Sisi Hidup Seorang Blogger : Tempiasnya Terkena Sedikit Pada Blogger Picisan Ini

Assalamualaikum.. Hari ini nak cerita pasal blogging.. Aku yang tak pernah nak ambil port, ulas soal itu soal ini, hari ini nak cerita sedikit tentang dunia blog, tentang wang juta-juta, tentang blogger.. Barangkali itu yang sedang hangat orang perkatakan sekarang, jadi sedikit sebanyak tempiasnya, kena pada blogger picisan seperti aku ini..

Semenjak keluarnya artikel tentang Red Mummy dan pendapatannya melalui bloggging, ditambah lagi dengan wawancara di Hot FM, aku juga diterjah dengan persoalan mengenai dunia blogging ini.. Tiba-tiba, blogging buka mata semua, orang dah mula memandang blogging itu sebagai satu entiti yang agak berlainan.. Orang kenal blog kerana wang.. Zaman dahulu kala kita buat blog, kita kenal blog dulu baru kita kenal duit.. Beza kan? Tapi itu pun, duit bukanlah terletak pada puncak hirarki hidup seorang blogger.. Tapi lain blogger, lain pandangan dan lain keutamaannya..

Credit to www.savagechickens.com

Sahabat mula bertanya pendapatan aku melalui blog.. Sahabat aju pandangan, kenapa tak mula berblog secara giat dan aktif, lalu jadi seperti Redmummy.. Sahabat bagi galakan untuk jadi gah dalam dunia blog.. Hoho.. Aku blogger picisan, yang tak berapa nak cantik tapi tetap comel untuk ada pembaca setia *ayat tak boleh pergi derr*, dan isi dunia blog aku adalah isi yang biasa-biasa saja.. Aku tulis atas kehendak diri, bukan atas keperluan.. Aku tahu, jika aku mahu, aku pun boleh nak kejar trafik ribu riban juta-jutaan.. Bak kata orang Melayu dulu kala, "Kalau hendak seribu daya, kalau tak hendak, seribulah dalihnya.." Apa pun keinginan kita, asal ianya tak salah, memang tak ada salah pun kita lakukannya.. Macam tagline Nike, Just Do It.. Ekeke..


Blogging satu kehendak, kita jadikan hobi.. Blogging satu keperluan, jadilah ia profesion.. Keduanya tak ada salah pun.. Kita buat apa kita nak buat.. Macam dalam hidup, kita pilih apa yang kita nak jadi.. Paling utama, apa yang dah kita pilih, hati kita rasa puas.. Bila kita lakukan satu-satu kerja, bila hati puas, apa yang kita buat semuanya berjalan lancar dan kita seronok.. Hasil kerja kita nanti, boleh orang nilai, samada baik atau buruk.. Jika kita lakukan dengan hati happy dan hasilnya baik, maka orang dapat melihat baik kualitinya, orang pun rasa seronoknya.. Jika buat sesuatu pun endah tak endah, hati tak suka, hasilnya dah tentu buruk, orang nampak dan dah tentu orang pun rasa tak menarik hasil kerjanya..

Samalah juga dengan hidup dalam dunia blogging.. Rasa seronok untuk berblog itu datang dari hati, entry yang terhasil kita suka baca, orang pun suka baca.. Then, things after that will comes naturally.. Kita rasa nak jana wang then it is fine, tak ada salah pun, itu dah macam bonuslah kiranya atas apa kerja yang kita lakukan dengan sepenuh hati, kerja yang kita buat kerana kita suka..

Kita kejar trafik nak dapat pembaca nak dapat wang.. Atau.. Trafik kejar kita kerana nakkan hasil tulisan kita.. Keduanya, senario yang dah tentu-tentu berbeda.. Mungkin kita sendiri boleh memikirkan apa baik apa buruknya.. Sedar tak sedar, asas mulanya kenapa kita ingin berblog itu juga jadi satu tanda aras dalam lama mana kita mampu berdiri, sejauh mana kita mampu berjalan dan gagah mana kita untuk terus bernafas dalam dunia blogging..


Asas mula berblog penting.. Perjalanan dalam dunia blog juga penting.. Apa yang kita baca, apa yang kita lihat, apa yang kita peroleh dalam dunia blog, ada pengaruh dalam membentuk diri kita untuk jadi seorang blogger yang bagaimana.. Betulkan saya jika saya silap..

Satu minggu lagi, genap rasanya 2 tahun aku berblog.. Aku harap dapat terus begini, masih seperti aku yang dulu, berdiri lagi di platform maya ini, untuk tahun dan tahun yang mendatang.. InsyaAllah..

