Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2010

Mahu Minta Tolong Siapa Yang Power English..

Imej
Assalamualaikum semua.. Malam terakhir di Melaka, pagi-pagi esok akan pulang semula ke Ipoh.. Entry pendek ini ditulis dengan tujuan untuk mencari warga-warga bijak pandai English.. Speaking berhabuk berdebu pekat-pekat, grammar tip top.. Actually aku dah minta tolong a few friends of mine, tapi ingin menambah lagi pertolongan dari rakan-rakan blogger pula.. Jumaat ini telah diberi amanah untuk jadi Master of Ceremony untuk sesi pembentangan projek Organisation & Management of Health System.. Emcee.. Kalau dalam Bahasa Melayu aku memang tiada masalah.. Tapi English, aku pening kepala sedikit.. Mahu belit-belit lidah nanti.. Actually dah puas aku google cari sample speeches dan scripts untuk dapatkan gambaran dan idea untuk aku tulis script.. Tapi tak ada satu pun yang membantu.. So, I wonder kalau ada di kalangan anda-anda yang pernah jadi emcee dan menyimpan any kinds of sample speeches.. Atau ada idea untuk aku buat rujukan dari mana-mana website.. Pertolongan anda amatlah diharg...

Hilang Satu Nikmat Sebagai Seorang Veteran Yang Digelar Senior

Imej
Salam 30 Jun buat semua.. Nak menulis terasa tiada idea, tambah lagi dah menjejak kaki ke rumah manis rumah.. Tengok entry terakhir.. Terkesima.. 27 Jun.. Satu rekod buat pengupdate blog tegar sepertiku.. Dah tak tegar lagi barangkali.. Sekarang musim buah durian.. Serawa.. Pulut.. Roti.. Bubur kacang.. Nyum nyum.. Lagi satu, musim budak-budak masuk Universiti.. Musim orientasi.. Ragging? Tidak dibenarkan.. Masa-masa begini senior-senior mengeratkan silaturahim dengan para junior.. Senior lelaki saham melambung tinggi, sentiasa bersedia untuk masuk line gadis-gadis junior yang naif-naif.. Senior perempuan? Siapa kata tak laku.. Sekarang trend pasangan perempuan lebih tua apa.. Ekeke.. Macam dalam 3 Idiots, senior mengerahkan junior bertelanjang beramai-ramai.. Oh.. Itu sangatlah tidak baik.. Sila jangan tiru ya.. Kalau takat cucikan baju senior, nyanyi lagu sepuluh dua puluh buah untuk senior, masak untuk senior, masih boleh diconsider.. Kot.. Kan? Tahun ini aku tahun akhir.. Tapi saya...

Usai Menonton Badut Makan Budak Dalam Filem It, Aku Mencari Rahsia Di Sebalik Wajah

Imej
Assalamualaikum dan salam satu World Cup buat semua.. Orang sibuk sana sini tonton Cawan Dunia, aku duduk terperap dalam bilik melayan movie.. Macam-macam cara dah aku cuba untuk jatuh cinta pada bola bermula dari memakan cokelat yang bersalutkan aluminium bercorak bola sampailah ke makan dengan bola, tidur pun ada bola, mandi pun dengan bola.. Ooppss.. Tapi semua tak berkesan.. Wakaka.. Dah memang tak ada chemistry barangkali.. Petang tadi selesai sudah aku menonton filem English tahun 1990an berdurasi 3 jam yang menurut kawan aku amatlah popular di kalangan kanak-kanak kecil di zaman itu.. Yang hairannya, aku memang tak pernah tengok filem adaptasi dari novel Stephen King ini.. Filem tentang badut pemakan kanak-kanak bertajuk "It".. Macam biasa, aku pantang tengok pelakon yang solek pekat-pekat dan sembunyikan wajah, curiosity aku tinggi untuk cari rahsia di sebalik wajah.. Alang-alang dah tak ada kerja, aku pun carilah kerja bermanfaat.. Meng"google" watak-watak ...

Soalan Cepumas.. Tak Pakai Atau Pakai Lebih Cute?

