How To Lose A Girl In One Second
Assalamualaikum.. Selamat malam semua.. Cuaca sejuk malam hari memang sangat sesuai untuk ketiduran dan berbungkus dalam selimut.. Sebelum tidur, hidup secawan kopi, teh atau susu lagilah masyuk dalam cuaca menyucuk tulang seperti tika ini..
Tak nak update panjang lebar leret cecah lantai sapu tanah.. Cuma nak kongsi satu pertanyaan dari seseorang.. Ditanyakan padaku, "How to dump a girlfriend, tanpa sakitkan hati dia?" Ouch ouch ouch.. Mendengarkan pertanyaan sahabat ini saja sudah bikin aku runsing dan pusing sebentar.. Aku sedikit pun tak menyalahkan dirinya sebab dek kerana perkara tertentu dan untuk kebaikan diri dia dan pasangannya, dia terpaksa memutuskan.. Tumpang simpati.. :(
Orang gelar aku Doktor Cinta Luar Biasa, walaupun tak ada yang luar biasa, biasa-biasa saja pun.. Heehee.. Tapi sejak kenal dunia, kenal orang, kenal cinta, aku tak pernah tahu wujudnya cara yang luar biasa untuk putuskan hubungan dengan kekasih tanpa menyakitkan hatinya.. Kerana apa yang aku tahu, yang nama putus, yang nama berkerat rotan berpatah arang itu dah sememangnya sakit.. Biarlah apa cara sekalipun, cara baik atau cara tak baik.. Tetap sakit, tak banyak pun pasti sikit.. Ye ke tak ye? Hehe..
Atau aku saja yang tak tahu dan memang benar wujud cara untuk dump a girlfriend tanpa sakitkan hati mereka??? Ceciter ceciter.. Meh nak dengar meh.. =p
Tajuk nak gempak kan.. Haha.. Teringat filem How To Lose A Guy In 10 Days.. Keh keh keh.. Buat apa nak bercinta berkahwin kalau untuk lose??? Hah!! Hakikatnya dunia ini tak semuanya ada kisah bahagia ke akhir hayat, kadang-kadang ada kisah dan cerita cinta yang mana melepaskan itu lebih bahagia dari memiliki.. Trust me.. Things do happen for reason.. Take care semua.. Till here.. Assalamualaikum.. =)
Ulasan
kalau dah lose, mesti la sakit hati kot.
=.=
Farhana, ish3x harap2 hubungan perpanjangan napa nk dump2 pulak ni, kalau padi katakan padi, tidak aku tertampi-tampi...
TOO MUCH TV IS HAZARDOUS
Itu pasti!
nice post...but no comment :)