Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2010

Sakit Cik Muda Sara Berjangkit Padaku..

Imej
Pes of all.. Assalamualaikum semua.. Rasa macam lama tak melibatkan diri dalam dunia blogging yang tercinta.. Kurang update, kurang blogwalking, kurang segalanya.. Macam makan nasi tak berlauk.. Uhuk uhuk.. Sempat menjenguk beberapa kerat blogger saja.. Hoho.. Ampun maaf dipinta, mensuci hening dosa.. Erk.. Lagu raya? Okey okey.. Siapa tahu buah apa di atas? Tiba-tiba teringatkan buah ini bila berborak dengan kawan-kawan tentang Hospital Tampoi.. Yup.. Buah tampoi.. Ramai yang mungkin tahu, mungkin juga ramai yang tak tahu.. Kawan-kawan aku tak tahu menahu tentang buah ini.. Betul tak kawan-kawan? Hehe.. Rindu pada si buah tampoi.. Rindu mahu mengopeknya.. Rindu mahu menjamah isinya yang masam-masam manis.. Dulu ketika bermastautin di Miri, buah ini sering aku makan, senang nak jumpa.. Tapi bila kembali ke Malaysia.. Eh silap.. Semenanjung Malaysia.. Haha.. Ayat poyo, budget macam pergi over the sea saja.. Ngee.. Balik Semenanjung, sangat jarang jumpa buah tampoi.. Or should I say.. Ta...

Future Husband Saya Namanya Bermula Dengan Huruf A

Imej
Ini kisah 8 tahun yang lalu.. Ketika itu aku berusia 15 tahun, masih mentah, masih naif, masih suci.. Sama saja seperti sekarang.. Hik hik.. Di usia inilah aku diberitahu tentang satu rahsia alam.. Ouh.. Rahsia alamlah sangat.. Mahu tahu? Mari-mari.. Dekat-dekat.. Rapat-rapat.. Rahsia tentang sebuah perhubungan.. Ngee.. Rakan yang duduk di meja hadapanku memberitahuku tentang ini.. Ketika itu aku menuntut di SMK Convent Kajang.. Dia bisikkan pada aku dan jiran sebelahku.. Sesuatu yang diperolehi dari kakaknya yang bersekolah agama.. Lihat pada ibu jari kiri.. Ingin tahu huruf pertama nama pasangan hidup kita, di situ ada jawapannya.. Ketika itu aku turutkan saja.. Sama-sama belek ibu jari.. Putar kiri kanan, atas dan bawah.. Jawapannya? Ibu jariku ada huruf "A".. Tak percaya? Sila lihat gambar di bawah.. Ehem ehem.. Jari-jari agak ketuaan, maklumlah, dah 23 usia.. Haha.. Nampak? Jelas di mata anda apa yang ada dalam bulatan itu? Huhu.. Mahu kata percaya, tidaklah.. Mahu kata ...

Kalau Jard The Great Seorang Lelaki..

Imej
Okey okey okey.. First of all.. Welcome back dear Mia Zarah.. Hik hik.. Tajuk harus gempak bak kata Boneka Tak Sakit .. Ikut hati, malas nak menulis entry, sebab sangat penat dengan kelas yang bertimbun-timbun.. Tapi rasa macam dah lama tak menulis.. Rasa berdosa pada Cahaya Yang Riang Gembira sebab tuan blog sendiri telah memalapkan nur cahaya di sini.. Hoho.. Okey.. Back to business.. Motif tajuk entry di atas? Sebab komen yang ditinggalkan oleh Cik Jard kita.. Dah baca? Heehee.. Selama setahun aku berblog, banyak juga gambar diri sendiri yang aku tepek di sini, di Facebook juga begitu.. Tak pernah ada seorang pun yang menegur perihal tudungku itu seperti mana Cik Jard kita.. Apa yang aku cuba buktikan? Hoho.. Ada juga orang prihatin dengan sesuatu tentang diri aku.. Bukankah itu menunjukkan sikap "care" kita pada seseorang? Ecece.. Kalau saja Cik Jard seorang lelaki, dah lama aku ngorat.. Erk.. Kepada Encik Pakwe Cik Jard kita, saya gurau-gurau saja.. Heehee.. Heehee.. Na...

Aku Tak Adalah Gatal Sangat..

