Persiapan Sebelum Mengambil Keputusan Ingin Berumahtangga
Assalamualaikum.. Dah tengah malam dah ya.. Mata tak berapa nak mengantuk sebab dah teguk secawan kopi tadi.. Tak tidur-tidur lagi buat persiapan untuk pembentangan case keesokan harinya.. Chill kejap, rehat-rehat update blog.. Heeee.. =)
Apa nak cakap malam ini.. Pendek saja.. Pasal kahwin.. Amboi suka ampa suma no bila dok sebut pasai kawen.. Gatai!! Ekeke.. Kerajaan Malaysia sekarang mewajibkan pada pasangan yang nak mendirikan rumahtangga untuk menjalani pemeriksaan HIV.. Anda tahu tentang Thalassemia? Banyak iklan dikeluarkan di televisyen mengenai penyakit ini, dimana pasangan yang ingin berkahwin dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan status Thalassemia, samada anda adalah normal, pembawa atau pesakit.. Tapi pemeriksaan ini bukan wajib macam pemeriksaan HIV..
Saja ingin berpesan, silalah ke klinik kesihatan berdekatan untuk mengetahui status Thalassemia anda ya.. Penting untuk masa depan.. Penting kerana ianya memepengaruhi baka-baka anda di masa hadapan.. Boleh rujuk pada gambar di bawah.. Menurut kajian, ianya antara penyakit keturunan yang agak kerap ditemui di negara kita.. Jadi, apa tunggu lagi.. Jom buat ujian saringan.. Prevention is better than cure..
Thalassemia adalah penyakit yang menganggu genetik darah dan menyebabkan gangguan dalam penghasilan sel darah merah yang normal.. Ciri utama pesakit, selalunya mereka akan kelihatan pucat kerana kurang hemoglobin dalam darah.. Punya karakteristik tertentu pada wajah dan tubuh badan, limpa yang agak besar dan ciri-ciri yang lain lagilah.. Ianya ada banyak jenis.. Daripada Thalassemia yang tahap kurang kronik sampai ke tahap yang sangat kronik yang mana kanak-kanak itu memerlukan transfusi darah yang kerap..
Boleh KE SINI untuk tahu serba sikit pasal penyakit ini.. Boleh juga KE SINI untuk tinjau situasi di Malaysia.. Okay.. Masa untuk sambung kerja.. Selamat malam semua.. Mimpi indah.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Case yang akan dibentangkan esok, kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dan berpenyakit Thalassemia.. Ibu dan ayahnya adalah pembawa gen Thalassemia..
Ulasan
akak..
sy imagine td persiapan betul2 la..
tetibe cakap pasal thalasemia plak..
memg dasar doktor!
hahaha
leklok bentang case!
thanks:)
better masa nak cople buat terus hee.. tapi cam over lakkan.. hahaha..
apa apa pun mintak jauhla...=p