Salam Jumaat untuk semua.. Aku baru saja selesai memeningkan diri menyettlekan masalah musang aku.. Untuk mengembalikan semangat blog yang dah luntur-luntur ayam, aku tergerak hati tergatal tangan nak tukar template.. Aku guna sajalah yang simple dimple yang blogspot sediakan.. Tak adalah pening-pening fikir.. Rupanya masalah besar menimpa bila layout yang aku guna, gambar-gambar dalam entry aku tak dipaparkan.. Not only that.. Bila aku nak arrange page element dan add beberapa page element, tiada langsung kotak ADD PAGE ELEMENT.. Haru betul.. Aku ingat masalah layout, 3,4 kali aku tukar.. Resultnya sama saja.. Then aku berfikir kemungkinan mata aku bermasalah.. Power dah naik ke? Aku tak pakai cermin mata sebab mata aku bermasalah satu belah saja dan memang agak teruk, satu belah lagi normal atau mungkin terlebih normal.. Eh.. Cerita pasal mata pula.. Tiba-tiba tergerak hati tergatal tangan sekali lagi nak cuba browser lain.. Aku bukalah Chrome dan Opera.. Gambar di entry semuanya ADA...

Mimpi Itu Mainan Jiwa Insan Dalam Sepi Ke?

Imej
Assalamualaikum.. Salam sayang buat semua.. Lama tak bersua di sini.. Hmmm.. Kali ini.. Sekadar corat coret rasa.. Entah bagaimana, bait-bait kata yang acapkali meniti di tepi bibir dan dialunkan dengan penuh rasa riang dan bermelodi, kali ini bawa seribu satu rasa yang lain dalam diri.. Bikin fikir jauh-jauh dan dalam-dalam.. "Jika mimpi masa silam.. Bisa kusimpan dalam kaca jadi perhiasan.. Pasti aku abadikan.. Zaman riang.. Kanak-kanak.. Pabila hujan mengundang suasana bahagia.. Dalam hidup yang seindah.. Mimpi yang tidak pernah melukakan perasaan.. " 100% true.. Mimpi masa zaman kanak-kanak ternyata banyak bezanya kalau nak dibandingkan dengan mimpi zaman tua bangka.. Zaman kanak-kanak yang semuanya indah, dalam kepala ringan tak berserabut seribu satu masalah, mimpi yang disulam pun mimpi indah-indah belaka sampaikan kita ingin simpan untuk dijadikan perhiasan.. Betapa indah mimpi zaman kanak-kanak.. Kan? Sampaikan hingga ke saat usia dah makin menginjak dewasa, kita san...

Kalau Boo Ada Wanita Idaman.. Aku Pun Mahu Lelaki Idaman..

Imej
Pagi Isnin yang ceria untuk memulakan rutin harian seperti biasa.. Salam untuk semuanya.. Pagi-pagi buta aku dah kena bangun sebab kena travel dan attend briefing di Pejabat Kesihatan Daerah.. Makanya, dua tiga hari ini aku akan berulang dari Ipoh - Batu Gajah.. Mungkin tak sempat nak update selalu.. Tapi entry yang ini nak tak nak aku kena publish juga.. Penat aku karang dan cari bahan wo.. Print screen dari 3 drama Korea, Prosecutor Princess, You're Beautiful dan Personal Taste.. Walla ~ ~ ~ Mana taknya, dua tiga hari aku duduk cemburu dengan si kambing namanya Boo .. Mencari wanita idaman lelaki bak heroin Lovers In Paris walaupun dirinya bukanlah seorang lelaki.. Hoho.. Apa pun, citarasa Boo memang tinggi.. Dan aku, mahu juga!!! Lelaki idaman wanita.. Walau mungkin kriteria yang bakal aku bentangkan tak menepati citarasa wanita seluruh alam, tapi aku tetap mahu kasi tahu, wahai lelaki, apa sebenarnya wanita inginkan.. Walau walau mungkin nanti ada yang pertikaikan, 23 tahu...

Crowning.. Tapi Aku Bukan Permaisuri..

