin ini peluangku untuk mengikis cinta itu dari hati.. Sebab dia tidak mengiingininya.. Aku tahu mustahil.. Tapi.. Arrgghhh.. Sudahlah.. Hari sudah mahu pagi.. Aku ingin meminta diri.. Aku pergi dulu.. Assalamualaikum..

Ulasan

Dana Telco berkata…
endingnya pedih.
Fadhlah berkata…
blog saya pon ader lagu beb...
SwEetForEst berkata…
erm..xpe la sabar je la yer..maybe ade yg terbaik..sweet pon penah menderite sebab cinte gak.. huhuhu..sadis sungguh..
"Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah"

memang sakit kalo cinta pada orang
yang salah...banyak bersabar k
hana....
letak lagu tadek mslh..
cume bg yg autoplay tu,bile org yg suke bukakk tab banyk2,iye bleyh mematikan mud nk blogwalking kat blog org tu lame2..
tp klu lagu bes,tadek hal la..
hysman berkata…
awat suma lagunya suma dr seberang..
bape kerat je lagu local..
hahaa..

lagu kita takde kualiti kaa??
huhuu..

gwe ade jugak pasang lagu memulo dulu tp bila bukak buat bingit telinga je..takde privacy bukak kat opis..so buang trus..
muahahhaaa...
DilOt berkata…
dilot xde letak widget lagu..=)
edan coba berkata…
Saerah..
edan x pusing lah klu sape2 nk letak lagu..
it's cool k!!! bla baca entry smbil tu melayan alunan muzik!!
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh!!!!
jngn lah hang pikir2 sngt!
:D
sapekah gerangan rakan mayamu itu?
aainaa teringin gak nak kenal ngan dier...

leh tak hana?
Dana Telco.. Endingnya pedih? Sebab cerita ini mungkin takkan ada happy ending.. Huuhuu.. =(


Padhlah.. Macam2 lagu ada.. Hak hak hak.. =p
Sweet.. Deritanya bgitu perit kan.. Entahlah.. sakit mungkin sembuh, tapi luka tetap ada.. Dan takkan lupa sampai bila-bila.. =(


Aainaa.. Lirik dia sgt bertepatan dgn kisahku ini.. Maka ku letakkannya di sini.. Pedih benar rasanya bermimpi tapi mimpi yang tak sudah2.. Tiada realiti hanya fantasi.. =(
Penjenayah merah jambu.. Btol.. Kalo lagu best tadak hal punya.. Heehee..


Hysman.. Ku prefer lagu seberang dari lagu Malaysia.. Lagu di sana lebih kena dgn jiwaku.. Huuhuu.. Kualiti muzik dorang pn sgt bgus.. Malaysia ku prefer lagu-lagu lama sahaja.. 70an, 80 an.. Otai rock.. Haha.. Alah.. Mute kan jek laa.. Hahaha.. Hysman.. Kamu dn sorang dua jek yg mngalami msalah utk buka blog ini.. Knape yerk.. Loading time ku skejap jek.. Hurrmmm..
Dilot.. Heehee.. Kalo nak dgr lagu, meh laa dtg sini tau.. Huhu..


Edan.. Cheq tak kesah pon, saja ja jadikan topik utk brcerita.. Heehee..


Aainaa.. Sape dia erk?? Hurrmm.. Aainaa ke? Haha.. Aainaa, kita sedih laa.. Sampai skarang masih lagi sedih.. Tambah lagi dengar lagu ni..
takmo sedih² k...kuatkan semangat...aainaa ader belakang kamu....=)
Lun berkata…
lun x psg lagu
lalala
pal7 berkata…
hana..
muzik itu menggambarkan apa yang kita rasa..kan?..
Aainaa.. Thanx.. =)


Lun.. Nape x pasang? Heehee.. =p


Pal.. Betul.. =)
Cik Bee berkata…
it must be a story between a gurl n a boy(i guess..)
dari penceritaan farhana...
moga tabah...
rasenye, hampir semua remaja akan berhadapan dgn kisah sadis begini..
tapi, satu kata-kata yang saya pegang selama ini dan suka utk saya kongsikan,
"Allah akan menemukan kita dengan dia yang salah sebelum menemukan kita dengan die, pasangan yang betul, sejiwa dan terima kita seadanya"

mungkin die yang salah ini akan ajar banyak bnda baru pada kita, yang akan buat kite lebih bersedia bile kita jumpe die yang betul.

dan pengalaman lepas akan buatkan kita lebih tahu utk tangani masalah apabila timbul antara kita dengan die yang betul nanti

~corat coret, bebel panjang~ heee
Missz A.C.C.A.. I guess.. Haha.. Saya remajakah??? Haha.. Betul tu.. Walau ku harap insan yang salah itulah insan yang betul tapi apa jua ketentuanNya ku terima.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?