Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Hati Hati Sayang..

Imej
Bangun pagi-pagi.. Terpisat-pisat lagi, kemengantukan berbaki lagi sikit.. Menyiapkan apa yang perlu.. Isi air dalam botol.. ActiFast sumbat dalam beg.. Bersiap dan dah bersedia untuk bertolak.. Bismillahhirrahmanirrahim.. =) Malam semalam lebih kurang jam 9 malam, mendapat perkhabaran dari sahabat baik, Faizah Fuad, tentang kemalangan bas pelancongan di Lebuhraya Karak, bas yang turun dari Genting lalu terbabas dan meragut nyawa 6 orang anak muda dari Baling, Kedah.. Fobia dah mula menyelinap tapi masih lagi dalam kawalan.. Doakan aku selamat pergi dan selamat pulang ya.. Mak abah dah pesan, hati-hati memandu.. Faizah Fuad pun pesan, drive elok-elok.. Lagi dan lagi pesanan.. Hati-hati.. Terima kasih semua.. I will.. Tiba-tiba time tengah tulis entry ini, terberangan sekejap, alangkah bestnya kan kalau ada Encik Bakal Suami dan pesan benda yang sama.. Hati-hati sayang.. Ingat orang tersayang.. Ingat abang.. =p Ekeke.. Terberangan kejap.. Banyaklah jerawat tumbuh lepas ni.. Heee.. Terin...

Iklan Radio: Perbezaan Menjauhkan Kita, Kasih Sayang Mendekatkan Kita

Imej
Buah epal.. Buah lai.. Beza ke tak beza? = ) Senja-senja begini.. Hujan baru sudah membasahi bumi.. Sejuknya mencucuk-cucuk.. Sambil makan epal.. Sambil memikirkan buah strawberry bercampur krim, jagung manis dan kepul-kepul asap di tanah tinggi sana.. Tiba-tiba, mulut ini tak sengaja barangkali.. Terkata sesuatu.. "Kawe ni rindu doh.. Rindu telajok ko dio.." Ahh.. Orang Johor ini tak pandai kiranya berbahasa.. Ampun dan maaflah dipinta.. Teringat kata iklan dalam radio, perbezaan menjauhkan kita, tapi kasih sayang mendekatkan kita .. Walau beza macam mana pun kita, selagi kasih sayang itu ada, kita takkan pernah jauh .. =) Assalamualaikum.. FOOT NOTE: Teringat pada sahabat baik yang seorang.. Shah Reza, orangnya Kelantan, Habibah, kekasihnya Kedah.. Biar beza tuturan kata, hati tetap sama dan setia.. :)

Mari Kita Buka Klinik: Kes Pertama

Imej
Assalamualaikum semua.. Semoga semuanya baik-baik saja.. Eh.. Kalau dikira dicongak guna jari, lama lagi rasanya baru termampu nak buka klinik.. Klinik ubat-ubatan.. Tapi dek kerana tuntutan, klinik dibuka awal pula.. Tapi bukan ubat-ubatan, dah nama lovey-doveyland, apa lagi kalau bukan Klinik Cinta namanya.. Banyak kes-kes baru masuk dan kadang tak terhandle rasanya oleh Cik Doktor.. Haha.. Jadi sekali dalam sekala, minta tolong pembaca apalah salahnya.. Ya tak? =p Kes pertama ini adalah tentang seorang adik angkat perempuan aku yang sangat sweet dan rapat dengan aku.. Persahabatannya dengan seorang lelaki yang belajar di luar negara.. Walau jauh tapi mereka sangat rapat.. Hampir setiap hari bermesej tanya khabar dan itu ini, YM, Skype dan sebagainyalah.. Kiranya sahabat yang sangat rapat.. Permasalahan dan keraguan mula timbul, tambah lagi dah berkawan rapat untuk satu jangka masa, mahu tak mahu, pasti ada rasa suka disemai, dan aku yakin di sudut hati pasti ada tertanam harapan unt...

Bila Sahabat Baik Dan Kita Jadi Satu, Beginilah Jadinya..

