Perkahwinan : Menjadi Dan Bukan Mencari

Assalamualaikum.. Selamat petang Sabtu semua.. Petang yang sejuk sangat-sangat sebab Melaka hujan sedari pagi.. Tidur pun sedap.. Rehat-rehat kejap 2, 3 hari sebelum mula belek buku.. Haip!! Cuti-cuti pun kena telaah okay.. Nama pun budak final year kan.. Ngee.. =)

Tadi dengar adik aku nyanyi lagu Doa Seorang Kekasih.. Alah.. Lagu popular nyanyian kumpulan In-Team tu.. Tiba-tiba, terasa nak dengar pula, menyelami lirik dia.. Weeeee.. =)

Masa layan video klip Doa Seorang Kekasih, browse through kejap komen-komen viewers.. Tertarik sangat-sangat aku dengan komen dari seseorang ini.. Meh sharing is caring meh..


"Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah.. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh..

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal.. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah.. Kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa.. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.."

Heeeeeee.. Betul.. =)

Okay semua.. Cukup pendek entry kali ini.. Hari ini separa sihat, tak boleh taip panjang lebar.. Hihi.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)



FOOT NOTE: Selamat menJADI semua.. Dah menJADI mungkin baru boleh menCARI.. =)

Ulasan

Amieynna Amin berkata…
ouh touching dengan komen itu..
setuju sangat!
kdg kite terlalu mencari yang sempurna tapi sebenarnya kite terlupa yg kite belum sempurna..
farhana berkata…
Betul sangat komen insan tu.
Kadang-kadang kita terlalu mencari kesempurnaan hinga tak sedar ketidaksempurnaan diri sendiri.
Boneka Tak Sakit berkata…
aku xsuka bila ko tulis entry panjang ko tulis pendek2 dan serdang2 je laa
:))

oh aku suka juga komen atas tu betol2 sokong sgt2 lak
kita semua kena berubah tuk kebaikan. selagi ada niat kira okay la tew~
ieda berkata…
insyaallahh .. semua yg baik dtg dari yg baik2 :)
Tanpa Nama berkata…
bila dah menjadi, tak akan sibuk2 mencari dah...tak perlu pun mencari..dia akan redha dan rileks je. padanya kalau takdpt di dunia pun, Allah pasti akan bg di akhirat kelak.
@farhana Tu laa kan.. Kita tend to tengok orang lebih dari kita tengok diri sendiri..
@Boneka Tak Sakit Hahahahaha.. Masalahnya aku suke giler tulis pepanjang.. Ko pon same je bang.. Panjang gak kadang2.. :p

Jom bang.. Berubah!!
@Anonymous Hmmmm.. Thanx anon untuk komen tu.. :)
mr.syazwan berkata…
sungguh sedap madah cik fahana itu

eh lama gile x dgr lagu ni lorh

thanks ye mengembalikan kisah2 silam

ceewah

=_=
Tanpa Nama berkata…
ramai yg cuba kejar kesempurnaan..tanpa mereka sedar bhw diri mereka sndr belum cukup sempurna..kerana..kesempurnaan itu..hanya milik allah..
Hizami Li berkata…
betol2.
takyah cari ciri2 tu.
tapi kita yg jadi ciri2 tu.
hehe.
apa2 pon, jgn cari mat saleh sudah la.
XP
Liza berkata…
takde sesiapa yg sempurna, bagi liza, asalkan husband sempurna di mata liza, sudah cukup alhamdulilah
Miss Pija berkata…
Pernah baca kata-kata tu sebelum ni...dan memang betul pun...


ps:suka baca entry blog awk..keep up good work...Salam kenal =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T