Geng Lepak | Kontes Lepak | Hadiah Menarik Dari Langkawi
Assalamualaikum.. Salam malam Jumaat ehem ehem untuk semua.. Kikiki.. 2010 menyaksikan 4 kontes melibatkan penulisan telah berjaya aku join dan alhamdulillah, ada rezeki untuk kesemua kontes yang dijoin.. 2011 ini, buat kali pertama aku akan ambil bahagian dalam kontes yang sekali lagi melibatkan penulisan.. Nak tulis pasal apa eh? Tuan blog Geng Lepak kata "Kisah lepak korang yang paling best".. Well.. Dalam hidup ini terlalu banyak benda yang best.. Jom tengok apa yang best sangat.. =.=
Orang kata pelajar medik tak ada life.. Tak ada masa nak melepak.. Haip.. Rekaan semata saja.. Aku dari Tahun 1 sampailah sekarang tahun terakhir jurusan perubatan, berapa banyak masa dah aku buang untuk melepak.. Haish.. Memang tak patut, tapi apa nak buat.. Melepak menghilangkan stress belajar derr..
Jadi kepada Encik Jangan Bukak, bukak mata besar-besar dan baca ya.. Perempuan bukan takat melepak borak pasal Khairul Fahmi Che Mat atau layan drama Korea sampai lebam saja ya.. =p
* * * * * * * * * *
Port 1
Mamak.. Zaman dulu kala sejak tahun pertama sampai sekarang, mamak memang jadi tumpuan aku dan geng-geng untuk melepak.. Duduklah sampai 3, 4 jam.. Gelak ketawa terbarai, satu kedai mamak pandang, itu dah jadi satu kebiasaan.. Kami tetap seronok bercerita dan terus ketawa malah lebih kuat frekuensi dan desibelnya.. Kami okay!! Ekeke.. Ini kisah kedai mamak.. Kedai yang memang selalu jadi kunjungan.. Pelanggan tetap orang kata.. Bila dah kata tetap, style duduk melepak berjam-jam, agak-agak pekerja mamak nak kata apa? Terima kaseyyyy..
Macam biasa, usai melepak, beratur ke kaunter bayar.. Hubungan dengan pekerja kedai entah nak kata erat entah nak kata rapat, tiap kali ke kedai itu, bayar di kaunter, Ane dekat kaunter akan senyum sengih leret lebar-lebar macam Shah Rukh Khan nak ngorat Kajol.. Orang dah senyum, takkan kita tak nak senyum balik.. Iya dak? Bila dah senyum balik, ingatkan sampai situ saja.. Rupanya Ane tu nak menyanyi.. Malunya!! Sambil sengih-sengih sambil nyanyi.. Tiap kali, lagu dia mesti lagu sama.. Tujhe Dekha To Ye Jaana Sanam.. Ohh.. Tak tahu nak kata apa.. Cair? Seram? Atau ngeri? Inilah dia, bila dah kerap melepak sampai wujud "kemesraan" antara pelanggan dan tuan kedai.. =.=
Aku tak pernah pun makan kedai ni.. Saja lalu depan kedai, ambil gambar papan tanda sebab nama kedai dia.. Ekeke.. Nampak pakcik tu? Dia pandang pelik jer.. Malu I u olls.. =p
Port 2
Taman Polo.. Tempat ini nak kata selalu sangat jadi port lepak, tak adalah sangat.. Sekali dalam sekala saja.. Orang semua datang sini nak beriadhah di petang hari keluarkan peluh.. Aku dengan geng-geng sekelapa datang nak lepak!! Hoho.. Tersebutlah kisah satu hari melepak di Taman Polo.. Ekeke.. Entah apa gila hari itu, nak cuci mata lepak santai dekat Taman Polo.. Aku dan dua orang lagi housemate.. Tahu kami buat apa? Taman Polo ada laluan untuk jogging yang merupakan satu bulatan besar.. Kami bertiga berjalan cukup sekadar separuh bulatan.. Tapi 2 kali.. Kira macam satu bulatan jugalah.. Tapi kami tak lari, kami tak jogging, kami tak keluarkan peluh.. Kami okay!!
