Adik-Adikku Berubah Kerana K-Pop
Assalamualaikum.. Salam malam Khamis.. Hoyeh.. Cuti.. Esok cuti.. Lusa dan tulat pula dah memang cuti hujung minggu.. Makanya jadual dalam cuti-cuti ini akan dipenuhi dengan aktiviti berdating.. Ekeke.. =p
Okay okay.. Balik kita pada tujuan asal.. Entry ini terhasil dek kerana homesick yang melampau setelah hampir sebulan lebih rasanya tak balik.. Sabar menanti Jumaat hadapan.. Rindu banget sama adik-adik semua.. Tunggu Along balik ya!! =)
Ambil mood homesick, aku nak cerita pasal adik-adik lelaki aku yang kacak-kacak belaka.. Kikiki.. Tersebutlah kisah anak-anak lelaki Cikgu Abdullah dan Puan Hayati, abangnya 14 tahun Firdaus namanya.. Adiknya 12 tahun, Faiz nama dia.. Mereka adalah kipas susah mati artis K-Pop.. Kalau biasa dengar Super Junior, Beast, 2AM, 2PM, CN Blue, Trax dan lain-lain lagi.. Adik-adik aku berdua ditambah dengan kakak mereka yang baru lepasan SPM, tahu lagi banyak artis K-Pop yang aku sendiri tak pernah dengar.. Pelik-pelik punya nama pun ada.. Aku pun naik pening..
Okay.. Ini abang Firdaus.. Cuba tengok rambutnya.. Itu evolusi terbaru dia.. Style campak rambut semua ke tepi.. Sisir baik punya.. Aku kalau balik rumah, pasti aku akan kacau rambut dia.. Sebab itulah benda yang cukup dia tak suka.. Aku suka sikat rambut adik-adik aku.. Especially rambut abang.. Dah kalau aku yang sikat, haruslah ikut style aku.. Rambut belah tengah, M style, barulah hemcem.. Tapi dia cukup tak suka, katanya macam SKEMA!! Apakah kamu abang.. Tak tahu ke jejaka idaman Along kamu ini perlu berambut M style.. Ekeke.. =p
Sebelum berevolusi jadi style campak ke tepi, dulu rambut dia pacak tinggi, tajam sampai boleh luka jari okay.. Gel rambut kalau tak tenyeh sampai rambut jadi keras memang tak sah.. Akibatnya rambut dia sekarang jadi sangat kering dan tak best untuk dibelai.. Ouh.. Aku tak gemar lelaki pakai gel rambut.. Sikit-sikit cukuplah okay.. Tapi kalau boleh tak payah pakai langsung pun tak apa.. Heee.. =)
Abang beli gitar kapok sudah agak lama juga.. Sebab dia ingin belajar petik gitar.. Aku kagum dengan dia.. Belajar petik sendiri melalui You Tube, dalam tak berapa bulan dia dah pandai petik.. Abah pun ada ajar sikit-sikit.. Sekarang, kalau aku balik, aku suruh dia cari kod gitar lagu yang aku minat, aku suruh petik depan aku, dan aku akan videokan.. Sekarang dah ada dalam 4 video yang aku record.. Lagu terbaik yang abang boleh petik buat masa ini adalah More Than Words..
Eh.. Jauh menyimpang dari K-Pop.. Wakaka.. Apa yang K-Pop dah buat sampai abang berubah? Dari tadi aku bebel, korang semua pun dah boleh agak.. Pastilah rambut.. Artis-arti K-Pop sekarang kan macam-macam pesen rambut.. Haish.. Pengaruh-pengaruh..
Ouh.. Ini adik bongsuku.. Faiz.. Inilah yang terpaling dahsyat punya pengaruh.. Tiap kali aku balik, dia akan bagi aku tengok semua video-video lagu K-Pop yang dia download dekat You Tube.. Dan dia akan tanya aku sedap tak.. Lagi satu kesukaan dia, dia suka tanya aku, artis yang ini dengan artis yang itu, mana lagi hemcem.. Wakaka.. Dulu masa zaman gila Anime, dia akan tanya kartun ini dengan kartun itu mana lagi kacak.. Kih kih kih..
Memang aku agak hairan macam mana gambar seperti ini boleh terhasil, sebab adik bongsuku memang terkenal dengan pemalunya.. Susah sangat nak buka mulut.. Hoho.. Rambut dia pun style suka campak tepi.. Kalau abangnya campak ke kanan, adiknya suka campak rambut ke kiri.. Haha..
Tak lupa, dia adalah pengumpul topi yang setia.. Dia ada banyak gila topi.. Aku ingat lagi masa zaman High School Musical, dia ligat kumpul duit sebab nak beli topi macam si Ryan adik Sharpay pakai tu.. Gila ah!!
Hah.. Tak boleh pergi derr!! Siap dengan topi style benget.. Tapi muka tetap maintain malu-malu meow.. Ekeke.. Aku dapat jangkakan, adik-adik lelaki aku dua orang ini akan membesar dan menjadi lelaki kacak.. Genetik yang sepatutnya turun pada aku, sebab aku perempuan, tapi banyak pergi pada mereka.. Kakak-kakak gelap.. Adik-adik lelaki putih cerah berseri.. Aigoo~~~
Tak sabar nak balik dah!! Perkara pertama aku suka buat pada adik lelaki berdua ini, adalah sesi check kuku.. Kalau panjang, memang kene ketuk dengan aku satu-satu jari.. Sebab mereka berdua malas gila nak potong kuku.. Haish!! Aku cukup tak suka tengok lelaki berkuku panjang..
Okay.. Masa dah time.. Bebel cecah lantai lagi ya malam Khamis ini.. Kikiki.. Tata semua.. Selamat bercuti.. Esok ada program besar!! Tak sabar rasanya.. Okay.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. =)
Ulasan
semua k0rea kan skng :K
wahahahahhahaha
=)
Adik besar2 sumenye perempuan.. Lelaki-lelaki jek kekecik lagi.. ;)
dasat2.
zami pon minat kpop!!!
tp x hardcore mcm adik2 doktor ni.
Xd
Nak pulak tang cerita Faiz....
Bakal model topi tu =P