Imej
Assalamualaikum.. Tengahari semua.. Balik-balik dari test, mengantuk yang amat.. Sebelum menumbangkan diri, belek kejap Facebook, belek kejap blog.. Ada wall post yang ditagged untuk aku.. Khas dari seorang sahabat baik.. Tergelak aku membacanya.. Bukan gelak kecil sikit-sikit, tapi gelak besar pecah sunyi kejiranan ini.. Dahsyat!! =p Orang kata sahabat itu mirror image diri kita.. Ya ke? Mungkin ya.. Mungkin juga tidak.. Yang pasti, aku dan sahabat baik, kami dua banyak beda.. Dia putih aku gelap.. Dia kurus keding aku comel montel.. Ekeke.. 4 tahun lebih, macam-macam dah lalui bersama.. Pahit, masam, manis, kelat dan payau semuanya ada.. Bercampur jadi satu rasa yang kuat yang namanya ikatan persahabatan.. Kadang kita jatuh, dia angkat kita bangun.. Kadang kita bangkit, kita bawa dia sekali terbang sama.. Begitulah manisnya yang nama persahabatan.. Cerita kita, cerita dia, jadi satu.. Sahabat yang ini tahu segalanya tentang aku.. Tentang rasa aku.. Tentang sisi aku yang kadang aku si...

Cemburu Semut Api

Imej
Assalamualaikum.. Morning.. Pagi.. Zhao An.. Jam pukul 6.. Lagi 4 jam nak test.. Waktu Subuh, pagi-pagi hening, memang waktu terbaik nak telaah.. Baiklah, boleh pulun lagi sikit ya.. Sikit lagi.. Ekeke.. =p Sebelum memulun.. Aku nak komplen, nak buat aduan rakyat.. Aku nak mengadu tentang diri aku.. Aku tak tahulah apa nak jadi dengan aku.. Macam mana boleh jadi macam ini pun aku tak tahu.. Apa nak jadi nanti, lagilah aku tak tahu.. Kalau tengok sinetron seberang, dialog mereka, gwe sebel ni.. Hoho.. Aku sebel? Ke sebal? Ahh.. Tak kisahlah.. Yang pasti aku dah tak tahu apa dah jadi dalam sistem.. Macam dah tunggang langgang.. Kalau aku robot, rasanya mesti aku dah meletup lama dah kot.. (_ _!) Masalah aku? Aku cemburu semut api!! Sigh.. Nasib baik tak masuk tahap cemburu gajah lagi.. Tapi semut api pun, gigit pedih okey.. Waarrggghhh!! Aku TAK BOLEH cemburu.. TAK BOLEH!!! Huh.. Okey.. Rasanya dah selesai dah aku lepaskan angin-angin kemerengan aku di sini.. Boleh sambung telaah buku de...

Prevention Is Better Than Cure

Imej
Assalamualaikum dan salam tengahari semua.. Sedang menikmati kafein dalam cuaca yang redup begini, segarkan mata yang hampir nak layu.. Dalam duduk menghirup nikmat setiap tegukan kopi pekat itu, terperasankan sesuatu yang aku tak sedar.. Darah menitis di ibu jari.. Sungguh tak terasa ada sakitnya tapi tak semena cecair likat merah itu tumpah.. Benarkan.. Kadang ada benda yang patut terlihatkan tak terzahirkan.. Sedar tak sedar batin yang menanggung itu menanah dan mereput.. Hati kita yang namanya manusia, asas bikinnya sama.. Bezanya pada apa yang dirasa, merasa dan terasa.. Kadang tak sedar, dalam tiap kata kita ada selumbar yang mungkin tusuknya tak sehebat tusukan duri mahupun panahan sembilu.. Lukanya kadang tak terzahir tapi sedar tak sedar dah bernanah di dalamnya.. Tak perlu aku rungkai sedalamnya seperti yang seringkali aku coretkan.. Baca dan mengerti, sendiri ianya akan terungkai dan terfahami.. Kau.. Aku.. Kamu.. Mereka.. Kita.. Manusia yang punya hati.. Sama asas cuma yang...