Apa yang kami buat? Aku pegang kamera, 2 orang housemate aku sakan berposing di sana dan di sini.. Jalan separuh bulatan, terserempak dengan seorang pakcik tua sedang joging.. Orang joging, kita bergambar, unik kan? Hoho.. Pakcik pandang satu macam dan terus jogging.. Kami jalan lagi separuh bulatan.. Terus dengan kesyokan tersendiri bergambar tak hengat dunia.. Tahu apa berlaku? Ya.. Di separuh bulatan kedua ini kami ketemu pakcik itu lagi yang dah giat merembes peluh di seluruh tubuh.. Manakala kami tetap maintain posing kemain.. Penat posing, kami duduk di kerusi.. Apa.. Ingat sampai situ saja.. Bergambar lagi dan lagilah derr.. Kali ini, pakcik itu lagi.. Pusingan ketiga.. Dia berpeluh makin rancak.. 3 kali dia pusing padang, 3 kali itu juga dia nampak kami bertiga bergaya dengan pose yang entah apa-apa.. Muahaha.. Hai pakcik!!
Port 3
Fast food outlet.. Okay.. Gambar 3 di bawah, hanya dua saja gambar di Fast Food.. Satu lagi di Cameron Highland.. Kalau nak tahu, dalam koleksi aku memang banyak gambar makan, makan dan makan bersama sahabat terchenta.. Manalah badan tak membesar dengan melintangnya.. Muahaha.. Port ini memang sangat selalu jadi kunjungan untuk kami lepak tak tentu hala.. Kadang tak makan apa pun, cukup sekadar aiskrim dan duduk berjam-jam.. Kadang layan internet, kadang gosip-gosip liar.. Haish.. Harus diubah tabiat bergosip ni.. =.=
Banyak sangat pengalaman dan kisah di Fast Food.. Satu yang paling memorable, sebab aku telah "berbuat jahat" pada sahabat sendiri.. Jahat budak jahat betul.. Heee.. Tersebut kisah satu tengahari, makan di McDonald, lepak dan borak dekat 2 jam.. Ada seorang mamat pekerja McD aku perhatikan suka usha-usha orang.. Aku tak tahu dia berkenan pada kawan aku yang mana satu, jadi untuk tidak menghampakan mamat tersebut, aku pun tolong dia.. Aku keluarkan pen.. Aku ambil resit atas meja, senyap-senyap aku berbuat onar.. Muahaha.. Aku tulis number telefon kawan aku atas resit tersebut.. Sebelum angkat kaki, aku tinggalkan kertas tersebut diam-diam tanpa diketahui orang.. Jahatnya aku.. Aiyoo.. Balik-balik rumah, malam itu juga, handphone kawan aku berbunyi..
"Hai awak.. Boleh kenal? Saya yang kerja kat McD.. Awak ada tinggalkan number phone awak tadi.."
Aku pun apa lagi, kena balun sehabisan dengan rakan aku itu.. Nasib dia tak marah sangat.. Ekeke.. Jadi tiap kali ada hajat nak pergi ke McD itu, kawan aku akan SAY NO sebab dia segan.. Ish.. Nakalnya saya ni.. =p
Port 4
Room sweet room.. Hoh!! Siapa kata duduk dalam bilik tak dikira melepak.. Melepak juga namanya.. Asalkan ianya duduk goyang kaki tak buat apa, itu dah dikira melepak.. Eh.. Betul ke definisi aku? Apa sangatlah boleh dibuat dalam bilik.. Mesti itu korang nak kata.. Kan kan? Tapi bagi aku, bilik aku adalah tempat melepak terutama yang menjadi raja dihatiku.. Ekeke.. Sebab saat dan tika berada dalam bilik sajalah, saat kita bersendirian tanpa gangguan dan perlakuan kita adalah bebas.. =p
Apa aku buat melepak dalam bilik? Rutin aku, layan drama Korea, sambil sebelah ada kotak tisu, just in case.. Selesai satu episod, aku akan pasang soundtrack drama tersebut yang style mendayu-dayu leleh-leleh punya, dan aku akan duduk goyang kaki dan berangan sambil peluk bantal busuk.. Mulalah dalam otak berangan bila nak kahwin, kahwin dengan siapa, honeymoon di mana, anak berapa.. Hoh!!! Gatalnya kau Farhana oh Farhana!!! Well.. Kata doktor jiwang, mestilah suka berangan benda-benda yang jiwang, sampailah aku akan tertidur.. Haha..