Imej
Rasa agak lama tak update entry.. Kenapa ya? Sibuk sangat.. Sibuk dengan kerja mendownload drama-drama, movie-movie, sampai terlupa tanggungjawab aku sebagai seorang blogger.. Ekeke.. Entry ini entry khas buat mereka yang merindui Cahaya Yang Riang Gembira.. Haha.. Ayat poyo weh.. Gambar Siti Nurhaliza diambil sebabnya aku dan dia berkongsi satu ciri yang sama.. Kemanisan yang sama.. Auww.. Lupakan kejap.. Al kisahnya.. Hujung minggu yang lalu.. Aku hidup berseorangan di rumah sewa dua tingkat ini.. Hari Jumaat itu hati sudah berkira-kira mahu memasak saja di hujung minggu.. Agak lama sebenarnya aku tak memasak semenjak sibuk dengan dunia final year ini.. Dek kerana itu, sesuatu telah terjadi.. Hoho.. Menu-menu aku simple saja.. Asal boleh makan.. Kenyang.. Alhamdulillah.. Menu hari Sabtu hanya telur dadar, ayam goreng kunyit dan sardin masak asam.. Kecewa sedikit dengan permulaan.. Masakan termasin.. Tiba-tiba teringat pula geng Bujang Lapuk dengan masakan mereka yang keras macam batu...

Tak Sia Sia Bersabar.. Hasil Pasti Kita Dapat..

Imej
Petang Ahad, hujan lebat mencurah-curah di luar.. Kepanasan masih juga terasa.. Usai menyiapkan kerja, memasak dua tiga jenis lauk merangkap lunch+dinner=LUDIN, aku kembali menghadap lappy.. Ouch.. Skema sekali mukadimah di petang hari begini.. Hehe.. Belek-belek Facebook, melihat gambar-gambar ketika praktikal di Hospital Batu Gajah yang ditag oleh sahabatku, tersenyum sendiri.. Rasanya jarang aku menceritakan perihal aku dan praktikal aku.. Apatah lagi menyelitkan sekeping dua gambar untuk ditatapi penghuni setia blog ini.. Tapi petang ini, entah angin mana yang datang, aku tergerak berkongsi entry ini dengan kalian.. Khamis yang lepas adalah hari terakhir praktikal aku di Batu Gajah.. Kini aku kembali ke Ipoh memulakan kembali hidup di Hospital Ipoh yang sibuk ini.. Hari terakhir di sana memang satu kenangan yang paling best.. Malam Khamis itu, kami berenam satu kumpulan berkampung di wad bersalin.. Kalau anda mahu tahu, hospital ini adalah hospital daerah.. Untuk melihat satu kes w...

Benarkah Kami Boleh Buat Kamu Bangkit Atau Jatuh?

Imej
Dengar dengar itu.. Beduk telah berbunyi.. Erk.. Abaikan saja otak mereng si penulis blog di malam minggu.. Mana tak mereng, mengadap lappy dari pagi ke malam.. Buka new post dari pukul 8 malam, satu apa pun tak tercoret.. Otak kosong.. Buka TV.. Terpaku pada lakonan Noor Khiriah dalam Rawan Seorang Perempuan.. Sambil menonton tangan pula gatal mahu menaip.. Layankan saja.. Semenjak dua menjak, sana sini kecoh cerita penangkapan Khaeryl Benjamin a.k.a Benjy, anak lelaki Azean Irdawaty atas tuduhan mengedar dadah.. Masih lagi dalam siasatan, aku tak mahu kata apa-apa.. Benar atau tidak benar, pasti terdedah satu hari nanti.. Tertarik pada nota kaki entry di blog Mat Sastera ini, Benjy ditangkap bersama TEMAN WANITA sedangkan dia sudah BERISTERI.. Aku ulas nota kakinya itu di ruangan komen.. Dalam kotak hitam itu komen aku, kotak berbunga itu balasan komen Mat Sastera Jiwang ini.. Motif kotak bunga-bunga? Biarlah rahsia.. Hohoho.. P/S: Wa pandai mengail, mengait wa tak pandai.. Hoho.. ...

The One That I Want Or The One That I Need?

Imej
Kisah ini adalah kisah yang pernah aku ceritakan suatu waktu dulu.. Kini aku ceritakan lagi sekali.. Kenapa? Hmmmm.. 2 tahun yang lalu, 2008.. Aku pulang memandu berseorangan dari Ipoh ke Melaka.. Perjalanan seperti biasa, cuaca elok dan tiada tanda-tanda hari mahu hujan.. Namun, ku sangka panas hingga ke malam, rupanya dan dan itu juga hujan turun mencurah-curah.. Erk.. Apakah.. Haha.. Setibanya di lebuhraya Pedas Linggi, aku mengalami kemalangan.. Kereta yang aku pandu berpusing 360 darjah di atas jalan raya disebabkan tayar keretaku meletup.. Aku hilang kawalan menyebabkan kereta berpusing dan dari kedudukan aku di lane kiri, kini aku berada di lane kanan.. Kedudukan ku ketika itu, kereta ku melawan arus.. Syukur Allah masih menyayangi hambaNya ini, kebetulan ketika itu jalan tidak banyak kereta.. Jika tidak pasti aku sudah dirempuh.. Dengan kepala yang pening, aku cepat-cepat keluar dari kereta.. Di seberang jalan sebelah kiri sana, sebuah kereta berhenti, seorang lelaki lewat 20a...

