Nasib Baik Resepi Nenek Tak Lingkup..
Assalamualaikum.. Salam cuti Thaipusam semua.. Bagi yang bekerja hari ini, eh eh, dah balik kerja dah ke? Kikiki.. Hari ini adalah hari terpaling penat dek kerana ada program besar dalam hidup.. Program untuk masa hadapan yang cemerlang.. Ekeke.. =p
Sebelum nak membebel pasal program terbesar itu, jom Doktor Cinta Luar Biasa nak kongsi satu madah-madah cinta..
Indeed.. Dalam hari yang penat, tak bersemangat, bila bicara pasal "CINTA", seolah rasa macam sebuah fairy tale.. Buat kita lupa penat, buat kita kembali bersemangat, buat kita seronok, tak lupa, buat kita tersenyum.. Heee.. Haaaa.. Hari ini rasa nak senyum lebar-lebar boleh.. Heeeeeeeeeeeeeeeeeeee.. =))
"You came along just like a song..
And brightened my day..You know I can't smile without you..
I can't smile without you.."
Okay dah.. Cukup senyum lebar.. Sambung projek besar kita pagi tadi.. Tahun lepas bulan 5, aku bawa 2 orang rakan baikku pulang ke kampung.. Kebetulan pulangnya kami hari itu, nenek aku masak makanan kegemaran aku iaitu Mee Rebus.. Tak sangka, 2 orang kawan aku makan, terus terjatuh cinta.. Sejak dari hari itu, memang hari-hari depa pujuk aku suruh masakkan Mee Rebus Johor.. Kah kah kah.. Aku minta maaf awal-awal, tak pernah masak Mee Rebus, jadi memang aku tak berani nak buat, takut tak sedap, takut lingkup resepi nenek aku..
Semalam, tahap mengidam si Faizah Fuad ini dah tahap tertinggi, tiba-tiba dia suruh masak Mee Rebus.. Berat hati nak masak sebenarnya sebab tak yakin.. Haha.. Tapi atas sebab dah lama dia teringin sangat nak makan, jadi aku pun cubalah.. Pagi pergi Tesco, balik rumah terus mula projek.. Yup.. Projek memperkasakan skill surirumahtangga.. Syabas!! Ekeke.. =p
Pertama kali cuba masak resepi turun temurun.. Ketaq ketaq lutut.. Turun dapur berbaju kurung lagi.. Haha.. Stylo gila derr!! Ambil mood Perempuan Melayu Terakhir, mana tahu masakan jadi sedap ke apa ke kan.. Wakaka.. Apa lagi, gunakan kepakaran memasak yang tak berapa nak hebat, campak itu campak ini masuk dalam periuk, tak letak harapan tinggi sangat ianya menjadi, kacau punya kacau, masuk air, masuk keledek, kacau dan kacau lagi.. Eh!! Jap jap!! Rehat kejap okay.. Kita berSMS dulu.. Wakaka.. Bolehlah pulek.. =p *kena sound derr dengan Faizah Fuad sebab sibuk berSMS*
Senang cerita, kita terus tunjuk gambar sajalah ya.. Penat bebel.. Haha.. Yang atas, adalah bahan-bahan untuk makan Mee Rebus.. Kuah dia cantik tak? Sila percaya sebab aku pun tak percaya, kuahnya menjadi!! Hakhak.. =p
Dan ini pula adalah Mee Rebus yang telah siap dicampur semua bahan-bahannya.. Jadi kan? Kan kan kan??? Sila tepuk sikit.. Haha.. Baru rupa.. Jom jom kita rasa pula.. Apalah agaknya rasa dia.. Haish.. Risau juga!! Berpeluh-peluh nak buat suapan pertama.. Haha.. =p
Makan.. Suap lagi.. Kunyah.. Telan.. Suap lagi dan lagi.. Sampailah suapan terakhir.. Mangkuk licin.. Aku baru makan satu mangkuk.. Faizah makan 3 mangkuk.. Wakaka.. Sedap ke tak sedap Faizah? Ke nak jaga hati ni? Haha.. Personally said, rasa memang bukan 100% macam nenek dan mak aku masak, tapi still boleh tahan.. *puji diri sendiri* 70% rasa itu ada.. Next time boleh cuba lagi untuk jadikan rasanya sama 100%.. Belajar untuk dapatkan pengalaman.. Kalau tak ada kali pertama, macam mana nak ada kali kedua dan ketiga dan seterusnya.. Ya tak? Heehee.. =)
Kesimpulan yang nak disimpulkan hari ini, selain dari tersenyum simpul, rasa gembira dan seronok sebab dapat tunaikan permintaan orang, sebab dapat belajar masak resepi turun temurun untuk kali pertama, dan terpaling penting, dapat memperkasakan skill nak menjadi surirumah.. Muahaha.. =p
Okay.. Tata semua.. Selamat menjamu mata.. Jaga diri.. Assalamualaikum.. =)
FOOT NOTE: Heeeeeeeeeeeeeee.. I L.I.K.E YOU.. =))
Wink.. ^_-
Ulasan
baru pasan dah lama xmasak!
~itu mee sgt mengiurkan
menggiurkan.
nak nak nak!!!
dah lulus kalau nak kawen tu.
XD
Tersenyum bakal suami tengok skill bakal isteri memasak =D
Alaa zami.. Kita senegeri jek.. Boleh bertukar juadah nnt.. Nak spageti.. :)
haha!
Okay okay.. Jom dtang kampung kita kat kota tinggi.. :)
maw satuuu....
cik hana ni klu pic makanan n chenta memang terbaek...
buat org di sini ngidam melayang dgn imaginasi tahap gaban..
hahaa
mau cirit birit ni
haha
seiyes mmg cantik dan stim kalau perempuan masak pakai baju kurung tmbh lg kain batik.. arhhh!
hehe
*seiyes wan suka mee rebus!
=_=