Imej
Salam segenap benua.. Weee.. Petang Ahad yang panas.. Ketika tajuk entry terkeluar dari otak, struck benda lain dalam kepala aku.. Kes perceraian Sultan Brunei dengan personaliti TV3 Azrinaz Mazhar Hakim.. Perkahwinan yang dikurniakan 2 orang anak itu berakhir dengan perceraian.. Hmmm.. Old people kata, ajal maut jodoh pertemuan, semua Allah yang rancang.. Aku harap-harap pertemuan untuk makan malam indah nanti bersama Joegrimjow dan blogger lain berjalan seperti yang dirancang.. Walau tak rancang lagi.. Ekeke.. Buah berangan ditepek bukan sengaja-sengaja.. Bukan pula nak bangkitkan selera.. Saja nak sharing cerita, zaman kecil dahulu kala, makan berangan gigit guna gigi kasi pecah buah, merananya sekarang terasa.. Bukan kata buah berangan saja, coklat yang keras beku dari peti ais pun menonong gigit guna gigi saja.. Sekarang cuba cerita, menyesal tak sudah tapi nak buat apa??? Hoho.. Disebabkan saya seorang kanak-kanak yang suka makan coklat di zaman kecilnya, jadi dah automatik terg...

Walaupun Saya Home Alone, Kebenarannya Saya Lebih Comel Daripada Macaulay Culkin

Imej
Selamat semua.. Selamat di malam minggu.. Okey okey.. Kalau ya pun tak sokong statement di tajuk entry, tak payahlah buat muka terkejut macam tak pernah tengok orang cute.. Cute dalam konteks ini tiada kena mengena dengan saiz tetapi lebih merujuk kepada kecomelan tatkala di zaman bayi, zaman kanak-kanak minum Ribena.. Aku tak minum Ribena sebab zaman dulu Ribena mahal.. Cukup pergi laman belakang petik anggur dan kisar.. Jimat pun jimat.. Ekeke.. Aku sangat sunyi.. Aku sangat sepi.. Bukan perasaan sunyi sepi macam Seri Coffee Mate bila si Azmi memanjang tak ada masa sampai beli creamer pun tak sempat, tapi sunyi sepi sebab geng serumah merangkap sekutu-sekutu gosip tak ada.. Tambah lagi sekarang mulut aku tengah gatal nak bergosip.. Well well west.. Situasi yang dah acapkali aku lalui.. Berhujung minggu sendirian di rumah agam tersergam gah di tengah bandar Ipoh.. Rumah agam itu mungkin tipu ya.. Hari-hari aku melangut dalam bilik padang dinding, kadang-kadang duduk depan pintu bilik ...

Aku Tak Faham Apa Maya Kata.. Maya Angelou Dan Bukan Luna Maya..

Imej
Salam buat semua di pagi Sabtu.. Entry ini entry permintaan, dari seorang blogger buat seorang blogger.. Cuba ditunaikan walau tajuk yang diberi agak berat untuk dipersembahkan.. Hoho.. Mari aku bawa semua menelusuri 3 situasi yang berlaku dalam kehidupan kita.. SITUASI 1 5 tahun DULU.. ADAM: Awak.. 5 tahun tak lama.. Lepas 5 tahun okey.. Please sayang.. MAYA: Boleh saya pegang kata-kata awak? ADAM: Of course sayang.. KINI.. MAYA: Awak kata 5 tahun.. Saya pegang kata-kata awak.. Jadi??? ADAM: Erk.. Saya ingat awak dah lupa.. Ekeke.. Sabarlah sayang.. Lagi 2 tahun.. Boleh? MAYA: Mestilah saya ingat.. Saya masuk dalam reminder handphone lagi ya.. 2 tahun??? ADAM: Amani baru 5 tahun sayang.. Tunggulah dia 7 tahun, 8 tahun ke kalau nak bagi adik pun.. =p SITUASI 2 SOM: I nak berlakon watak perempuan baik-baik.. So, please.. Jangan offer watak seksi-seksi macam ni pada I.. TUAN DIRECTOR: Ewah.. Nak watak baik-baik.. Tak nak seksi sana seksi sini.. Video lucah kau yang bersepah dulu apa ceri...