Dara Dara Dara..

Imej
Ini hari-hari terakhir aku di Hospital Batu Gajah.. Inilah aku.. Last minute baru tergedik-gedik nak penuhkan buku log.. Tugas yang perlu aku buat dan aku settlekan secara last minute yakni pagi tadi adalah mengambil darah.. Ya.. Bukan dara seperti tajuk di atas.. Ini kali pertama aku.. Dalam 6 cubaan mengambil darah, hanya 2 yang aku berjaya sedut keluar.. 4 lagi, mission failed.. Aku ngeri pada jarum sebenarnya.. Ngeri sebab takut bikin orang sakit.. Kasihan pakcik yang menjadi bahan eksperimen pertama aku tadi.. Aku dengan keadaan menggigil, muka yang takut, pakcik pun naik takut juga.. Hoho.. Maaflah pakcik.. Ini kali pertama saya.. Apa-apa pun, lega.. Selesai memenuhkan buku log.. Ambil darah, memang bukan senang.. Tapi practice makes perfect ain't? Heehee.. Entry ini aku tulis pada asalnya disebabkan aku lihat banyak keywords ke blog aku ini search tentang belajar medik.. Jadi untuk memenuhi permintaan, aku ceritakan serba sedikit pengalaman aku sampai aku kini bergelar pelaj...

Nasihat Seorang Emak Adalah Nasihat Paling Kebaboom

Imej
Kelmarin emak datang ke Ipoh mengambil My Bucuk untuk dibawa pulang ke Melaka.. Seperti kebiasaan, sepasang ibu dan anak pasti ada gosip-gosip yang ingin dikongsi tambahan lagi dah lama tak berjumpa.. Haha.. Okey okey.. Bukan gosip sebenarnya.. Saja aku bikin ayat terlampau.. Ahaks.. Seperti biasa, mak akan bertanya khabar tambah-tambah lagi 2, 3 minggu ini aku jarang menghubungi emak.. Soalan mak dua tiga bulan kebelakangan ini tak lain tak bukan pasti tentang soal hati dan perasaan anak sulungnya ini.. Kalau ikutkan, aku dah lama tutup buku kisah lama, dah lupa pun, tapi aku tahu aku perlu juga jelaskan perkara ini pada emak sebab ianya melibatkan emak dan abah.. Emak mendengar sambil gelak kecil.. Pesan emak pada aku berkenaan isu hati dan perasaan aku yang dah aku kuburkan tak lama dulu: 1) Hidup ni pendek je Along.. Tak payah serabut kepala fikir-fikirkan sangat, yang dah lepas biarlah lepas.. Ambil pengajaran.. ~ No worries mak.. Anakmu ini dah tebas habis semua semak dalam kepal...

Ayat Yang Paling Mencairkan Pernah Aku Baca

Imej
Ini kalau ketahuan, memang pasti aku akan disaman untuk hak cipta.. Tapi apa patut aku buat.. Aku sememangnya dah cair setelah membaca ayat ini.. Takkan mahu cair seorang, benda baik harus dikongsi.. Kepada yang membaca, praktiskanlah selalu untuk diucapkan kepada suami atau isteri anda.. Pasti rumahtangga lebih berbunga-bunga.. Kalau sayang, ucapkanlah, tunjukkanlah.. Baru perhubungan itu terasa lebih bermakna.. Haish.. Aku rindu untuk berjiwang.. Dah agak lama aku tak mengaktifkan diri dalam dunia kejiwangan ini.. Ayat itu berbunyi seperti ini: Dear.. I'm lost in your eyes.. Can you give me the direction to your heart? Sesat dalam hutan kalau terjumpa jalan keluar pasti melompat kegembiraan, sama juga kalau tersesat dalam mata, jumpa jalan keluar ke hati, bunga-bunga rasa.. Heehee.. Ada sesiapa di sini yang punya quote menarik untuk dikongsi? Tak kisahlah berunsur jiwang, motivasi atau yang lain-lain.. Bolehlah sharing is caring.. Sebab kadang-kadang quote mampu inspire kita.. Th...

Kentut.. Buang Angin.. Sama Dan Serupa..

