Akukah Pemenangnya? Terjah Cikgu Mahirah Untuk Jawapannya..

Assalamualaikum semua.. Ini adalah entry yang aku janjikan tentang persoalan yang aku tinggalkan buat kalian di entry yang lepas.. Kenapakah hatiku berbunga riang? Kenapakah hatiku gembira? Maka, inilah jawapan kepada persoalan itu.. Ahakz..


Di saatku menapak ke teratakku sore tadi, mataku menghala ke arah shoutbox.. Ku lihat ada pesanan dari si manis Cikgu Mahirah.. Begini bunyinya.. Heehee..


♥Mahirah Abd♥ nak tanya nie... kamoo duk mane?? boleh bg alamat n no hp x..?? email kt sy...ader ssuatu utk kamooooo


Wow.. Ada orang mintak alamat dengan number phone aku.. Okey.. Here we goes.. Alamatnya adalah.. Numbernya.. 014.. Tekan-tekan tak dapat.. Heehee.. Mana boleh bagi tahu.. Rahsia.. Agak-agaknya kenapalah Mahirah tanya alamat dengan number phone aku ya.. Haaa.. Nak hantar rombongan masuk meminang.. Ahakz.. Okey.. Cukup sudah perasan ya Cik Farhana.. =)





Maka aku pun berlari-lari anak ke terataknya Cik Mahirah.. Setibanya aku di dunia Women Of Earth milik Cikgu ini, aku terkedu.. Kakiku berketar, terasa lutuku berlaga kiri dan kanan, mulutku terkunci.. Aku kaget.. Wah.. Dramatik lagi aku.. Drama Queen katakan.. Hahaha.. Apa yang ada di sana? Jom usha gambar di bawah.. (klik pada gambar untuk mengatasi masalah rabun anda.. ahakz..) Dah nampak dah apa yang ada di situ???




Blog Cikgu Mahirah Abdullah (nama papa kita sama.. heehee..)



Dah nampak dah? Klik ya jangan tak klik.. Ahakz..


Rupanya aku telah memenangi contest anjuran Cikgu Mahirah.. Aku pernah membaca tentang contest itu yang dikatakan bakal keluar bulan Jun ini.. Ku tunggu dengan penuh sabar, ingat nak try nasib.. Tapi resultnya dah pun keluar.. Rupa-rupanya, al-kisahnya Cikgu Mahirah anjurkan contest untuk follower ke-56.. Itulah aku.. Nur Farhana Abdullah.. Heehee.. Aku menang.. (sila guna tona suara pakcik yang memenangi contest Power Root untuk menyebut frasa ini.. heehee..)





Cikgu kata hadiahnya ialah minyak wangi.. Betul tak cikgu??? Tapi gambar di atas hanyalah sekadar perhiasan sahaja.. Apa-apa pun, terima kasih ku ucapkan buat Cikgu Mahirah atas kesudiannya memberikan setinggi-tinggi penghargaan buat para peminatnya yang tak putus-putus support dia.. Ahakz.. Terlebih sudah.. Thanx eh Cikgu.. Cayang kamooo.. Mmmuuaahhhxxx.. =)


TRIVIA TENTANG CIKGU MAHIRAH (wah.. trivia gitu..)

1) Empunya blog Women Of Earth

2) Cikgu yang mengajar di sebuah sekolah pendidikan khas

3) Si manis berusia 22 tahun ini dilahirkan dalam keluarga yang kebanyakan ahli keluarganya bekerja sebagai guru.. Hebat kan???

4) Nak tahu lagi??? Jom kita usha blog dia.. Cakap banyak-banyak pun tak guna.. Kalian mesti tak baca sampai hujung kalau dah entry panjang meleret macam ni.. Kan kan kan??? Haaa.. Kantoi.. Sedih aku.. Heehee..






Ok.. Till then.. Tata titi tutu semua.. Enjoy reading Cikgu Mahirah punya blog okey.. =)


Ulasan

huk huk huk...
terharu mokcik...
nie nk tanya...
barang nak anta dah..
tapi selumtue nk minta
izin nk check perpeum tue elok ker x..
boleh ker saya bukk kotak tu?
wah!
tahniah2 ats kmenangan kamu..
syokla tu dapat parfume mahal.
tak jeles pon..
:p
pal7 berkata…
hana..
tahniah2..
seonoknya dapat hadiah nant..
kita kongsi ek?..hehe
Joe.. Sukeeee sangattttt.. =p

Mahirah.. Blh jek bukak, tuan minyak wangi bg kbnaran.. Ahakz.. =p
Miss Gaza.. Time kaseh bebnyk.. Heehee.. Tak jeles? Anda yakin? Takmo guna talian hayat? Hahaha..

Pal.. Time kaceh tipah.. Hik hik hik.. Mst laa sronok kannn.. Nak kongsi? Nnt kita dua brbau minyak wangi yg sama cane??? Hahaha.. =p
dapat hadiah ek? aainaa bila nak dapat hadiah ek? erm.....=)
okeyyy...
akan ku checkkk...
ahaksss
Aainaa.. Tggu besday laa.. X pn tggu aainaa kawen, kita bg hadiah time tu erk.. Heehee.. =p

Mahirah.. Sila2.. Huhu.. =)
besday?????
lambat lagi tu...huhuu....
alamat umh kamooo betoii kn??
kang tersalah anta..
menangis x berlagu pulokkk..
huk huk huk
Aainaa.. S.A.B.A.R.. Hahaha.. =p

Mahirah.. Btoi2.. Mnangis xde lagu, nnt sy pasangkan lagunye.. Ahakz.. =p

Aiman.. Heppy2 slalu.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?