27 Oktober 2010

Imej
Assalamualaikum.. Salam 27 Oktober untuk semua.. 26 Oktober baru saja berlalu.. Macam-macam benda dah jadi di tarikh 26 itu.. Harap semuanya akan kembali elok dan tsunami akan reda.. Chill okey.. Dan enjoy dunia blogging kita.. =) Kalau diikutkan, tarikh 27 Oktober, aku sepatutnya ada test pagi dan petang.. Paginya di kolej dan petangnya pula di hospital.. Tapi ditunda ke hari Khamis.. Lega.. Sebab masih boleh belek buku.. Alah.. Macam tak biasa dengan pekerjaan budak last-last minute.. Tapi buku tak belek-belek lagi, asyik belek drama Korea.. 2 buah lagi.. Dr. Champ dan Sungkyunkwan Scandal.. Ekeke.. Mungkin ada skema jawapan untuk test Khamis nanti dalam drama Korea kot.. =p Motif tepek gambar Cameron Highland? Gerak hati macam nak ke sana hujung minggu ini.. Teringin makan jagung manis.. Teringin jalan-jalan waktu pagi pukul 7, minum milo ais dan asap keluar kepul-kepul dari mulut.. Nyamannya.. Hmmmm.. Masa untuk sambung baca buku Farhana!!! Masa untuk bebel dan borak kosong dalam b...

Psikiatri: Pengalaman Yang Masih Belum Pasti

Imej
Assalamualaikum.. Salam tengahari semua.. Huh.. Seharian berkurung di rumah.. Mahu keluar mengisi perut terasa pula malasnya.. Beriadah sajalah di atas tilam sambil kanan menyelak buku kiri menulis entry.. Aci tak? Minggu belajar katanya.. Tapi sibuk dengan blog.. Haih.. Kenapalah time-time begini dunia blog ada kisah tergempar.. Dah dah.. Aku nak study.. Tak mahu layan gosip.. =p Berakhirnya minggu ini bermakna aku akan memulakan satu lagi perjalanan baru.. Satu lagi cabang baru dan dunia baru.. Selamat jalan untuk Orthopedik.. Selamat datang untuk dunia Psikiatri.. Hospital Bahagia Ulu Kinta di Tanjung Rambutan akan jadi tempat kujungan keraplah nanti.. Cantik tempatnya.. Dah jejak sekali, damai rasa di sana.. Tempat bagus untuk terapi dan pemulihan.. Tak sabar untuk ke sana lagi.. Tanjung Rambutan, nantikan kehadiran gadis Riang Gembira ini.. =) Pengalaman nanti.. Entahlah.. Masih belum pasti bagaimana.. Kata kawan-kawan, dunia Psikiatri menarik, mendalami sisi lain manusia.. Yang s...

Sharing A Once In 823 Years Moment

Imej
October 2010.. Has 5 Fridays.. Has 5 Saturdays.. Has 5 Sundays.. And all in one month.. It happens once in 823 years.. Memorable October? -perkongsian kotak dalam- Assalamualaikum semua.. =) FOOT NOTE: 31-01-2011.. Teringin ada sesuatu yang boleh dikongsi dan dikenang.. Bersama.. Memorable January.. Hurrmmm.. *deep thinking mode*

Semangat Blogger!! Jom Pakat Ramai Ramai Vote Untuk DiGi Youths..

Imej
Assalamualaikum.. Selamat tengahari.. Entry ini aku dah prepare daripada malam tadi sebelum tidur.. Semangat tak? Ekeke.. Jom jom kawan-kawan blogger semua, vote untuk DiGi Youths bagi memenangi RM10,000 bagi membolehkan blogger-blogger dalam dunia blog ini untuk menganjurkan Gathering Blogger yang besar-besaran.. Masa semalam aku vote, rank dalam 34 tak silap.. Malam tadi aku check, dah naik ke rank 12.. Entry bertajuk When Blogger, Facebooker and Tweeple Meet Together coretan Mr K tak silap.. Jom dapatkan Rank yang PERTAMA.. Mesti boleh.. Chaiyok!! Inilah semangat berblog.. Kemanisan berblog.. Aku dah vote.. Kalian bila lagi? Tarikh tutup lagi 2 hari.. Jom sama-sama support.. Kalau bukan kita, siapa lagi.. Kan? Ngeee.. Assalamualaikum.. KLIK LINK INI UNTUK VOTE.. TERIMA KASIH.. DiGi YOUTHS - Free Your Ideas With RM10,000 All the best.. =)

