Semalam Yang Hangat Bersama Syamsul Yusof

Assalamualaikum.. Salam Ahad.. Maaf dipohon sepuluh jari atas penghasilan entry bahasa tertinggi semalam, bak kata Black Mel.. Kikiki.. Kadang-kadang nak luah tapi tak semuanya boleh diluah.. Heee..

Perlahan-lahan, Cahaya Yang Riang Gembira, kenalah pulang semula.. Iya tak? Haih.. Rasa janggal bila orang yang selalu gembira tiba-tiba bermuram durja dan bersedih sentiasa.. Bangun bangun!! Happy happy selalu.. =)



Atas godaan Adik Fuuyoo dan Adik Qarl, ditambah lagi Jumaat kelas habis awal, aku paksa 3 orang rakan-rakan aku yang susah dan liat sikit tengok cerita Melayu, pergi tengok Khurafat tayangan 10.55 pagi.. Whoa!! Paling awal punya tayangan okay.. Orang pun tak ramai, tengok pagi-pagi tak takut sangat.. Haha.. Walaupun aku bukan jenis penakut.. Serious!! Pssttt.. Plus tengok pagi-pagi lebih jimat kalau nak dibandingkan selepas jam 6 petang.. Kikiki.. =)



Berbalik pada kisah penakut ke tak penakut.. Sikit pun tak takut okay.. Aku siap boleh gelak-gelak lagi *rujuk gelak di atas* okay bila hantu tiba-tiba terjah dari sisi kiri, kanan, depan mahupun belakang.. Oh!! Tak dilupakan.. Dari atas pun ada juga.. Hoho.. Dramatik betul hantu approach dari atas.. Tapi tetap maintain cool.. Duduk tegap bergaya, mata buka dengan besar tanpa kedip.. Okay.. Ada tutup mata 5 saatlah.. 5 saat je pun.. =p



Overall.. Apa aku nak kata, Jumaat lepas, adalah semalam yang hangat bersama Syamsul Yusof.. Tahniah pada pengarah muda ini sebab berjaya hasilkan satu filem yang punya storyline yang agak fresh pada pandangan mata aku.. Semua tekaan aku tentang jalan cerita ini meleset sama sekali.. Haha.. Keseramannya agak seramlah.. Sila jangan buat perbandingan dengan aku, sebab tahap toleransi aku untuk cerita seram sangat tinggi.. Lakonan yang bagi impak? Sabrina Ali barangkali.. Lakonan Syamsul Yusof dan Liyana Jasmay macam biasa-biasa saja.. Tapi anak Pak Haslam boleh tahan "menarik" juga kan? Ekeke.. =p



Akhir ceritanya pun berakhir dengan satu impak besar pada pandangan aku.. Iktibar, keinsafan.. Ada moral di sebalik cerita, bukan takat cerita-cerita seram biasa.. Ada orang kata, ceritanya mengelirukan kerana susunan plot, tapi tidak bagi aku.. Sebab aku rasa itulah seni filem barangkali.. Aku rasa aku tak ada masalah.. Cara penceritaan begitu agak menarik.. Ngee.. Daripada 5 bintang, aku bagi 4.. Cukup tak? Heehee.. Selamat menonton bagi yang berhasrat nak menonton.. Semoga anda juga melalui semalam yang hangat bersama Syamsul Yusof dan Khurafat.. =)

Jaga diri.. Have a great day ahead.. Assalamualaikum..


FOOT NOTE: Terima kasih juga pada adik angkatku, sebab sudi SMS pagi-pagi buta, kata wajib tengok filem Khurafat.. Comel kan dia? Heee.. =p

Ulasan

dr itu! berkata…
seram ker? aiyohh... memk..mk ag nak tgok ker tak...
budak kecik berkata…
mcm teruja nk g tgk gak laa. hee
aku lelaki biasa berkata…
suka hang no...huhuhhu
farhana berkata…
Hermmmm..ramai yang cakap cerita ni giler best. Seram. Tapi saya xmo tengok. Takooooootttttttt =)

Anak Pak Haslam tu ikut muka Pak haslam yg hensem tu la. Bapaknya lagiiiiiiiiiiiiii hensem hahaha
pakwe berkata…
start dari darjah 5 dah jarang2 nk tengok cerita berkaitan hantu ni. Bukan takut tapi pernah berdepan dgn benda2 ni 2/3 kali. Jadi bila benda tu muncul, dapat mengagak benda tu bukan khayalan dari tontonan dan nk bertindak pun cepat sebab x dipengaruhi perasaan takut akibat terlalu banyak menonton citer seram ni.

~ kali terakhir benda tu muncul dalam bilik ni dua tahun lepas. Baru baring nk tidur dlm kul 3.00 AM. Berdiri betul2 di kaki katil ... :)
Tanpa Nama berkata…
ramai kata cerita ni best. memang wajib tengok la ni.
@alhaqimi Untuk saye takde laa seram sangat.. Tapi cerita dia bagus laa.. Hehe.. Haip!! Nak exam final.. Tunggu DVD kuar jek.. :p
@buDAK keCIK Sila jemput pi tengok.. Heehee.. :)
@farhana Takde laa seram sangat.. Tapi cite dia best laa.. Not bad.. Heehee.. :)

Ekeke.. Pak Haslam masa muda belia hemcem.. :p
@pakwe Haaaa.. Ada kesah seram diri sendiri.. Penah gak laluinya dulu-dulu.. Especially dok kampung, biasa laa kan.. Bende ni yang penting kene kuat.. Kan?
@Rara Nasiha Haha.. Saya pun atas pengaruh "ramai kata" baru pegi tengok.. :p
LynnAiza berkata…
teringin nak tgok..=)
black_mel berkata…
jumpa lagi di sini..huhu..sori..x perasan..stop blogging jap ari tu..bz...huhu..

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?