Hujan Mengingatkan Aku Kepada......

Imej
Salam di tengah malam.. Malam Khamis yang sejuknya menyucuk hingga ke tulang.. Hujan lebat dari petang tadi benar-benar buat diri mahu bergulung dalam selimut.. Tidur dan lupakan segala keserabutan fikiran sepanjang hari.. Petang tadi pekena Ice Lemon Tea dan sepotong Chocolate Fudge.. Melayan perasaan rindu dan tiba-tiba hujan turun.. Lebat selebatnya rasa rindu dalam hati.. Cewah!! Habis sepotong kek, hujan masih lagi tak henti mencurah.. Apa lagi, meredah hujan menuju ke kereta.. Basah kuyup baju kurung dari atas sampai bawah.. Duduk dalam kereta.. Menerawang jauh.. Tiba-tiba tangan mencapai telefon bimbit.. Hanya dengan kamera Carl Zeiss Optic 3.2 Megapixel, terasa seperti mahu mengambil gambar hujan.. Tertarik melihat mereka-mereka yang kaki fotografi.. Simpan juga hasrat mahu beli kamera ribu riban.. Mungkin nanti.. Balik kepada hujan.. Ya.. Aku suka hujan.. Cinta sayang dan kasih yang banyak pada anugerah Allah yang satu ini.. Hujan bawa banyak makna.. Bawa banyak kenangan.. Bak...

Menyemakkan Blog Dengan Jayanya

Imej
Salam tengahari Rabu.. Ekeke.. Hai untuk semua.. Disebabkan 3 minggu aku bercuti dari menjejakkan kaki ke hospital dan hanya sibuk dengan projek-projek di kolej, maka aku memang banyak masa untuk online dan goyang kaki.. Sambil taip report, on laptop, sambil online.. Sambil menyelam, we drink water orang kata bah.. Bila online, jauhlah berjalan dalam dunia maya, mata pun buka makin luas, input lagilah banyak tak terkata.. Tempat paling jauh aku singgah pagi tadi dan aku duduk kejap lepak-lepak minum kopi adalah New Zealand.. *New Zealand kan? kan? kan?* Dan akhirnya, hasil dari lepakan tersebut aku telah berjaya menyemakkan blog aku dengan KOTAK KOMEN FACEBOOK.. Kredit kepada tuan empunya blog !ARC13! atas tutorial beliau.. Ngehehe.. Dah ada kotak komen blogspot tak cukup ke derr.. Aku jawab, tak cukup.. Sekian.. Wakaka.. Kata Papanda Arc, keburukan meletakkan kotak komen ini adalah kita akan kehilangan PRIVASI.. Hoho.. Saat aku jadi blogger, hidup aku dah memang bukan satu privasi.. ...

Ignorant Brat

Imej
Tajuk dua ketul saja.. Kenal? Tak kenal? Mostly pasti kenal itu adalah URL seorang blogger popular yang kita panggil Jard The Great pemilik blog Jardness.. Boleh katakan agak rapat dengan Jard dan kenal pun dah agak lama.. Banyak bantu membantu dalam soal kehidupan berblog malah juga kehidupan realiti.. Seorang kakak yang banyak bagi tunjuk ajar.. Setahu aku beliau kini di Sabah sedang bercuti tapi ada juga mengupdate blog dan entry terakhir beliau bertajuk Meminta Maaf Kepada Zarina Sulaiman Yang Dipaparkan Gambarnya Di Entry Yang Lepas.. Dan kini blognya telah diprivatekan atas sebab-sebab tertentu.. Baca blog FitriHadi bertajuk Susulan Kes Jardness a.k.a Owner Ignorantbrat.blogspot Dikecam Hebat barulah aku agak jelas tentang apa yang berlaku.. Aku ikuti juga entry-entry itu di blog Jard cuma sekadar perhati saja dan tak disangka boleh jadi hangat begini.. Menurut entry Fitri, entry meminta maaf yang terakhir dari Jard itu dikecam teruk oleh Anonymous yang menyatakan bahawa minta m...