Imej
Bila tajuk untuk entry ini dibubuh, aku teringat dengan apa yang Suki pernah kata pada aku, "Kenapa kau suka sangat cakap pasal berak, kentut, buang air kecil???" Haha.. Aku hanya mampu tergelak mendengar apa dia kata.. Jawapan? Aku tiada.. Kali ini, aku kembali dengan tajuk entry yang sama dan serupa, dulu tentang buang air, sekarang buang angin.. Hahaha.. Sama-samalah kita mebuang ya.. Poster di bawah ini aku rasa sangat menarik untuk dikongsi bersama anda semua.. Fakta tentang kentut.. Aku rasa bukankah lebih elok kalau kita tambah sedikit informasi tentang aktiviti yang kita lakukan saban hari.. Kenal dengan tubuh kita.. Tak kenal maka tak cinta.. Jadinya, mari kita cintai tubuh badan kita.. Bila cinta mula ada, pasti kita akan mula menghargai apa yang kita miliki ini.. Betul tak? Heehee.. Merapu pula di petang hari.. Antara fakta yang menarik mata aku.. 1) The average person will fart 14 times a day and produce half a liter of fart gas per day.. 2) Farts are indeed flam...

My Favourite Surfing Spot

Imej
Week 3 Satu tahun yang lalu, aku hanyalah seorang pelajar perubatan yang biasa dengan kehidupan yang biasa.. Hidup aku hanya berulitkan buku.. Berulit buku itu kadang-kadang.. Lebihnya sibuk enjoy sana dan sini.. Darah muda.. Apa anda harapkan? Betul tak? Haha.. Tarikh Februari 2009 telah mengubah kehidupanku 360 darjah.. Aku mula berjinak dalam dunia blog yang penuh suka dan duka ini.. Makin hari nafsu berblogging makin memuncak.. Secara tak langsung, aku jadi kurang enjoy.. Gelaran kawan-kawan pada aku? Blogger girl.. Kaki online.. Jumpa di mana-mana, pasti mereka bertanya.. Tak update blog ke blogger girl.. Blogger girl, tak online? Entah puji entah perli, tapi aku fikir postif.. Itu satu pujian.. Haha.. Semenjak memegang title blogger, macam-macam yang ingin aku coret, pelbagai idea yang melonjak-lonjak ingin keluar dari kotak fikiranku ini.. Idea tercetus tak kira walau di mana.. Tapi jika sampai saat-saat aku ketandusan idea, memang kegersanganlah blog Cahaya Yang Riang Gembira i...

Mahu Ajak Anda Gelak Di Hujung Minggu

Pheww!! Semalam seharian aku tak mengupdate apa-apa.. Sibuk menelaah movie yang aku download.. Adnan Sempit dan Legion.. Dua movie yang aku kempunan untuk tonton di pawagam.. Lagi apa ya.. Aku jalan-jalan di You Tube sambil karaoke lagu-lagu otai rock.. Aku tonton Samarinda - Asmaradana secara online.. Personally lepas menonton 3 episod, aku rasa drama yang mebariskan pelakon idaman ramai, Tiz Zaqyah, Shaheizy Sam dan Iqram Dinzly ini sangat menarik.. Tak sabar menantikan episod seterusnya.. Episod 3 drama ini buat aku menangis berjuraian air mata.. Hati tisu betul aku.. Haha.. Esok Isnin tiba.. Mula kerja, mula kelas, mula rutin seperti biasa.. Bermuram durja? Janganlah begitu.. Bak kata Dewa 19, Hadapi Dengan Senyuman.. Janganlah selalu dalam Blues di hari Isnin.. Update aku hari ini, ringkas.. Mahu kongsikan dengan kalian video yang bikin aku ketawa sampai pecah perut dan berguling-guling, bertepuk tampar di tengah malam semalam.. Haish.. Pasti jiran dapat nightmare lepas dengar gel...

Ada Telinga Dengar, Ada Mulut Bercakap..

Imej
Cuba anda perhatikan gambar di bawah, baca dan fahamkan mesej di sebalik apa yang cuba dipaparkan.. Kisah sebuah keluarga, anak, ibu dan ayah.. So.. True.. I have a drinking problem.. Don't assume too much.. Situasi seperti di atas boleh terjadi di mana-mana, kepada sesiapa pun, di mana kita sering terjun kepada konklusi tanpa mendengar dengan betul dan baik.. Benar kita boleh dengar apa orang kata, apa orang bicara, tapi kita tiada upaya untuk dengar baik-baik dan dengar betul-betul.. Dengar sedikit, terus buat kesimpulan.. Itulah kita.. Kebanyakannya.. Tidak semua.. Malah kita juga sering buat telahan yang macam-macam walaupun seseorang itu tidak bersuara waima sepatah perkataan.. Dahsyat juga kita ya.. Seperti ahli nujum lagaknya.. Heehee.. Familiar dengan situasi ini? DIAM ITU TANDANYA SETUJULAH.. Haha.. Ya.. Itulah kita.. Aku juga tak terkecuali kadang-kadang.. Mana-mana pun kita pergi, ingatlah, komunikasi yang baik adalah jalan penyelesaian untuk banyak permasalahan yang mun...