Ananas Comosus Dan Cahaya Yang Riang Gembira

Assalamualaikum.. Salam 7 pagi di hari Isnin untuk anda-anda semua.. Bangun-bangun dan jangan kemalasan untuk pergi kerja.. Kepada adik-adik yang bakal memulakan darjah 1, jangan nangis-nangis tarik baju mak seluar abah dan merengek nak balik rumah bila dah sampai sekolah nanti ya.. Sekolah itu best.. Sebab bila dah tua bangka begini baru kita akan merasa, dunia persekolahan adalah dunia yang sangat indah sebenarnya tanpa sebarang kerunsingan.. Heee.. =)


Gambar ini diambil dari Pakcik Google melalui BLOG INI.. Gadis di atas mengenyit mata dekat anda sambil berkata "Selamat Pagi" dan bertanyakan "Anda apa khabar?".. Ekeke.. =p

Oh ya.. Berbalik kita kepada Ananas Comosus? Mendengarkan saja pada namanya pun dah boleh mengagak.. Yep yep.. Ananas Comosus adalah nama saintifik kepada buah yang bernama nanas atau dalam bahasa Englishnya pineapple.. Gadis epal merah ini selain menyukai epal merah dan buah kelapa, dia juga sangat taksub pada nanas.. Wah.. Sampai tahap taksub.. Mana tidaknya, dah nama hujungnya ada "apple".. Heehee..

Dulu di zaman kecil-kecil, mak rajin sangat membuat air nanas.. Dan aku merupakan hantu air nanas.. Bukan nanas yang telah diblend lalu dijadikan jus ya.. Tapi nanas itu dipotong menjadi kiub-kiub kecil, dimasak atas dapur bersama air, air gula dan beberapa helai daun pandan.. Nyum nyum.. Serious sedap gila.. Lagi-lagi kalau kamu biarkannya sejuk beku di dalam peti ais.. Minum air sambil makan buahnya.. Masyuk habis.. Tapi sekarang mak tak buat dah.. Sob sob.. ;(


Dek kerana itulah, aku sangat suka pada nanas walaupun ramai tak menyukainya sebab bila makan lidah rasa gatal.. Gatal itu disebabkan di dalam nanas mengandungi acid oxalic.. Jadinya jika anda tak nak rasa gatal lidah, sebelum makan, rendamkan nanas di dalam air garam.. Hehe.. Aku baca tipsnya di sini.. Aku tak pernah buat sebab aku tak berapa kisah sangat pasal gatal lidah.. Ekeke.. Yang penting, makan nanas, hati masyuk.. Lagi-lagi nanas itu anda makan bersama kicap.. Wah wah wah.. Heaven gila.. =)

Kadang waktu pula, bila makan di kedai, aku suka order jus nanas.. Mak memang sangat bising sebab katanya gegadis tak elok sangat makan nanas dalam kuantiti yang banyak.. Anda semua mesti tahu bukan, semasa mengandung, orang tua-tua kata jangan makan nanas sebab ianya berunsur tajam dan boleh menyebabkan keguguran.. Atas sebab itu juga, semasa menstruasi, makan nanas juga tidak digalakkan sebab boleh menyebabkan pendarahan berlebihan.. Macam minum Coke masa menstruasi jugalah konsepnya..

Selama aku di bidang yang aku belajar, tak pernah lagi aku dengar nanas punya keburukan, malah nanas adalah antara buah yang banyak khasiat sebab kaya dengan anti-oksidan.. Bagus untuk sistem pencernaan, senang nak buang ayaq besaq dan kulit pun cantik.. Jangan tanya aku ya, sebab kulit aku memang tak cantik.. =.=



Dan akhir gambar, aku letak gambar buah-buahan untuk tatapan anda semua.. Makanlah buah-buahan dan sayur-sayuran banyak-banyak ya.. Separuh pinggan seafdalnya, untuk kesihatan yang optimum.. Jaga tubuh, jaga jantung.. Heee.. =)

Sarapan pagi ini aku makan biskut nanas yang dibeli dengan harga RM4.40 untuk 400 gram.. Nun atas nun.. Biskut nanas kalau nak sedap, beli di kedai runcit yang dijual di dalam tin besar dan dibeli dengan sukatan gram dan kilo.. Itu lagi sedap sebenarnya.. Mak dan nenek yang ajar aku makan biskut nanas dalam tin.. Jemput makan semua.. Selamat memulakan tugas harian.. Assalamualaikum..

P/S: Dan aku adalah hantu tat nanas juga.. Tat nanas klasik dan bukan gulung.. =p


FOOT NOTE: Kelas pukul 8 pagi!! Tata.. Eh.. Chup!! Nak cakap sekarang tengah suka LAGU INI.. Comel bebudak kecil ni menari.. Ngee.. =p

Ulasan

Hizami Li berkata…
haha.
zami suka gile nenas.
suka jus nenas.
XD
Hanis Amanina berkata…
sy makan gula2 perisa nanas pun dah boleh darah2 lidah
mr.syazwan berkata…
F
U
U
U
Y
O
O
O
O

antu kepala nenas ye

tpi nnt pregnant xleh mamam nenas tau!

=_=
Cik Bee berkata…
nak try resepi mak dr farhana la. wat air nenas.. hihihi
ch!natsu berkata…
antu nanas neh.. =P huhu~
Faaein Himura berkata…
lama tak makan biskut nanas itu.. hehehe..

yerlah makan nanas cicah ayer kicap memang cedap.. hihihi..
Adinda Amy Sensei berkata…
SALAM...

SUKA MKN NANAS CICAH KICAP PEDAS....SANGAT SEDAP KAN...
kudakertas berkata…
pergghhh..sgguh taksub ngn nanas..
adrinaqamarina berkata…
mak nak balik, nak balik~

kata adik kecik itu.


er bukan rina eh~
Liza berkata…
bdk2 skrg masuk skolah tak nangis, mak bapak yg nangis anak masuk skolah...
Faaein Himura berkata…
p/s: kamu di tag.. ada masa meh lah layan.. hehehe.. =]
farhana berkata…
Alamak..tak berkenan sgt dgn nenas..
tapi suka biskut nenas =)
Nenas blh bagi kulit cantik? Kena suka dari skrg! =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T