Ini Entry 1 Tahun 9 Bulan Yang Lalu

Assalamualaikum.. Selamat pagi Khamis semua.. Weeee.. Dah Khamis dah rupanya, esok balik Melaka.. Cuti seminggu.. Hoyeh!! Sambut hari bahagia bersama keluarga adalah terpaling heaven sekali.. Psssttt!! Kalau ada insan tersayang lagi heaven kot kan??? Ek??? Dush dush.. Ngada-ngadanya ayat kau Farhana.. =p

Esok kena masuk KL.. Aku sedang membayangkan hari Jumaat yang sudah tentu pasti sesak di Tol Duta dan Tol Sungai Besi.. Touch 'N' Go pula tertinggal di Melaka.. Haishoo.. Bersabar sajalah ya.. =)

Pagi ini aku nak share sebuah entry yang aku coret 1 tahun 9 bulan yang lalu.. 3 bulan selepas aku mula berblog.. Entry bertarikh 20 April 2009.. Zaman Tok Kadok mak aku kata.. Zaman aku tulis entry guna banyak warna.. Ekeke.. Jom usha jom kenapa aku share entry yang ini..

* * * * * * * * * *


Post kali ini, aku ingin share dengan kalian, 5 things that I wanted to achieve when I reach the age of 24..


Pertama sekali, apabila umur aku mencecah 24, aku berdoa agar aku dapat graduate dengan cemerlang dalam bidang yang aku ceburi ini.. Kalian semua, doakan aku ye.. Jadi Farhana, jangan malas-malas.. Baca buku cepat.. Heehee.. =p


Keduanya, aku sangat mengharapkan yang aku dapat merealisasikan impian aku untuk kurus.. Haha.. Dah lama dah hasrat ini, tetapi nafsu makan yang sentiasa naik turun menyukarkan misi aku ini.. (alasan aje tue) Siapa-siapa yang ada tips untuk aku, jom la share.. Aku terima dengan hati, tangan, pintu terbuka.. Heehee.. =p


Ketiganya pula, aku ingin di kala aku mencecah 24 tahun, aku sudah menemukan cinta sejati aku.. Teman lelaki yang sekaligus akan menjadi suamiku.. (cewah.. tinggi harapan aku..) Ciri-cirinya? Hmm.. Aku tidak mahu berkahwin dengan doktor.. Itu yang aku pasti.. Aku inginkan lelaki yang.. Hmm.. Entahlah.. Yang penting, yang sayangkan aku.. =)



Keempat ini lebih kepada keinginan jangka masa panjang.. Haha.. Aku inginkan sebuah famili bahagia.. Punya suami tercinta, anak-anak seramai mungkin.. Heehee.. Juga hidup gembira bersama abah dan emak yang aku sayang sangat-sangat.. =)



Last but not least, yang penting sekali, time umur aku 24, aku ingin sihat dan happy selalu.. Kalau tak happy, tak sihat, macam mana aku nak capai keinginan yang lain-lain itu.. Betul tidak kawan-kawanku? Hehe..

* * * * * * * * *

Okaylah.. Pendek cerita, cut short, 24 dah duduk mengintai-ngintai di luar pintu, tunggu masa saja nak masuk.. Frankly speaking, satu pun dalam list di atas masih tak aku capai lagi.. Haha.. Nampaknya 1 tahun 9 bulan itu memang belum cukup lagi agaknya.. Aku patut letak tajuk 5 PERKARA YANG AKU INGINKAN MENJELANG UMUR 30.. Ke 40??? Hoho.. =.=

Sedih adalah sikit.. Sebabnya itu semua matlamat yang aku set sejak zaman aku gadis hingusan belasan tahun.. Tapi belum ada rezeki lagi nak dicapai nampaknya.. Eh kejap.. Regarding perkara kedua.. Kuruskan badan!! Keh keh keh..

Ada seorang sahabat lelaki aku yang dulu-dulu satu kumpulan dengan aku, rajin sangat suruh aku diet, suruh aku exercise, suruh berhias sikit-sikit sebab muka aku yang nampak toya dan tak semenggah.. Sekarang dah setahun lebih kami dah tak sekumpulan, jumpa pun jarang-jarang.. Sahabat lelaki ini agak rapat dengan besties aku, Faizah Fuad.. Cuba teka dia kata apa dekat Faizah bila dia jumpa aku tempoh hari???

"Farhana dah nampak susut banyaklah.. Kalau dia maintain, dia mesti boleh jadi macam adik dia.."

Haha.. Aku gelak kejap.. Suka memanglah suka.. Siapa tak suka kena puji kan? Tapi untuk aku jadi macam adik aku? Hurrmmm.. Tak mustahil tapi susah sikit.. Aih.. Susah banyaklah senang cerita.. Sebab adik aku under the weight.. Sangatlah kurus.. Hoh!!

Apa pun, sekarang aku dah tak kisahlah bila masa dan ketikanya, yang penting aku yakin diri, satu hari nanti akan tiba juga, aku pasti boleh capai semua 5 perkara di atas.. InsyaAllah..