Selamat berblogging semua.. Hidup berblogging, utama sekali, perlu happy dan rendah hati, benda yang lain akan datang sendiri, automatically orang Puteh kata.. Sampai sini saja.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Dan kerana blogging, aku kenal dia, dia, dan dia lagi dan dia lagi.. =)

Ulasan

farhana berkata…
Blogging sebab hobi menulis dan juga on9 =)
Kadang2 ada jugak tersasar niat, untuk dapatkan wang =P
Tapi..bila niat kita untuk duit, kita akan kecewa bila sasaran earning tak tercapai.
Tapi kalau niat kerana hobi, kita sendiri akan rasa kepuasannya =)
adrinaqamarina berkata…
dan kerana blogging, aku kenal dye jugak kata rina. hehe.

blogging ialah hobi, blogging jugak ialah terapi ketika belajar. blogging itu indah!
nora berkata…
kita menulis bukan kerana nama jauh sekali kerana duit...

menulis untuk kepuasan diri kan?


=)
naulofah berkata…
betul2..setuju2..suka entry ni sebab..i dont really care about traffic...yg plg penting dpt lepaskan sesak di dada dan diotak..hiihiii..
mr.syazwan berkata…
masuk tahun ini sudah 3 tahun wan menulis blog

tapi tidak terdetik pun nak menjana pendapatan melalui blog

wan berblog utk suka2, dan berkongsi cerita

yg penting utk menjadi blogger kenalah sentiasa berdiri di kaki sendiri kan

jangan terlalu ikut2 org nnt x FUUUYOOO pulak.. hehe

teruskan berblog ye.. SELAMAT ULANG TAHUN KE 2 CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA..

=_=
Jard The Great berkata…
dan kerana blog aku kenal kamu =p
Miss Kira berkata…
blogging kerana hobi..bru rasa puas sedikit.. ;)
Izyan Helmi berkata…
i loike entry ni :))
@farhana Kita kene experience sume bende tu sendiri.. Blog sbagai hobi.. Blog untuk trafik.. Blog untuk wang.. Baru at last kita boleh menilai, mana yang lagi baik untuk kita.. Ye tak? Heee.. :)
@.alie. Kerana nyah adalah nyah.. Kan? :)
@naulofah Itu yang bestnye berblog.. Kan? Heehee.. :)
@mr.syazwan Yep.. Kita dengan cara kita sendiri.. Baru ada identiti kita.. Baru nikmat berblog tu kita rasa.. :)
Nur Suaidah Bachok berkata…
wahhhhhh! kita setuju.. jom jom terus bersama2 berblogging. yg penting kita seronok.. :D
Hime berkata…
saya taknak komen entry..serius sangat..
nak cakap...header tu..fuhhh
hyunbin :p cantik!
@HimeHahaha.. Dah jatuh chenta ngan Joo Wonie.. He's adorable laa.. Haish..
Hazlin Nazri berkata…
kerana blog juga akak kenal dia, dia, dia, dia dan dia...
cik sidah berkata…
blogging? is actually one of the way to improve your writing skilll...from slumber der to serious gegurl....agree?

writing skill post ni nampak mature...mcm u dah experience a lot in writing...

owh btw...from this....i mean your post yg ni la...u bole jd serious writer....let say u can write artikel pasal kesihatan....u kan doc....to be...insyaAllah....
Gieyana berkata…
dear..cayalah..ini yg akak nak dlm berblogging..bknnya ringgit sign..but now..nmpak sgt most of owg terkejar2kan rm cik iklan..aperpon akak nk minta izin paste this to my blog boleh? Kalau yes..sila tinggalkan jejak kasih kt kotak jerit akak yer..just say YES..i wll understand.
ch!natsu berkata…
tujuan setiap mereka yg brblogging adalah berbeza..

yg pntg berbloggingla secara harmoni.. ada kene mngena tak? huhu..

btw sbb blogging jgk kenal dia dan dia dan mereka dan kamu.. =)
Boneka Tak Sakit berkata…
aku bloging la sbb aku xnak fb lagi! tu je la sebb utama aku hahah bleh?
Whoopz berkata…
doc! Bak cni seploh hengget duit hasil lu berblog bleh? Gwa nak rasa gak hasil lu berblogging.. Hahah..
Liza berkata…
bagi liza, blogging should come from the heart, baru ler lebih afdhal...baru ler entry best dibaca and terasa keikhlasannyer..and that is why liza suka baca your blog...
hysman berkata…
blog juz wanna share the moment n info...bkn nak kumpul duit..
boleh alasan gitu?
hehe..

~pdhal tak penah kena BE..huhu
PuanPepel berkata…
tak kesah sgt psl duit ni sbnrnya...gaji hampir 3k da cukup untuk seorang bujang rsnya..

tapi suka kalu org baca hasil tulisan..n tulis gak utk kepuasan diri...

taknak baca suda..
tapi suka kalu ada yang baca n komen..kdg2 apa yg dtulis utk pgajaran bsama..
Luffy berkata…
nasib baik tade blog xyah pening2 fuhhhhh
CIK TOM berkata…
jatuh cinta pada dunia blogging..hehe ;)
Cik Su Life Cycle berkata…
boleh tak nak perasaan sikit.. Kerana blog cik su jadi kreatif dan lebih berani mengeluarkan pendapat..Suke sangat ar dengan blog.. free pulak tu.. tak rugi berblog.. tambah pengetahuan.. bukan tambah duit poket je kan..
odahonebizz berkata…
OdahOne dtg bce entry terbaek...congratz!!!

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?