It Is A Classic Love Story Yet So Sweet

Assalamualaikum.. Selamat malam rakyat Malaysia.. Tengahari dah update sekali.. Malam wajib lagi sekali.. Sebabnya hari ini Lovey Doveyland tak update lagi pasal CINTA.. Kan ke isu berwajib dalam blog puprle ini adalah CINTA.. Kalau tak ada isu itu, macam lagu tanpa irama, pincang.. Kikiki.. =p * * * * * * * * * * DINDA Setiap orang punya impian.. Impian itu yang bisa meneruskan kehidupan ini.. Impian dinda adalah untuk mendapatkan cinta sejati.. KANDA Jika patah sayap rajawali, bertongkat jua kanda ke mari.. DINDA Adinda anggap sebagai janji.. KANDA Bila sampai waktu kita akan bersama.. * * * * * * * * * * Bagaikan Sakti Cinta datang Tanpa diundang Seumur masa tercipta Dia datang bagai sakti Bagai menyaksi mekar Kembang pagi Cinta datang Dengan senyuman Panasnya membakar mentari Wajah yang tergambar Tak akan terpudar Dari hati insan yang fana ini Fana ini Tak mungkin mentari Akan terus sembunyi Tiada sempadan Tak bisa ku lewati Jika ini hakikatnya Aku serahkan jiwa dan ragaku Menantim...

Just A Little Overdose

Imej
Assalamualaikum.. Selamat tengahari semua.. Sihat? Tak sihat? Hihi.. 1 bulan 8 biji.. 1 tahun 96 biji.. 3 tahun 288 biji.. Next next next year? Berapa biji? Kesimpulannya.. Kenapalah Acti Fast mahal sangat??? (_ _ !) Ada orang kata jadi perempuan agak sukar sebab ada kalanya di dalam satu bulan, emosinya tunggang langgang dan turun naik.. Syndromic namanya.. Haha.. Can't bear with us is it? Sigh.. We are just a little "overdose".. Just a little.. Please.. Bear with us.. Ngee.. Selamat berhari Ahad.. Assalamualaikum.. FOOT NOTE: Bila perempuan tak faham lelaki, lelaki marah.. Bila lelaki tak faham perempuan, perempuan marah.. Perempuan kena cuba fahamkan lelaki tentang perempuan supaya lelaki tak marah.. Lelaki kena fahamkan perempuan tentang lelaki supaya perempuan tak marah.. Kalau tak, sampai bila-bila tak faham, sampai bila-bila pun marah.. Take one step at a time, then everything will be alright.. =)

A Boyfriend

Imej
Assalamualaikum.. Selamat selamat semuanya.. Seharian berlalu macam tak disangka.. Dah nak habis rupanya hari Sabtu.. Buku tak selak selak lagi.. Haish.. Mengeluh mengeluh saja.. Hari ini bangun pagi-pagi, celik saja mata terus angkat handphone yang aku sayang.. Dial number birthday woman.. The dialog goes like this.. Oh.. By the way, thanks a lot to those who dedicated their birthday wish in my Facebook.. Sayang semua.. Makcik Hayati pun sayang semua.. Weeee.. =) Along Assalamualaikum.. Mak.. Mak Waalaikumsalam.. Baru bangun ke sakit suara tu? Along Baru bangun.. Haha.. Mak Haa.. Ada apa? Along Mak.. Selamat hari lahir.. Mak Ya.. Terima kasih.. Ingatkan lupa.. Along Tak lupa.. Dari semalam dah ingat dah.. Mak Angah awak pun mesej mak wish birthday malam semalam.. Along Tengah malam? Mak Haah.. Boyfriend dia pun mesej time yang sama.. Mak dah tidur.. Along BOYFRIEND ANGAH??? Mak *gelak* Haah.. Boyfriend awak tak nak mesej mak? Along Haha.. *gelak mati kutu* * * * * * * * * * * Terkejut...

Take It Or Leave It

Imej
Assalamualaikum.. Salam pagi Sabtu semua.. Sebelum melangkahkan kaki ke pasar tani, coret seperenggan dua pun jadilah.. Usai menonton sebuah filem Hindustan malam semalam.. Dalam sibuk ada test, sempat lagi melepas gian.. What else will you expect from a lovey-doveyland.. Heehee.. =p Satu lagu dan hanya satu itu saja beri kesan dan terkesan di hati.. Well.. It goes like this.. Kisise tum pyaar karo, to phir izhaar karo (If you love someone, express it) Kahin na phir der ho jaaye (Before it's too late) Kisi pe aitbaar karo, to phir ikraar karo (If you trust someone, say it) Kahin na phir der ho jaaye (Before it's too late) Yahin to dil churaane ka andaaz hota hai (That's the secret to stole a heart) People once told me.. While they are still around with us, and you know you love them so much, then you should express it, before it's too late.. Bagi aku, cinta dan kasih sayang lebih bermakna jika diluahkan dan ditunjukkan.. Hey!! Expressing love do spread positive vibes!! ...