Dan untuk anda juga.. Moga tercapai segala apa yang anda hajati.. Inginkan sesuatu, kenalah usaha juga.. Iya dak? Selamat memulakan tugasan harian.. Assalamualaikum semua.. =)


FOOT NOTE: Hari ini rasa nak tersenyum dalam rahsialah kejap.. Sebab lama sungguh tak senyum begitu kan.. Haha.. Sebabnya.. Dalam semua pengomen entry di atas, ada seorang yang masih setia wujud sampai sekarang.. Malunya dengan dia.. Lepas 1 tahun 9 bulan, satu apa pun tak tercapai lagi.. Huuu.. =)

Ulasan

adrinaqamarina berkata…
it takes time akak. jangan risau! :)

err tapi rina rasa, kalau rina pon rina risau jugak. dush. by 20, still takde sesiapa. sobs
azuan berkata…
lg 4 hari kan...huhu
ch!natsu berkata…
he its ok.. all da best..!!
semoga trcapai semuanya.. insyaAllah.. =)
naulofah berkata…
hehe..penah gak buat entry camni 2tahun yang lepas..tapi blog tuh dah tutup..hihi..same as u..tak tercapai2 lagi segalanya..i think ur life will start at 24..huhu..believe me..haha..dah cam org psychic reader jer..dont wory all ur dreams will come true..it just a matter of time..hehe..kem salam pada makcik faizah fuad yer..=)
ieda berkata…
hermm slow2 dikk .. hehhehe
insyaallah ada lah yg akan tercapai tuu nanti :))
Boneka Tak Sakit berkata…
susah la nak kurus kan badan! kena betol2 displin
btw hana aku pown dlm misi kuruskan badan balik! hahah

aku takut la tgk abg aku mcm2 penyakit
aku nie bukan la boleh buat semua secara drastik
so aku amalkan benda2 yg kecik dulu xpe la biar kecik asal ada usaha

skrang aku xminum kaffien dgr kata kaffien mcm nescafe dan lain2 megurangkan proses pembakaran lemak! so tu je la aku buat

mybe nak tanmbah makan dgn galak tapi jumlah sikit!

aku igt aku nak cut nasi! tapi imposible sgt2 sebb apa? ibu aku masak sedap sgt2 T_T

apa2 pown ko ye hari jadi aku xleh nak wish kat fb sbb aku xnak ada fb lagi tu je la bye!
@adrinaqamarina Yeah.. Betul tu.. Semuanya menanti masa.. Right time tak sampai lagi.. Huhu..
@azuan Lagi 4 ari ko nak bagi aku hadiah kan??? Lalala.. :p
@naulofah Bila dah stat keje laa gitu kan? Ouh.. Tapi kita mula keje ade life mcm skarang tak agak2? Huhu.. InsyaAllah.. Mudah-mudahan..

Okay.. I will smpaikan salam itu pada Makcik Paodah kita.. :)
@iedaTu laa kak.. Ni pon dah slow n steady.. :)
@Boneka Tak Sakit Haha.. Memang susah pon bang.. Aku pon macam2 dh aku pakai, aku guna, aku minom, aku makan..

Last sekali aku rasa yang banyak bantu adalah proses aku jalan ke hospital.. Berdiri jam2 kat hospital.. Huhu..

Ko rajen2 laa jalan kat laluan puteri tu.. :)
mr.syazwan berkata…
tambah lg 1

semoga lebih

F
U
U
Y
O
O
O
O

heheheh

berdebar mcm nak kahwin x tunggu umo 24?? haha

kalau dulu mak wan umo 24 da kahwin

fahana bila lagi??

agagagag

=_=
@mr.syazwan Itu dah tentu pasti Fuuyoo.. Heehee.. :p

Gila berdebar ouhhhh.. Tu laa kan.. Bila entah.. Tunggu adik wan dulu laa kawen.. Haha.. :p
Boneka Tak Sakit berkata…
hahaha cilakak ko!
maybe aku akan lalui jalan tu lagi but reason yg berbeza la kut

;P
aku dah xangau dgn dia
bagi aku okay la camtu, 1st dia dgn aku jauh sgt beza dia.. ;)

aku masih boleh kwn dgn dia wat!
azuan berkata…
dah baca entri asal entri ni << nampak sangat takde kerja..hakhak
fara berkata…
heee.. fara pun pernah wat list cam ni... tapi now da bertahun2 still jugak tak capai apa yang dilistkan.. hahaha.. takper lah.. redha suda.. yang penting sentiasa mencuba.. XD
@Boneka Tak Sakit Aku tau laa bang.. Laa ni ko angau dengan dayangku natasha.. Ye ye.. Aku sedar hakikat tu.. Haha.. :p

Skarang pun korang kawan ape.. Lagipun skang dia macam aktif je dlam dunia blog ni aku nengok.. :)
Tanpa Nama berkata…
best ke ade bf? sakit kut..
yg part kurus tu kita same la,tp skg aku tgh on diet.harap2 bkn hangat taik ayam.hahaha
@azuan Giler lambat baru baca.. Tulis entry ni pagi tadi kot.. Isk3..

Memang takde keje pon.. Haha.. :p
@faraHeee.. Tu laa kan.. Tak penahnye nk tercapai.. Takpe.. Betul tu.. Ade usaha, kita cuba, satu ari tercapai jugak.. ;)
@Nem0 o0h Nem0 Hmmm.. Nak bf yg terus yakin leh jadi suami.. Jadinya, sakit tak? Huhu..

Ekeke.. Jom jom diet.. Mmg susah pon nk diet.. Sbb smangat tak kuat.. Haha..
Liza berkata…
yg no 2, samalah kita yer...selera tu yg susah nak dibendung....huhuhu...
Adziim berkata…
jadi sahabat tu sbenarnya minat kat adik farhana?
agak2nya la.
@Adziim Keh keh keh.. Takde laa adziim.. Sahabat tu dah ade wanita yang dia suka dalam batch kami ni.. Heehee.. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?