Sudahlah.. Jangan Ingatkan Aku!!!

Assalamualaikum.. Selamat pagi Malaysia.. Pagi Isnin datang lagi, rutin harian bermula untuk kesekian kalinya.. Dari 8 bawa ke 5.. Penat tubuh jerih jiwa.. Huhu.. Bukan nak soseh pasal Faizal Tahir, apa lagi Black, dah rezekinya si Ana Raffali, buka hati terima saja.. Heee.. =)


Malam tadi Anugerah Juara Lagu begitu banyak drama swasta.. Suka melihat gelagatnya Faizal Is Mail dan Ally Is Kandar.. Bukan saja dalam televisyen berdrama, aku di rumah pun bikin drama lakonan sendiri.. Aku capai telefon burukku.. Telefon yang dedikasikan hidupnya untuk Maxisku.. Check dulu kredit.. Lega sebab ada RM 0.75.. 75 SMS lagi boleh dihantar.. Mulalah katuk-katuk kekunci telefon..

"Nenek!! Saya merajuk!!"

Sahabat yang disana sedang menonton juga.. Laju dibalasnya..

"Merajuk? Kenapa?"

Maka berlakulah sesi cerita, cerita dan cerita.. Haha!! Seronok sangat dapat bercerita dengan nenek ini..


Kesimpulan akhir dari SMS sahabat yang digelar nenek itu.. Aku juga yang akhirnya terkena balik.. Aigoo~~~

"Awak ni ayat nak sentap je!! Kadang tu garang sangat.. Hati-hati merajuk.. Nanti ters*****t payah wo!!"

Hoh!! Aku mengadu, begitulah balasannya si dia di sebelah sana.. Sikit pun tak signifikan ke perkataan merajuk yang aku taip.. Aku merajuk okay!! Please note that.. Merajuk derr!! ;(

Aku yang ego nak atas kepala saja pun balas.. "Ahh!! Tak ada.. Merajuk tetap merajuk.."

Balasnya si sahabat.. "Penatlah suami hang nak pujuk nanti.. Sampai habis modal pun tak tahu nak pujuk macam mana.. Tak penat ke merajuk neng???"

DANG!!!

Perempuan oh perempuan.. Kenapa suka merajuk haa??? Haish.. Susah hati betul.. Dari malam tadi bawa sampai pagi.. Rawan rawan.. Betul ke penat nanti suami aku nak pujuk? Haish..



Sudahlah.. Tolong.. Jangan ingatkan aku.. Buruk betul aku merajuk malam tadi.. Tarik nafas panjang-panjang.. Huh!! Masih meneruskan mood Noktah Cinta sedari malam tadi.. Koma, noktah, tanda seru.. Yang pasti, aku tengah sibuk mencari tanda yang pasti kenapa perempuan suka merajuk.. Hahaha.. Selamat memulakan hari anda semua.. Assalamualaikum.. =)


FOOT NOTE: Eh.. Kejap!! Kejap!! Apa pasal aku merajuk ya? Shhhh.. Tolong.. Jangan ingatkan aku.. =p



Tuhan tunjukkan padanya.. Tentang apa yang ku fikirkan..

* * * * *

Ulasan

pak we berkata…
woo merajuk erk. patutlah punnnn ... he33
Unknown berkata…
hahaha majok ka...
Shahada Fauzi berkata…
nape perempuan merajuk??errr...perempuan memang suka merajuk kot..tanpa sebab pun boleh merajuk..hehe..
penaberkala berkata…
baru nk tnya kenapa perempuan suka merajuk

merajuk ke ni? alolo
mai nk pujuk,kah3
Blog Eazy Izzuddin berkata…
hehe
congratz Ana
x pa
next year ada lagi..
xD
mr.syazwan berkata…
selamat malam terus hanyut dengan mimpi indah

*tibebe

hehe
Hanim Mahali berkata…
merajuk sampai ke pagi dia... susah tu...
Faaein Himura berkata…
hahahaha.. jgnlah majuk2 agi yer.. dah tersurat.. apa boleh buat.. =]
Dinaz berkata…
anak sulung, memang terasa tua..haha semacam aku jgk tu...
Dinaz berkata…
anak sulung, memang terasa tua..haha semacam aku jgk tu...

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T