Sekarang Semua Via Blackberry.. Aku?

Imej
Assalamualaikum semua.. Slide siap.. Melonjak suka.. Esok pembentangan.. Minggu sibuk.. Minggu test.. Serabut otak.. Mata ngantuk.. Masuk tidur.. Selamat malam.. Tidur nyenyak.. Mimpi indah.. Kejap kejap.. Nak cakap.. Teringin tidur.. Atas padang.. Luas terbentang.. Pandang bintang.. Pandang bulan.. Hujan turun.. Lagi bagus.. Lupa masalah.. Lupa serabut.. Lupa dunia.. Tidur tenang.. Krooh krooh.. Ooppss sorry.. Kata-kata.. Berpasang dua.. Macam manusia.. Fitrah kita.. Sini sahaja.. Tata semua.. Assalamualaikum juga.. =) 24 hours later via Blogger for Blackcurrant not Ribena FOOT NOTE: Canggih tak canggih cara aku update blog? Dah serupa update status Facebook via Blackberry kan? Well.. Teknologi di hujung jari namanya.. Tak dapat merasa Blackberry.. Blackcurrant pun bolehlah.. Ekeke.. Tata.. =p

Kita Hanya Merancang..

Imej
Assalamualaikum.. Salam di pagi Khamis untuk semua.. Gambar nampak sedap dan yummie kan? Sebab sekarang aku teramatlah lapar tapi malas nak makan, jadinya dengan meletakkan gambar yang menyelerakan di depan mata mungkin boleh mengenyangkan.. Nyum nyum.. Tiap kali balik kampung, beginilah pemandangannya.. Sarapan pasti penuh satu meja.. Macam-macam ada.. Sebab itu, duduk di kampung adalah sangat heaven.. Sarapan sambil dengar ayam kokok, bau-bau pokok dan embun di pagi hari.. Nikmat kurniaan Allah yang tak ternilai kan? Perancangan masa depan.. Mungkin dah tua nanti, aku nak ajak encik suami bermastautin di kawasan kampunglah.. Harap bakal encik suami aku nanti lelaki yang suka duduk kampung.. Haha.. Okey.. Kita hanya merancang.. Jadi rancanglah sebaiknya.. =p Lusa hari lahir Puan Hayati Haris, emak Cik Farhana yang amat disayangi.. Usia mak? Baru 44 tahun.. Muda tak? Mestilah muda lagi.. Anak sulung pun dah 23 tahun.. Harap mak dikurniakan kesihatan tubuh badan yang berpanjangan.. Cita...

Aku Sebagai Perempuan Mengiyakannya.. Benar Ke Wahai Perempuan?

Imej
Assalamualaikum.. Kali ini aku ingin beri ruang untuk satu hasil seni yang berbeza dari coretan aku saban hari.. Tertarik untuk aku kongsikan karya insan ini dalam dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Hasil coret yang inti patinya buat aku angguk dan mengiyakan.. Tajuknya, PEREMPUAN daripada Fynn Jamal .. Kredit kepada beliau dan blog Ini Fynn Jamal Cakap untuk entry ini.. Terima kasih.. =) Ah, perempuan. *diam lagi* Mudah, sebenarnya, untuk buat sang perempuan tidak pergi. Kenapa perempuan suka lari-lari? Sebab sunyi. Maka jangan bagi dia sunyi. Jangan bagi peluang pada sunyi untuk singgah dalam hatinya. Agama kita sudah berkali-kali pesan, seboleh-bolehnya, jangan ditinggal-tinggal isteri lama lama. sunyi adalah musuh utama perempuan. Kalau kau masih terang ingatnya pada kisah hawa, ingatlah; ketika sunyilah si iblis datang dan membubuh cerita dalam kepala hawa. Perempuan ini fitrahnya tidak suka disendiri. Ya, mulut mereka mungkin mengaku mampu dan gagah tapi itulah dia. Perempuan hidu...