Buat Gadis Sepi, Marilah Mengenal Dan Mencintai Bola

Imej
Salam malam Selasa.. Entah nak tulis apa pun tak tahu.. Tulis tak boleh sebarang tulis.. Lagi-lagi tulis tiada jiwa, bak kata FnDRocka , tulis jiwa tiada, ibarat macam cakap ketika mabuk.. Ayat keluar dari mulut tapi tak make a sense langsung.. Missing a piece of something.. Something from yesterday.. Aku rindu zaman blogging dulu-dulu.. Aku tulis dengan jiwa, aku tulis apa yang aku nak tulis.. Tapi sekarang tak semua boleh aku coret, apa yang aku coret pula perlu aku tapis lagi.. Dulu tak sampai dua tiga kerat yang menyinggah, sekarang boleh kata semua kenalan realiti, kawan-kawan, keluarga, saudara-mara, pensyarah, cikgu sekolah aku dan tak terfikir di jangkauan pun ada yang bertandang.. Rasa macam tangan satu diikat ke belakang.. Huh.. Apa aku merepek derr.. Piala Dunia pun dah mula.. Tiba-tiba aku rasa dunia macam sepi.. Apatah lagi untuk gadis yang tak tahu bola itu objek semacam apa seperti aku.. Wakaka.. Buat gadis yang berkekasih, buat isteri yang bersuami, yang memang jenis ta...

Kecil-Kecil Boleh Buat.. Dah Besar Boleh Tak?

Imej
Hari ini.. Satu hari suntuk menyibukkan diri dengan pembelajaran Meta Tag .. Ahh.. Poyo rasanya.. Daripada duduk santai otak ligat memikirkan benda pelik-pelik, lebih baik memajukan diri dengan belajar Meta Tag.. Sesekali menjenguk kosong ke dalam MukaBuku.. Beberapa hari lalu, terserempak dengan kepingan gambar ini di Facebook seorang ex-senior di zaman persekolahan.. Presenting to you Sekolah Kebangsaan Luak, Miri, Sarawak.. Sebenarnya aku tidak bersekolah di sini, cuma menghadiri kelas agama di sini saja.. Terimbau pula kenangan lama saat zaman kanak-kanak hingusan.. Di tepi pintu, setiap petang tepat pukul 6 akan berdiri usai habis kelas.. Kadang menaiki basikal menanti si dia untuk pulang bersama menaiki basikal.. Kata saja mahu pulang, tapi satu kampung kami berdua round naik basikal, usik-usik, gelak tawa, gurau senda.. Kadang pula ke kedai runcit membeli aiskrim atau gula-gula.. Duduk makan kami bersama.. Oh.. Cinta monyet.. Di tandas sekolah nun di bawah sana pula, port wajib ...

Lelaki Kalau Setia Memang Setia.. Cuma.. Erm.. Cuma Apa?

Imej
Salam pagi Sabtu.. Kepanasan melanda diri sebab makan durian agak overdose semalam tambah lagi dengan dramaswasta yang dihidangkan depan mata.. Suhu menggelegak.. Hoho.. Jika dibelek sejarah penulisan blog Cahaya Yang Riang Gembira, pernah tak aku menulis perihal dan isu beza dua jantina? Macam tak pernah.. Hee.. Tak mengapa.. Ini kisah seorang sahabat dan seorang aku.. Bicara soal lelaki, perempuan, hubungan dan setia.. Rakan itu berceritakan perihal kekasihnya.. Kadang panas kadang sejuk dalam hubungan mereka.. Kadang mesra kadang macam lemau-lemau masuk angin.. TAPI.. Mampu maintain kemesraan dan keterujaan berbicara dengan gadis-gadis lain.. In other words or in other people view, it is called as flirting around sambil test power.. Rakan itu hairan bin ajaib macam mana sang kekasih hati mampu mengekalkan momentum kemesraan dengan gadis-gadis lain tapi tidak pada dirinya.. Dalam hati memanglah tercalar terluka.. Hancur pecah luluh hati, itu aku tak berapa pasti.. Kata si dia yang te...