Anda semua ingat lagi entry aku hujung bulan lalu? Selesai melepak dan menonton melayan jiwang, berangan entah ke mana, lalu tertidur.. Aku bermimpi satu kisah yang sangat-sangat buruk dan teramat sedih.. Hoh!! Ingat lagi kan mimpi yang mana aku menangis dengan amat teruk sampaikan aku bangun dan air mata aku masih meleleh tak henti-henti? Huuuu.. Aku ingat lagi korang kata, dalam mimpi pun boleh menangis real punya ke.. Haha..
Untuk aku, itulah kisah lepak aku yang paling best.. Sebabnya? Semenjak dari hari itu, aku dah tak berani tidur petang lagi tapi kadang-kadang "ter" juga.. Cukuplah sekadar melepak layan drama, layan lagu, layan berangan, layan jiwang.. Layan tidur petang? No no no!! Menangis dalam mimpi itu sangat penat dan tidur petang itu tak elok ya kawan-kawan.. Heee..
Sekian kisah lepak dari aku yang suka melepak.. Haha.. Semoga enjoy semuanya.. Kontes ini tarikh tutupnya adalah 7 Januari.. Jam berapa aku tak pasti.. Jadinya tuan blog, Mohamadfbi, sudilah kiranya terima penyertaan saya ya.. Ngee.. =)
Oh.. Lupa.. Kena tag orang.. Haha.. Aku lemah bab tag orang.. Tapi aku nak tag Nyah Sepi Sendirian sebab dia pun kaki lepak layan drama Korea macam aku.. Wakaka.. Boleh klik link di bawah untuk landing ke Geng Lepak.. *Masalah pula untuk letak link pada gambar.. Aigoo..*
Sampai sini saja.. Assalamualaikum semua.. Selamat malam.. Sweet dream Malaysians.. =)
FOOT NOTE: Cuba tahan jari untuk tak taip banyak-banyak, tapi apakan daya, JARI GATAL!!! =.=
Ulasan
hehehe.... sila elakkn yer risau isteri saye bersalin anda tiada di wad kecemasan pesal melepak di mapley nasik kandaq AD..
hahaha...
best..best..best... gambar kita melepak ade ker? huhu rugi tak amik gambar...huhu
kot2 la ko lupa nak tinggalkan link entry ni kat dia... hik3
we are from the 7th,would like to invite you to check out our opening big deals.
andd,
we're still looking for one lucky person to have a box of free muffins.
will you?do check us, and this offer valid till the end January only! :)
with love,
www.t7th.blogspot.com
-The 7th-
i segan u.mana ada i kaki lepak..
hidup i di besut tu hanyalah kelas.bilik dan kantin tu pun bungkus naik atas mkn dgn kawan2..
nanti nyah cuba cari idea ae
=)
thyyunxthiya.blogspot.com
niway Dr., thanks join my contest. u ll get the present for sure.
psssss
pernah tackle awek Dr dolu2 tapi kena reject...haha
Sama-sama juger.. :)
Pssss.. Silap cara tu.. Haha..
wah.. ajin sungguh dokter kita melepak yer.. hehehe.. =]
sempat doktor lepak lama2.
XD
terbaik kaut dia punya harta bagai sama bapak ye...
hahaha
btw: datang ambil hadiah untuk kontes geng lepak:)))))))))))))))))